Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tabiat urus kewangan pada usia muda

    5 tabiat urus kewangan pada usia muda

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 28, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tabiat urus kewangan pada usia muda. GAMBAR HIASAN CANVA

    RAMAI orang hanya sedar kepentingan pengurusan kewangan apabila sudah bekerja atau berdepan pelbagai komitmen hidup walaupun kesedaran itu harus bermula lebih awal.

    Menurut pakar kewangan, ada lima langkah penting yang wajar diamalkan sejak usia muda bagi memastikan kewangan lebih stabil dan terancang pada masa hadapan.

    • Sediakan bajet bulanan

    Perkara paling asas dalam membina kewangan peribadi yang stabil ialah membina bajet bulanan. Setiap orang perlu tahu ke mana pergi wang hasil titik peluh masing-masing. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Catat semua perbelanjaan dan tetapkan had tertentu bagi setiap kategori. Penting untuk berdisiplin ketika menguruskan bajet bulanan agar tidak berbelanja lebih daripada kemampuan sendiri.

    • Bina tabung kecemasan

    Perkara tidak dijangka seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan boleh berlaku. Demi mengurangkan beban ketika perkara tidak diingini terjadi, pakar menggalakkan untuk membina tabung kecemasan yang ada sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji. Simpan tabung tersebut dalam akaun simpanan atau pelaburan berisiko rendah agar mudah diakses apabila perlu.

    • Guna kad kredit dengan bijak

    Penggunaan kad kredit yang betul boleh mengelak kemudaratan diri. Bagi sesiapa yang mempunyai kewangan yang stabil, kad kredit boleh membantu mengurus perbelanjaan harian dan membina skor kredit yang baik. Bagaimanapun, pastikan anda membayar baki penuh setiap bulan untuk mengelakkan tunggakan yang boleh menjejaskan rekod kewangan anda.

    • Melabur secara konsisten

    Melabur bukan hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi. Mulakan dengan jumlah kecil setiap bulan melalui akaun pelaburan seperti unit amanah saham patuh syariah atau emas. Pelaburan yang dilakukan secara berdisiplin akan berkembang dari masa ke semasa.

    • Melabur untuk diri sendiri

    Pelaburan terbaik ialah pelaburan terhadap diri sendiri. Belajar kemahiran atau ilmu baharu yang boleh memberi manfaat untuk pasaran kerja yang mencabar pada masa kini. Kemahiran seperti analisis data atau teknologi digital antara yang tertinggi permintaannya. Dengan kemahiran baharu, peluang kerjaya dan pendapatan juga akan meningkat. -RELEVAN

    Previous ArticleJangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’
    Next Article Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.