Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

    Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 22, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    MUSIM ujian dan pentaksiran  sudah berlangsung di seluruh negara. Ia menandakan satu fasa kehidupan bakal berubah daripada dunia sekolah rendah menuju ke alam persekolahan menengah.

    Dalam debaran menunggu keputusan, pasti banyak persoalan ligat bermain di fikiran. 

    “Adakah saya akan tinggal di asrama? Bolehkah berjauhan dengan keluarga? Bagaimanakah kehidupan di sekolah menengah nanti?”.

    Apa jua keputusan yang bakal diterima, perlu diingat bahawa setiap laluan yang dipilih tetap membawa ke arah yang sama iaitu menimba ilmu untuk masa depan. Kejayaan tidak diukur pada taraf sekolah tetapi pada tekad dan kerja keras yang dicurahkan.

    Sekolah berasrama penuh

    Ramai murid bercita-cita untuk masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) kerana ia sering dianggap tempat terbaik untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Namun begitu, bukan semua orang sesuai dengan cara hidup di asrama. 

    Ada yang separuh jalan belajar di SBP, pada akhirnya berpindah ke sekolah harian jua kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga, jadual padat atau sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

    Walau penuh dengan cabaran tersendiri, kehidupan di SBP mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah disiplin diri. Setiap hari, anda akan dilatih untuk mengurus masa dengan baik. Bermula dari bangun awal pagi, menghadiri kelas sehingga sesi belajar pada waktu malam.

    SBP turut memberikan peluang kepada murid untuk mengasah bakat kepimpinan dan bertanggungjawab. Ramai pelajar di sini dilantik sebagai pengawas atau pemimpin kelab dan persatuan.

    Setiap tanggungjawab mengajar anda berfikir secara kritis, menguruskan aktiviti dan bekerjasama dengan orang lain. Ini merupakan kemahiran penting yang akan digunakan selepas tamat pengajian kelak.

    Tambahan pula, kehidupan di asrama menjadikan anda lebih berdikari dan membina keyakinan diri. Ibu bapa tiada di samping untuk mengingatkan anda tentang kerja sekolah atau membasuh pakaian kerana semuanya dilakukan sendiri.

    Walaupun sukar pada awalnya, pengalaman itu mengajar erti ketabahan dan rasa tanggungjawab dalam diri.

    Sekolah harian

    Namun begitu, sekolah harian juga mempunyai kelebihan tersendiri. Antara yang utamanya ialah masa bersama keluarga.

    Pulang ke rumah setiap hari membolehkan anda mendapat bimbingan dan sokongan berterusan daripada ibu bapa serta menjadikan proses pembelajaran lebih selesa bagi yang kurang sesuai berjauhan daripada keluarga.

    Sekolah harian juga memberi ruang masa yang lebih fleksibel. Anda boleh meneroka minat dalam bidang sukan, muzik, seni atau aktiviti luar selepas waktu sekolah. Fleksibiliti ini memberi peluang untuk menyeimbangkan akademik dengan hobi dan perkembangan diri.

    Akhirnya, kedua-dua jenis sekolah mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri. Sekolah berasrama penuh melatih disiplin, tanggungjawab dan semangat berdikari, manakala sekolah harian mengekalkan keseimbangan antara pelajaran, keluarga dan kehidupan sosial. 

    Tidak ada satu pilihan yang benar-benar baik. Apa yang penting ialah cara anda membawa diri dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.

    Kejayaan bukan ditentukan oleh nama sekolah, tetapi kepada diri anda sendiri. Alam sekolah menengah ialah perjalanan baharu yang penuh pengalaman dan pelajaran berharga.

    Setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini akan menentukan sejauh mana anda boleh pergi pada masa depan. Jadi, sambutlah dunia sekolah menengah dengan semangat dan keyakinan kerana inilah titik permulaan kepada perjalanan kejayaan anda. – RELEVAN

    Previous ArticleKenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 
    Next Article 7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.