Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 15, 2025Updated:October 15, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu. GAMBAR HIASAN CANVA

    PEMBENTANGAN Belanjawan 2026 membawa khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan hasrat untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi mengaplikasikan elemen ‘Lemon Law’.

    Undang-undang tersebut sudah diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun. Usaha tersebut dijangka memberi nafas baharu kepada hak pengguna, terutamanya bagi pembelian kenderaan baharu.

    Berikut merupakan perkara penting yang anda perlu tahu tentang Lemon Law.

    Apa itu Lemon Law?

    Lemon Law ialah undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut pembaikan, penggantian atau bayaran balik jika barangan yang dibeli seperti kenderaan mengalami kerosakan serius berulang kali walaupun sudah dibaiki.

    Istilah ‘lemon’ digunakan bagi menggambarkan produk yang mempunyai kecacatan. Oleh itu, Lemon Law diwujudkan bagi memastikan pengguna tidak terus menanggung kerugian akibat produk gagal berfungsi. Ia juga merupakan solusi untuk pengeluar lebih bertanggungjawab terhadap kualiti dan keselamatan barangan yang dijual.

    Gambaran situasi

    Bayangkan anda membeli kereta baharu, namun dalam tempoh singkat ia mengalami pelbagai kerosakan berulang walaupun telah beberapa kali dibaiki.  Dalam situasi ini, kenderaan tersebut dianggap sebagai ‘lemon’. Sebagai pengguna, anda berhak menuntut gantian atau pulangan sepenuhnya di bawah undang-undang ini.

    Perbezaan Lemon Law dan waranti
    • Waranti : Janji pengeluar untuk membaiki produk dalam tempoh tertentu
    • Lemon Law : Lindungi pengguna apabila produk gagal berfungsi berulang kali walaupun tempoh waranti sudah tamat
    Kajian dan cadangan pelaksanaan di Malaysia

    Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kajian tentang pelaksaan Lemon Law sudah dijalankan sejak Mac tahun lalu.

    Pada bulan Mei tahun ini, kertas kabinet disiapkan bagi mencadangkan pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang menandakan Malaysia serius untuk menguat kuasa Lemon Law secara rasmi.

    Manfaat utama kepada pengguna
    • Kembalikan keyakinan pengguna terhadap pasaran kenderaan baharu
    • Pengeluar akan lebih bertanggungjawab terhadap kualiti produk
    • Lindungi pengguna daripada menanggung kerugian berulang akibat kerosakan pada sesuatu produk
    • Standard industri automotif meningkat dengan kawalan kualiti yang lebih ketat
    Bagaimana Lemon Law dikuatkuasakan?

    Menerusi pindaan akta, pengguna boleh membuat aduan rasmi kepada KPDN jika produk sering rosak selepas beberapa kali dibaiki. Jika tuntutan sah, pengeluar wajib mengganti atau memulangkan dengan bayaran penuh.

    Negara maju seperti Singapura dan Jepun telah lama melaksanakan Lemon Law. Kini, Malaysia sebaris dengan negara berkenaan yang mengutamakan keadilan pengguna. Semestinya ia merupakan satu langkah besar dalam memperkukuh perlindungan rakyat demi masa depan negara yang cerah. – RELEVAN

    Previous ArticleGalileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta
    Next Article Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.