DALAM pembentangan Belanjawan 2026, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited memperkasa kesejahteraan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang melibatkan peruntukan hampir RM1.4 bilion.
Berikut antara langkah penting yang diumumkan bagi golongan istimewa ini:
- Peruntukan RM1.4 bilion untuk bantuan dan elaun OKU
- Kerajaan memperuntukkan hampir RM1.4 bilion bagi membantu golongan OKU yang tidak berupaya bekerja serta pemberian Elaun Pekerja OKU (EPOKU).
- Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan
- Selepas kejayaan penubuhan PPA di Semenanjung Malaysia tahun ini, operasi pusat tersebut akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak.
- Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada lebih 13,000 orang menghidap autisme dan keluarga mereka dalam mendapatkan sokongan seperti intervensi awal, terapi dan bimbingan keluarga.
- 100 van mobiliti khas untuk OKU
- Bagi memudahkan pergerakan golongan OKU, 100 buah van mobiliti khas akan disediakan di bawah prasarana kerajaan. Setiap van mampu membawa tiga penumpang berkerusi roda yang dilengkapi dengan sistem pengangkat automatik demi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan selesa.
- Peningkatan pelepasan cukai bagi ibu bapa kepada anak OKU
- Kerajaan mencadangkan peningkatan pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan, pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan untuk anak OKU berumur daripada 18 tahun ke bawah.
- Jumlah pelepasan tersebut dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
- Elaun RM150 sebulan untuk 150,000 murid OKU
- Kerajaan memperuntukkan RM270 juta bagi memberi elaun RM150 sebulan kepada 150,000 murid OKU di seluruh negara.
- Elaun ini membantu meringankan kos pembelajaran serta memastikan mereka mendapat akses pendidikan yang lebih inklusif.
- Dua sekolah pendidikan khas akan dibina
- Pembinaan dua buah sekolah pendidikan khas baharu diumumkan bagi menampung peningkatan bilangan murid OKU.
Melalui inisiatif ini, ia jelas memudahkan kebajikan golongan OKU untuk hidup dengan lebih selesa. -RELEVAN