Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla

    Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 8, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla. GAMBAR HIASAN INSTAGRAM HAROQS

    GELOMBANG ketiga pelayaran misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens (TMTG) sekali lagi mencipta sejarah perjuangan buat rakyat Palestin. Setiap kapal yang menyertai pelayaran ini membawa kisah perjuangan tersendiri bagi menghormati pengorbanan rakyat Palestin.

    Berikut merupakan nama-nama kapal yang menyertai misi bersejarah menuju ke Gaza:

    Abd el-Karim Eid

    Abd el-Karim Eid ialah seorang penulis dan petani dari bumi Palestin. Hidupnya sentiasa sanjung tanah airnya dari pelbagai aspek menerusi penulisannya. Salah sebuah kapal yang mengikuti gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal itu didedikasikan untuk menghormati semua petani asal Palestin yang kehilangan tanah dan sumber rezeki akibat penjajahan rejim Israel.

    Alaa al-Najjar

    Dinamakan sempena Dr. Alaa al-Najjar yang merupakan pakar pediatrik Palestin dari Khan Younis yang kehilangan rumahnya akibat pengeboman tentera Israel. Kapal ini ialah simbol penghormatan kepada para petugas kesihatan Gaza yang terus menyelamatkan nyawa walaupun berdepan pelbagai serangan berterusan.

    Anas al-Sharif

    Anas al-Sharif ialah wartawan Al Jazeera berusia 28 tahun yang terkorban dalam serangan udara Israel berhampiran Hospital al-Shifa. Kapal ini adalah tanda penghormatan beliau serta semua wartawan Palestin yang berani melaporkan kebenaran dari Gaza walaupun berisiko kehilangan nyawa.

    Conscience

    Simbol ketabahan selepas terselamat daripada dua serangan dron Israel pada Mei 2025. Conscience kini belayar bersama 100 orang wartawan dan petugas kesihatan termasuk warganegara Malaysia. Setakat ini, Kapal ini dilaporkan telah dipintas tentera Israel melalui penyerangan dari udara, iaitu menerusi helikopter. Setakat ini, semua peserta dipercayai telah diculik oleh tentera rejim Israel.

    Gaza Sunbirds

    Nama Gaza Sunbirds diambil daripada nama pasukan berbasikal terdiri daripada atlet orang kelainan upaya (OKU) yang terkorban dalam serangan rejim Israel. Kapal ini menghormati keberanian dan semangat tak pernah putus atlet-atlet paralimpik tersebut. 

    Menurut laporan media antarabangsa, Gaza Sunbirds merupakan kapal pertama yang dipintas tentera Israel dalam lingkungan titik 120 batu nautika diikuti kapal-kapal lain.

    Leila Khaled

    Sempena nama aktivis Palestin, Leila Khaled, kapal ini menghormati wanita yang memimpin gerakan pembebasan seluruh dunia. Ia didedikasikan kepada wanita hebat yang kerjan murninya merawat, mendidik dan sentiasa menentang sebarang bentuk penindasan.

    Milad

    Milad ialah anak kepada tokoh perjuangan Palestin yang dipenjarakan iaitu Walid Daqqa. Kapal ini sebagai penghormatan semua kanak-kanak Palestin yang hancur masa depan mereka akibat serangan yang dilakukan rejim Israel.

    Umm Saad

    Umm Saad merupakan watak ibu ciptaan Ghassan Kanafi, iaitu penulis terkenal asal Palestin. Ia menjadi penghormatan besar buat semua ibu di Palestin yang menempuh kesengsaraan penuh kesabaran dan pengorbanan. Bagaimanapun, kapal ini merupakan kapal terakhir yang dirampas tentera Israel.

    Soul of My Soul

    Gelaran ini dinamakan sempena Reem, iaitu kanak-kanak perempuan yang dipanggil ‘jiwa kepada jiwa ku’ oleh datuknya selepas dia terkorban dalam serangan udara Israel. Kapal ini menghormati anak-anak kecil di Gaza yang sudah tiada, namun nama-nama mereka tidak akan dilupakan.

    Setakat ini, semua kapal yang menyertai misi kemanusiaan FFC dan TMTG  telah dirampas secara haram oleh tentera Israel termasuk sembilan sukarelawan Malaysia. -RELEVAN

    Previous ArticleBukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri
    Next Article Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.