Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

    Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

    By Umi FatehahOctober 8, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

    SIAPA di antara anda yang suka memakai fon telinga (earphone) atau fon kepala (headphone)? Ada yang mendengar muzik terlalu kuat sehinggakan orang sebelah pun boleh dengar. Ada juga yang memakai fon telinga seperti aksesori fesyen yang wajib walaupun sekadar untuk tutup bunyi bising sekeliling.

    Fon telinga sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup remaja. Ia kecil, mudah dibawa dan membuatkan aktiviti harian jadi lebih menyeronokkan dan tidak sunyi. Tetapi persoalan pentingnya, bila kali terakhir kita cuci fon telinga itu?

    Tempat kuman berpesta

    Masih ramai yang mempunyai kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan telinga. Sebenarnya, pemakaian fon telinga yang tidak bersih dan terlalu lama boleh merisikokan kesihatan telinga. 

    Kajian menunjukkan fon telinga yang sering dipakai tanpa dibersihkan boleh mengumpul bakteria lebih banyak daripada permukaan meja atau telefon bimbit. Bayangkan setiap kali anda memasukkan fon kotor ke dalam telinga, anda juga sedang membawa masuk kuman ke tubuh.

    Kelembapan selepas mandi, berpeluh ketika bersukan atau berada di kawasan panas membuatkan bakteria lebih mudah membiak. Akibatnya, telinga boleh rasa gatal, sakit, bernanah malah ada yang terpaksa berjumpa doktor kerana jangkitan.

    Risiko bunyi terlalu kuat

    Selain isu kuman, tabiat mendengar muzik dengan bunyi terlalu kuat juga berbahaya. Ramai pelajar suka menaikkan bunyi hingga maksimum, lebih-lebih lagi ketika mahu menutup bunyi bising di sekeliling.

    Pakar audiologi memberi amaran bahawa pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat boleh merosakkan deria pendengaran secara perlahan-lahan. Kerosakan ini biasanya tidak berlaku serta-merta, tetapi lama-kelamaan telinga boleh mengalami bunyi berdesing (tinnitus) atau hilang pendengaran lebih awal daripada usia.

    Lebih membimbangkan, ramai pelajar tidak menyedari bahawa kerosakan pendengaran adalah sesuatu yang kekal dan tidak boleh dipulihkan. Sekali deria pendengaran rosak, ia tidak akan kembali normal. Oleh itu, kesedaran tentang kebersihan dan cara pemakaian fon telinga perlu ditanam sejak di bangku sekolah lagi.

    Ada satu cara mudah untuk menjaga telinga iaitu peraturan 60-60: Jangan guna lebih 60 minit tanpa henti dan jangan melebihi 60 peratus tahap bunyi maksimum. Selepas itu, beri rehat kepada telinga supaya tidak terbeban.

    Jaga kebersihan fon telinga

    Untuk mengurangkan risiko jangkitan dan masalah kulit, fon telinga perlu dijaga dengan betul. Antara langkah mudah yang boleh diamalkan:

    • Bersihkan secara berkala – Lap dengan kain lembap, tisu antibakteria atau kapas kecil.
    • Elakkan berkongsi – Jangan kongsi dengan kawan walaupun dia rakan baik. Kuman boleh berpindah dengan cepat.
    • Simpan dengan betul – Gunakan bekas khas, jangan biarkan fon berselerak dalam beg atau di atas meja.
    • Rehatkan telinga – Jangan pakai terlalu lama. Biarkan telinga ‘bernafas’ seketika.
    • Pilih fon telinga yang berkualiti – Fon murah dan tidak selesa boleh merosakkan telinga atau cepat rosak.

    Jadikan fon telinga teman yang sihat

    Fon telinga memang menyeronokkan dan membantu dalam banyak situasi seperti belajar, bersukan atau sekadar berhibur. Tetapi jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat.

    Ingat, fon telinga boleh jadi kawan baik tetapi biarlah kawan yang tidak memudaratkan kesihatan dan pelajaran, bukan punca kerap jatuh sakit dan prestasi akademik merudum. – RELEVAN

    Previous Article7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger
    Next Article Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.