Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 6, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza. GAMBAR HIASAN SUMUD NUSANTARA

    TAHUKAH anda pelayaran Global Sumud Flotilla bukan misi bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza yang pertama? 

    Perancangan pertama digerakkan oleh Free Gaza Movement dengan sokongan Freedom Flotilla Coalition 19 tahun lalu sebagai usaha membantu rakyat Palestin yang menderita dari genosid yang dilancarkan Israel. 

    Berikut adalah kronologi pelayaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

    2008 – 2009: Pelayaran Free Gaza pertama

    Sebanyak lima kapal Free Gaza dinaiki para aktivis dengan bantuan kemanusiaan yang dibawa mereka berjaya memecahkan sekatan haram Israel.

    Namun begitu, sekatan tersebut mula diperkuatkan oleh rejim Israel. Terdapat dua buah kapal bantuan kemanusiaan iaitu kapal Dignity dan Spirit of Humanity dipintas tentera Israel dan dibawa ke Ashdod. Kejadian tersebut berlaku di perairan antarabangsa.

    2010: Tragedi kapal Mavi Marmara

    Pelayaran misi bantuan kemanusiaan dinamakan Gaza Freedom Flotilla melibatkan sebanyak enam kapal termasuk kapal Mavi Marmara yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan dan 600 peserta misi tersebut.

    Tanggal 31 Mei 2010, tentera Israel telah menyerang kapal tersebut di perairan antarabangsa. Serangan tersebut mengakibatkan 10 orang aktivis terkorban manakala penumpang lain mengalami kecederaan teruk. Tragedi itu telah mencetuskan kemarahan satu dunia.

    Pada asalnya, kapal Mavi Marmara itu dimiliki sepenuhnya oleh Humanitarian Relief Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan dari Turkiye. Insiden berkenaan telah menjejaskan hubungan antara Israel dan Turkiye.

    2011: Freedom Flotilla II

    Misi pelayaran ke Gaza pada tahun 2011 merupakan susulan kepada misi tahun sebelumnya. Ia dianjurkan oleh gabungan aktivis antarabangsa sedunia dengan matlamat yang sama iaitu menghantar bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

    Seramai 300 orang menyertai misi itu dengan menaiki 10 buah kapal. Namun mereka tidak sampai ke tanah Gaza disebabkan oleh sabotaj dan tekanan diplomatik daripada Israel.

    Hanya satu kapal, Dignite-Al Karama hampir sampai ke perairan Gaza. Kapal dari negara Perancis yang membawa seramai 17 peserta dipintas oleh tentera Israel. Para aktivis telah ditahan di Ashdod sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

    2012: Kapal Estelle

    Sebuah kapal dengan panggilan Estelle membawa bantuan kemanusiaan hasil kerjasama dari negara Finland dan Sweden. Kapal yang membawa 30 orang aktivis itu telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira 30 batu nautika dari perairan Gaza.

    2015: Freedom Flotilla III

    Misi bantuan ke Gaza diketuai oleh kapal Marianne of Gothenburg. Pada 29 Jun tahun itu, tentera Israel telah memintas kapal berkenaan kira-kira 100 batu nautika dari Gaza. Bagaimanapun, peserta yang menaiki kapal tersebut berjaya pulang ke tanah air masing-masing.

    2016: Women’s Boat to Gaza

    Sesuai dengan namanya, misi pelayaran Women’s Boat to Gaza melibatkan seramai 13 orang wanita dari pelbagai negara bertujuan untuk menunjukkan solidariti wanita seluruh dunia terhadap rakyat di Gaza serta memecahkan sekatan Israel. Salah seorang rakyat Malaysia yang mengikuti misi tersebut ialah Dr. Fauziah Hasan sebagai doktor.

    Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa wanita-wanita hebat itu telah dipintas dan diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa. Mereka telah dibawa ke tahanan tentera Israel sebelum dihantar pulang.

    2018: Just Future for Palestine

    Sebanyak empat kapal termasuk Al Awda (The Return), Freedom, Mairead dan Falestine berlayar untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dalam perjalanan, mereka telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

    2024: Gangguan sebelum pelayaran bermula

    Misi bantuan kemanusiaan yang bersedia dengan 5,000 tan makanan dan ubat-ubatan untuk ke Gaza gagal dilaksanakan kerana kerajaan Guinea Bissau menarik balik dari mendaftarkan kedua-dua kapal utama di pelabuhan Turkiye. Gangguan undang-undang turut berlaku menjadikan misi itu batal sepenuhnya.

    2025: Global Sumud Flotilla

    Pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) bermula pada 31 Ogos lalu itu melibatkan seramai 500 peserta daripada pelbagai delegasi termasuk Malaysia yang memuatkan 50 buah kapal. Namun begitu, tentera Israel telah memintas semua kapal berkenaan dan semua peserta diculik ke Ashdod untuk ditahan dan diseksa sebelum dihantar ke negara masing-masing. 

    Usaha peserta GSF tidak terhenti di situ, masih ada sinar menerusi gelombang ketiga misi bantuan ke Gaza yang melibatkan 94 peserta dari 25 negara, termasuk lapan rakyat Malaysia. 

    Misi anjuran Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza menghimpunkan pakar perubatan, wartawan tempatan dan antarabangsa, ahli parlimen serta aktivis anggota kedua-dua penganjur tersebut.- RELEVAN

    bantuan featured gaza global sumud flotilla

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.