Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    • Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume
    • Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara
    • Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?
    • Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?
    • Musim tengkujuh sudah hampir sampai
    • Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?
    • Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025

      Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

      September 23, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

      October 1, 2025

      Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

      September 30, 2025

      Musim tengkujuh sudah hampir sampai

      September 29, 2025

      Akses kepada pendidikan seimbang cabaran Malaysia – Kajian Ipsos

      September 22, 2025

      Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

      September 17, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 1, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume. GAMBAR HIASAN CANVA

    SELEPAS bertahun bertungkus-lumus di universiti dan menggenggam segulung ijazah, kita tiba masa menghadapi cabaran alam pekerjaan. Harus diingat alam pekerjaan tidak mudah. Ia memerlukan kecekalan, komitmen, kesungguhan dan keupayaan yang mengatasi apa yang pernah dilalui di universiti.

    Kebanyakan majikan pada masa kini tidak lagi menilai calon semata-mata melalui pencapaian akademik. Mereka turut melihat pengalaman, kemahiran dan penglibatan di luar bilik kuliah.

    Berikut ialah tujuh perkara penting yang boleh membantu pelajar memperkukuh resume mereka dan tampil lebih menonjol berbanding calon lain.

    • Latihan industri

    Pengalaman menjalani latihan industri memainkan peranan penting dalam memperkukuh resume kerana ia bertindak sebagai persediaan awal sebelum memasuki alam pekerjaan. 

    Sepanjang tempoh latihan, pelajar bukan sahaja mempelajari pelbagai kemahiran baharu, malah didedahkan dengan realiti dunia pekerjaan yang jauh berbeza daripada apa yang dipelajari di dalam kelas.

    • Sertai organisasi pelajar

    Penglibatan dalam organisasi di universiti mampu menambah nilai pada resume anda. Misalnya, jawatan kepimpinan dalam kelab atau jawatankuasa mencerminkan penglibatan aktif serta tanggungjawab yang anda pikul sepanjang tempoh tersebut. 

    Pengalaman ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan melatih anda untuk berfikir secara kritikal. Ia juga menyerlahkan diri anda sebagai individu yang mampu menyumbang lebih daripada sekadar pencapaian akademik.

    • Khidmat sebagai sukarelawan

    Khidmat masyarakat bukan sahaja memberi kepuasan diri, tetapi menjadi nilai tambah dalam memperkukuh resume anda. Ia mencerminkan kualiti seperti empati, rasa tanggungjawab dan inisiatif yang sangat dihargai oleh majikan.

    Selain itu, aktiviti sukarelawan membuka peluang untuk membina rangkaian hubungan baharu. Melalui penglibatan ini, anda berpeluang bertemu dan bekerjasama dengan pelbagai individu daripada latar belakang yang berbeza, sekali gus memperluas kerjaya dan bidang profesional.

    • Jalankan kerja penyelidikan

    Sebarang projek penyelidikan yang pernah anda lakukan sama ada melalui kerjasama dengan pensyarah atau secara bebas atas minat sendiri merupakan usaha yang bernilai untuk jangka masa panjang. Penglibatan ini bukan sahaja menunjukkan rasa ingin tahu akademik, malah membuktikan kesungguhan anda untuk menimba ilmu di luar bilik kuliah.

    Melalui pengalaman tersebut, resume anda akan menjadi lebih bernilai dan menonjol. Ini kerana kemahiran penyelidikan amat penting dalam pembangunan sesebuah syarikat khususnya dalam bidang Penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sentiasa diperlukan.

    • Bina hubungan profesional secara dalam talian

    Bina hubungan profesional secara dalam talian kini lebih mudah kerana semuanya berada di hujung jari anda. Salah satu cara terbaik ialah dengan sentiasa mengemas kini profil LinkedIn agar ia sentiasa kemas.

    Penglibatan aktif di platform tersebut, walaupun hanya sekadar hantaran ringkas mampu menarik perhatian syarikat impian anda. Malah, ia meningkatkan peluang profil anda disemak lebih awal sebelum anda dipanggil menghadiri temu duga.

    • Kembangkan kemahiran yang boleh dipasarkan

    Kembangkan kemahiran yang boleh dipasarkan dengan menambah atau memperbaharui kemahiran baharu, terutamanya dalam era teknologi masa kini. Antara contoh kemahiran tersebut ialah reka bentuk grafik, pengucapan awam atau kemahiran lain di luar bidang pengajian yang memperkukuh prospek kerjaya anda.

    Lebih baik lagi sekiranya kemahiran tersebut disokong dengan pensijilan dalam talian atau penyertaan bengkel singkat. Langkah ini boleh memberi impak besar serta menjadikan anda lebih menonjol berbanding calon lain di pasaran kerja.

    • Pengalaman kerja sambilan

    Pekerjaan sambilan seperti mengajar tuisyen atau bekerja secara bebas memberikan pengalaman berharga dan melatih diri untuk menguruskan masa. Ia juga menuntut tahap disiplin yang tinggi.

    Pengalaman ini turut membentuk sikap bertanggungjawab serta menambah keyakinan diri. Nilai-nilai ini menjadi aset penting apabila melangkah ke alam pekerjaan.

    Menjelang tahun akhir pengajian, setiap pelajar pasti mahu resume mereka lengkap dengan kemahiran dan pengalaman sebagai bukti bahawa mereka layak serta bersedia untuk melangkah ke dunia pekerjaan.

    Semakin banyak pengalaman yang anda kumpul, semakin banyak perkara yang dapat ditonjolkan kepada bakal majikan. Setiap usaha, walaupun akan menjadi bukti bahawa anda benar-benar bersedia menghadapi alam pekerjaan. -RELEVAN

    featured kerja resume

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    October 1, 2025

    Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

    September 30, 2025

    Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

    September 30, 2025

    Musim tengkujuh sudah hampir sampai

    September 29, 2025

    Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

    September 26, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025

    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    October 1, 2025

    Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

    September 30, 2025

    Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

    September 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.