Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    By Umi FatehahAugust 18, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO/UTUSAN

    SETIAP kali menjelang Ogos, negara menjadi lebih meriah. Kibaran Jalur Gemilang dan pelbagai sambutan kemerdekaan menjadi seperti satu pesta besar yang harus diraikan. Jalur Gemilang berkibar megah di hadapan rumah, pejabat, kenderaan. Bendera yang menjadi kebanggaan kita berada di tangan murid-murid sekolah ketika perarakan. 

    Namun, masih ada tidak mengetahui mengenai adab dan peraturan penggunaan bendera negara. 

    Sejak setahun lalu, tular beberapa insiden mengenai penggunaan yang salah Jalur Gemilang sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat. Daripada bendera dipasang terbalik, dijadikan hiasan kenderaan secara berlebihan, hinggalah dijahit menjadi pakaian. Semua ini menimbulkan persoalan, sejauh mana kita benar-benar menghormati Jalur Gemilang?

    Sejarah ringkas Jalur Gemilang

    Setiap kali sambutan kemerdekaan, kita diingatkan tentang malam bersejarah 30 Ogos 1957, ketika orang ramai berkumpul menyaksikan penurunan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu masih belum bernama.

    Pada 31 Ogos 1957, bendera tersebut berkibar rasmi di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), diiringi buat pertama kali dengan alunan Negaraku. Pada asalnya, bendera ini mempunyai 11 jalur merah-putih dan lambang bulan serta bintang kuning di atas latar biru.

    Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 bersama Sabah, Sarawak dan Singapura, jalur ditambah menjadi 14 dan ia kekalkan sehingga hari ini. Nama rasmi Jalur Gemilang pula diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan kemerdekaan ke-40.

    Maksud tersirat di sebalik nama

    • Jalur melambangkan satu haluan, hala tuju dan arah yang sama seluruh rakyat Malaysia daripada Perlis hingga ke Sabah.
    • Gemilang memberi pengertian kecemerlangan negara dan rakyatnya.

    Adab menggunakan Jalur Gemilang

    Menurut Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka Jabatan Penerangan Malaysia, Nor Ezwaty Mohd Bahron, terdapat beberapa garis panduan penting seperti  yang termaktub dalam Akta 414: Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. 

    Garis panduan ini bertujuan memastikan bendera digunakan dengan penuh hormat dan tidak disalahgunakan.

    1. Tidak dijadikan kostum

    Walaupun semangat patriotik itu wajar dipuji, bendera negara tidak boleh dijadikan bahan untuk membuat pakaian seperti baju, samping, tengkolok, skirt atau tudung. Ini kerana ia mengubah bentuk asal bendera dan boleh dianggap merendahkan martabatnya.

    Jika mahu berpakaian bertemakan kemerdekaan, cara yang betul adalah menggunakan warna-warna Jalur Gemilang – merah, putih, biru dan kuning pada fabrik atau corak kostum, bukannya memotong atau menjahit bendera sebenar. 

    Selain lebih menghormati simbol negara, ia juga memberi kebebasan kepada rekaan agar menjadi lebih kreatif tanpa melanggar undang-undang.

    1. Tidak dibayangi objek lain

    Dalam penghasilan poster, infografik atau lukisan, Jalur Gemilang hendaklah dipaparkan dalam keadaan penuh dan jelas. Ia tidak boleh dibelakangi oleh objek lain atau dilitupi sebahagian oleh visual seperti teks, logo atau imej lain.

    Contohnya, meletakkan imej seseorang berdiri di hadapan bendera hingga menutup sebahagian jalurnya boleh dianggap menjejaskan bentuk asal bendera. Paparan yang sempurna memberi mesej bahawa kita menghormati keutuhan simbol negara tanpa mengubahnya untuk tujuan reka bentuk.

    1. Tidak membalut kenderaan

    Menghiasi kereta, motosikal atau bas dengan bendera memang kelihatan meriah. Tetapi membalut sebahagian atau keseluruhan kenderaan dengan Jalur Gemilang adalah tidak dibenarkan. 

    Tindakan itu boleh menyebabkan bendera terheret, kotor atau rosak akibat cuaca dan pergerakan, sekali gus dianggap tidak menghormatinya.

    Cara yang betul ialah menggunakan bendera kecil yang dipasang pada bumbung kenderaan, cermin sisi atau bonet hadapan. Selain memelihara bentuk bendera, ia juga lebih selamat kerana tidak mengganggu penglihatan pemandu atau menjejaskan keselamatan di jalan raya.

    Lambang kedaulatan dan maruah negara

    Jalur Gemilang bukan sekadar kain berwarna merah, putih, biru dan kuning, ia adalah simbol kedaulatan, identiti dan maruah negara. Mengibarkannya dengan betul adalah tanda kita menghargai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu.

    Hormatilah ia kerana di situ terletaknya semangat dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. – RELEVAN

    Previous ArticleKetagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    Next Article Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.