Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    By Umi FatehahJuly 16, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    “AHMAD, sekarang giliran awak untuk menceritakan di hadapan kelas tentang apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua,” kata Cikgu Ros kepada Ahmad.

    Dengar sahaja namanya diseru, jantung Ahmad mula berdegup kencang. Tangannya mula berpeluh. Dia bangun perlahan-lahan sambil berdoa dalam hati supaya suaranya tidak bergetar dan dapat membentangkan setiap fakta dengan betul.

    Pasti ramai pelajar pernah mengalami situasi seperti Ahmad. Perasaan cemas dan gementar apabila bercakap di hadapan orang ramai itu biasa.

    Namun begitu, perasaan ini boleh diatasi jika kita tahu cara untuk membina keyakinan diri. Sebenarnya, bercakap di hadapan kelas bukanlah sesuatu yang menakutkan jika kita membuat persediaan seperti berikut.

    1.⁠ ⁠Buat persediaan awal

    Jika diminta untuk membuat pembentangan, pastikan anda sudah memahami topik tersebut sepenuhnya.

    Tulis isi penting yang ingin disampaikan dan susun mengikut urutan yang jelas supaya tidak tersasar daripada tajuk. Latih diri membaca dan memahami setiap isi serta fakta.

    Dengan cara ini, anda bukan sekadar menghafal tetapi benar-benar menguasai apa yang akan dibentangkan, sekaligus dapat menjawab jika ada soalan daripada guru atau rakan.

    2.⁠ ⁠Latih bercakap di hadapan cermin

    Salah satu cara paling berkesan untuk meningkatkan keyakinan ialah berlatih di hadapan cermin. Berdiri tegak di hadapan cermin dan bercakap seperti sedang membentangkan kepada kelas.

    Dengan cara ini, anda boleh melihat mimik muka, cara mulut bergerak ketika bercakap dan bahasa badan.

    Pastikan anda berdiri dengan tegak, tidak menunduk dan sentiasa senyum. Apabila sudah biasa melihat diri sendiri bercakap, anda akan lebih yakin apabila bercakap di hadapan orang lain.

    3.⁠ ⁠Berlatih bersama kawan atau ahli keluarga

    Jika masih berasa gementar, cuba berlatih di hadapan kawan baik atau ahli keluarga. Minta mereka mendengar pembentangan dari mula hingga akhir dan beri maklum balas tentang cara penyampaian, suara dan gaya anda.

    Latihan sebegini bukan sahaja membantu anda membiasakan diri bercakap di hadapan orang lain tetapi juga melatih mengawal rasa gugup. Melalui cara ini juga anda tahu sudah ada orang yang mendengar dan memahami apa yang disampaikan.

    4.⁠ ⁠Tarik nafas dan tenangkan diri

    Sebelum mula bercakap, tarik nafas sedalamnya beberapa kali untuk menenangkan diri. Ketika berdiri di hadapan kelas, cuba senyum kepada rakan-rakan sebelum mula bercakap.

    Apabila bercakap, jangan tergesa-gesa. Sebaliknya, bercakap secara perlahan dan jelas agar apa yang dibentangkan dapat difahami oleh semua. Jika bercakap terlalu laju, anda mungkin tersasul atau tersalah sebut perkataan dan menyebabkan bertambah gugup.

    5.⁠ ⁠Fokus kepada penyampaian

    Ramai yang berasa takut kerana terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang mereka. Cuba alihkan fokus anda daripada perasaan malu atau takut kepada matlamat sebenar iaitu untuk menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakan dan guru.

    Ingat, mereka mahu mendengar apa yang ingin disampaikan, bukan menilai atau mencari kesalahan anda. Apabila fokus kepada penyampaian, secara automatik keyakinan anda akan meningkat.

    6.⁠ ⁠Mulakan dengan ayat pembuka yang mudah

    Jika anda sukar memulakan ucapan, sediakan ayat pembuka yang mudah seperti, “Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya akan membentangkan tentang…”

    Ayat pembuka ini akan membantu anda memulakan dengan tenang sebelum meneruskan isi pembentangan.

    7.⁠ ⁠Sentiasa berlatih dan jangan takut untuk mencuba

    Keyakinan diri tidak dapat dibina dalam masa sehari. Semakin kerap anda bercakap di hadapan kelas, lama kelamaan perasaan gugup itu mungkin hilang dan digantikan dengan teruja.

    Anggap setiap peluang sebagai latihan berharga untuk membina keyakinan diri. Jangan takut membuat kesilapan. Ia tidak bermakna anda gagal. Sebaliknya, setiap kesilapan mengajar kita untuk memperbaiki diri. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.