Facebook Twitter
    Trending
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    By Umi FatehahJuly 3, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERNAHKAH tiba-tiba muncul rasa ragu dengan diri sendiri, masa depan atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling? Kadang-kadang, rasa ragu dan risau ini muncul tanpa sebab jelas dan ia sangat meletihkan.

    Sebagai manusia, kita memang ada naluri untuk mahu mengawal segalanya. Bermula dari keputusan hidup, masa depan, sampailah cara orang lain berfikir tentang kita. 

    Hakikatnya, tidak semua yang kita mahu akan berjalan seperti dirancang. Walau bagaimanapun, dengan izin Tuhan, mungkin satu hari nanti apa yang kita impikan akan jadi kenyataan juga.

    Jika anda sedang dibelenggu rasa ragu dan risau, cuba amalkan beberapa langkah ini untuk menenangkan hati dan fikiran.

    1. Beri ruang dan masa untuk diri sendiri

    Setiap daripada kita mengalami keraguan dan kerisauan tentang banyak perkara dan dengan cara yang berbeza. Ketika berada dalam situasi ini, berikan ruang dan masa untuk anda proses dan hayati emosi tersebut. 

    Sama ada anda mengalami keraguan, kebimbangan atau tekanan, pesan pada diri bahawa perasaan ini adalah normal dan semuanya akan menjadi baik-baik saja.

    Kadang-kadang, kita akan cuba melawan perasaan ini kerana tidak ada siapa yang sukakan emosi negatif. Tetapi, jika anda cuba menidakkan perasaan sendiri, ia mungkin akan menyebabkan perasaan tersebut semakin besar dan kuat sehingga mengganggu rutin harian lain. 

    1. Terima kenyataan dan bersyukur

    ‘Terima’ dalam konteks ini bermakna kita perlu sedar bahawa kehidupan penuh dengan teka-teki dan apa sahaja yang kita inginkan belum tentu akan menjadi kenyataan.

    ‘Terima’ juga bermakna diri kita sendiri mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza dengan orang lain. Kita hanyalah manusia. Setiap jalan kehidupan sudah ditentukan oleh tuhan dan apa sahaja yang diatur pasti ada hikmahnya.

    Apabila kita lebih menerima dan faham tentang apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan, pasti kehidupan tidaklah terlalu berat dan membebankan. 

    1. Hidup untuk hari ini

    Tiada siapa yang boleh meramal masa depan. Tiada siapa juga yang tahu apa akan berlaku. Selain itu, kita juga tidak boleh mengawal apa yang orang lain rasa, fikir atau cara mereka berkelakuan dan kita tidak boleh mengawal apa cabaran hidup yang perlu dihadapi.

    Daripada kita menggunakan masa yang ada dengan merenung, risau dan meragukan masa hadapan serta apa orang fikir tentang kita, lebih baik tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik hari ini supaya tidak ada penyesalan di kemudian hari. 

    1. Belajar daripada kesilapan

    Pengalaman pada masa lalu terutamanya yang negatif dan sukar sebenarnya banyak mengajar kita. 

    Dalam situasi penuh cabaran itu mungkin kita rasa ia sukar untuk diterima dan dihadapi. Tetapi jika sesi refleksi dilakukan, sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil supaya kita dapat lakukan yang lebih baik pada masa hadapan. 

    Mungkin dahulu kita fikirkan diri sendiri lemah. Tetapi jika dilihat kembali, kita sebenarnya berdaya tahan kerana mampu mengatasi cabaran tersebut. Jangan biarkan kesilapan yang berlaku hanya sebagai kesilapan. Jadikan ia sebagai pengajaran untuk kita lakukan yang lebih baik demi masa hadapan.

    1. Lakukan rutin penjagaan diri

    Ketika berada dalam situasi di mana kita diselubungi dengan perasaan negatif, apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mood ialah dengan melakukan rutin penjagaan diri (self-care). 

    Aktiviti apa yang boleh dilakukan itu terpulang kepada diri masing-masing. Ada yang menulis, membaca, menonton filem atau bersiar-siar.  Lakukan apa sahaja yang boleh mendatangkan aura positif. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.