Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    By Umi FatehahJune 30, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SIAPA sahaja yang tidak mempunyai impian untuk hidup selesa dengan memperoleh gaji lumayan? Hakikatnya, hampir setiap daripada kita mengimpikan kehidupan begitu.

    Gaji lima angka, dapat beli rumah selesa, kereta impian dan berpeluang untuk bercuti ke luar negara pada bila-bila sahaja. Kedengaran indah, bukan?

    Namun, pada masa sama, ramai juga yang berharap semua itu datang tanpa perlu bersusah payah dengan kerja yang menuntut pengorbanan masa, tekanan tinggi dan menggunakan setiap sel dalam otak. 

    Hal ini kerana, kebanyakan kerja dengan gaji lumayan kebiasaannya memerlukan tahap komitmen yang tinggi serta kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.

    Justeru, persoalannya, bolehkah kita dapat gaji besar tanpa kerja susah?

    Realiti kerja gaji besar

    Hakikat yang perlu kita hadam ialah gaji besar bukan diberi sesuka hati. Ia adalah bayaran kepada nilai dan sumbangan yang kita berikan kepada majikan atau perniagaan. 

    Secara logik, semakin tinggi gaji seseorang, semakin tinggi jugalah harapan syarikat terhadapnya. Sumbangan yang dijangka daripada individu tersebut bukan kecil malah sering melibatkan kemampuan untuk membawa perubahan positif, menyelesaikan masalah rumit dan memacu kejayaan organisasi. 

    Majikan tidak akan membayar gaji besar untuk kerja yang boleh dilakukan dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Sebaliknya, mereka akan memastikan setiap sen dibayar setimpal dengan nilai, usaha dan hasil yang diberikan.

    Sebab itulah jika seseorang bercita-cita untuk memiliki pendapatan besar tetapi enggan melalui proses yang susah dan mencabar, harapan itu hanya akan tinggal angan-angan. 

    Realitinya, setiap peluang untuk meraih pendapatan lumayan datang bersama tuntutan untuk berusaha, belajar dan memberi lebih daripada orang lain. Dunia hari ini menawarkan pelbagai ruang untuk kita berjaya tetapi tiada jalan pintas untuk sampai ke puncak tanpa usaha yang setimpal.

    Wujudkah pekerjaan mudah bergaji besar?

    Memang ada pekerjaan yang dari luar nampak seperti mudah tetapi sebenarnya menuntut usaha luar biasa di belakang tabir. Menurut Jobstreet, berikut ialah pekerjaan yang kurang susah dan menawarkan gaji lumayan di Malaysia.

    • Pembangun permainan video

    Jika anda seorang yang gemar bermain permainan video dan bersemangat untuk mencipta permainan sendiri, kerjaya sebagai pembangun permainan boleh menjadi pilihan tepat. 

    Pembangun permainan bertanggungjawab mereka konsep permainan, bekerjasama dengan artis untuk menghasilkan visual yang menarik serta menulis kod bagi membina mekanik dan ciri permainan. Dari segi pendapatan, seorang pembangun permainan di Malaysia memperoleh purata sekitar RM 5,200 sebulan.

    • Juruanimasi

    Juruanimasi menghasilkan animasi dan imej visual untuk filem, permainan video, iklan dan pelbagai bentuk media lain. Kerjaya ini diperlukan dalam pelbagai industri seperti pengiklanan, perfileman, reka bentuk sistem komputer, pengeluaran permainan dan reka bentuk grafik. Di Malaysia, juruanimasi boleh meraih pendapatan sekitar RM 4,000 sebulan.

    • Pencipta kandungan digital

    Malaysia kini sedang melalui era revolusi pencipta kandungan. Oleh itu, bidang ini sangat sesuai untuk diceburi bagi mereka yang berminat. 

    Kerjaya ini bukan sahaja menyeronokkan malah berpotensi memberikan pendapatan yang lumayan. 

    Sebagai pencipta kandungan digital, anda memberi nilai kepada orang ramai dengan menghasilkan pelbagai kandungan untuk platform dalam talian sama ada berbentuk bermanfaat, menghiburkan atau mendidik. 

    Pendapatan dalam bidang ini juga berbeza bergantung kepada jumlah pengikut atau tontonan, tahap penglibatan serta strategi pengewangan (monetization). Ada yang menjana pendapatan sederhana, ada pula yang berjaya meraih angka yang tinggi.

    • Pakar terapi muzik

    Pakar terapi muzik menggunakan muzik sebagai kaedah rawatan untuk membantu individu mengatasi cabaran dari segi kognitif, fizikal atau emosi. 

    Dalam kerjaya ini, anda menggabungkan bakat muzik dengan pengetahuan psikologi dan fisiologi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan seseorang. Di Malaysia, purata pendapatan bagi pakar terapi muzik ialah sekitar RM 7,800 sebulan.

    Apa yang perlu dilakukan?

    Sekiranya mempunyai cita-cita untuk memiliki kerjaya yang menawarkan gaji lumayan, anda perlu sedar bahawa kejayaan itu tidak datang bergolek. Tidak cukup hanya berharap atau berangan-angan. 

    Sebaliknya, anda perlu melengkapkan diri dengan pelbagai usaha, sikap positif dan persediaan untuk menghadapi cabaran. Jalan menuju gaji besar memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan keinginan untuk sentiasa memperbaiki diri. Jadi, apakah langkah yang boleh diambil?

    • Tambah nilai diri

    Belajar kemahiran baharu, asah bakat, tingkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengurusan masa. Nilai diri yang tinggi membuatkan anda layak menerima gaji lebih tinggi.

    • Ubah cara berfikir

    Daripada mencari kerja senang bergaji besar, lebih baik cari bidang yang anda minat. Bila anda suka dengan apa yang dilakukan, cabaran kerja terasa lebih ringan.

    • Terima realiti kerja

    Kerja apa sekalipun ada susahnya. Kesedaran awal tentang hakikat ini akan memudahkan kita mencorak laluan kerjaya yang berjaya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.