Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    By Umi FatehahJune 18, 2025Updated:June 18, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAGAL sekali tidak bermakna gagal selamanya. - GAMBAR HIASAN PUQTRA HAIRRY

    TIDAK semua orang pandai Matematik atau suka menghafal nota-nota Sejarah. Ia perkara yang sangat normal dan bukan bermakna kita malas atau kurang bijak. Mungkin anda belum jumpa cara belajar yang betul atau tidak tahu kekuatan diri sendiri.

    Setiap pelajar ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan terlalu bersedih dengan kekurangan sehingga melupakan kelebihan sendiri. Meskipun sistem persekolahan menghendaki untuk mempelajari pelbagai subjek, ia tidak bermakna anda perlu skor A untuk kesemuanya.

    Apa yang penting, anda mengenali potensi diri sendiri supaya boleh belajar dengan lebih yakin dan seronok. Bagi subjek yang kurang cemerlang, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi tanpa perlu membandingkan diri dengan orang lain.

    1.⁠ ⁠Fahamkan, jangan hafal semata-mata

    Ramai pelajar yang berusaha keras menghafal nota atau fakta tanpa betul-betul faham apa yang dipelajari. Cara ini mungkin berjaya untuk kuiz jangka pendek tetapi sukar untuk membantu dalam peperiksaan.

    Untuk subjek seperti Sains atau Matematik, cuba fahamkan konsep atau formula terlebih dahulu. Kemudian, banyakkan latihan supaya dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis soalan dan tahu cara menggunakan formula dalam konteks yang berbeza.

    2.⁠ ⁠Pecahkan topik besar

    Subjek yang susah biasanya rasa berat kerana kita cuba faham semuanya sekaligus. Cuba ubah pendekatan dengan pecahkan topik besar kepada bahagian kecil dan belajar satu bahagian pada satu masa.

    Contohnya, kalau bab Sejarah tentang zaman penjajahan terlalu panjang, fokus dahulu kepada satu tokoh atau satu peristiwa sahaja. Bila satu bahagian sudah difahami, baru sambung ke bahagian seterusnya. Belajar sedikit demi sedikit tetapi konsisten lebih berkesan daripada belajar sekaligus dan cepat lupa.

    3.⁠ ⁠Ulangkaji dengan kaedah visual atau praktikal

    Setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza. Ada yang mudah faham bila membaca, ada juga perlu melihat gambar untuk mudah ingat. Ada pula yang lebih cepat tangkap bila mendengar atau berbincang.

    Jadi, penting untuk anda kenal pasti gaya pembelajaran sendiri dan pilih kaedah yang sesuai.

    Jika anda jenis pelajar visual, cuba guna peta minda, carta alir atau lukisan untuk ringkaskan isi penting. Kalau anda suka mendengar dan bercakap, ulangkaji sambil membaca kuat-kuat, rakam suara sendiri atau belajar bersama kawan dengan berbincang.

    Untuk subjek yang banyak fakta seperti Sejarah atau Sains, gunakan warna-warna berlainan dalam nota supaya lebih menarik dan senang ingat. Manakala untuk subjek seperti Matematik, tiada jalan pintas selain berlatih. Semakin kerap anda buat latihan, semakin cekap anda mengenal pasti cara menjawab soalan.

    Jika anda suka bergerak atau belajar secara praktikal, cuba buat kad imbas (flash card), susun isi penting atas dinding atau tukar fakta kepada permainan mini.

    Belajar tidak semestinya anda perlu duduk diam depan buku. Sekiranya dapat mengenal pasti gaya belajar yang sesuai, anda akan rasa lebih mudah dan menyeronokkan. – RELEVAN

    Previous ArticleGaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    Next Article Mampukah generasi kita beli rumah?

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.