Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Guru bukan pembantu peribadi anak

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    By Umi FatehahMay 16, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Guru bukan pembantu peribadi anak. - GAMBAR HIASAN

    SETIAP tahun, Hari Guru biasanya disambut dengan lagu, bunga, ucapan manis penghargaan dan hadiah. Tetapi kalau betul-betul mahu hargai guru, kita kena berhenti menyusahkan mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya.

    Dalam diam, peranan guru hari ini bukan lagi sekadar mendidik anak murid. Mereka kini juga terpaksa berdepan dengan perangai ibu bapa yang keterlaluan yang melepaskan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain.

    Beban guru

    Dulu, guru hanya perlu menjaga dan menyelia 30 hingga 40 murid dalam satu kelas. Murid-murid pula mempunyai pelbagai latar belakang, perangai dan tahap pemahaman. Itu juga sudah cukup mencabar.

    Namun, sekarang ini guru bukan sahaja perlu mengajar dan mendidik malah turut mengurus kerenah ibu bapa yang makin hilang sempadan.

    Ada ibu bapa yang meminta guru untuk carikan pensel anak yang hilang. Ada yang suruh guru semak beg anak dan keluarkan buku kerja. Ada juga menghantar mesej lewat malam dan bertanya, “Cikgu, esok pakai baju sukan ke?”

    Sedangkan semua maklumat sudah diberi lebih awal, dengan jelas dan berulang kali dalam kelas. Ada kalanya, cikgu memilih untuk tidak menjawab pertanyaan ibu bapa. Bukan kerana malas tetapi sudah terlalu letih. Letih perlu uruskan perkara-perkara remeh yang bukan sebahagian daripada tanggungjawab mereka.

    Kemudahan akses bukan lesen untuk menyusahkan

    Kumpulan WhatsApp kelas sepatutnya memudahkan penyampaian maklumat. Tapi ia kini menjadi lubuk mesej tak penting dan permintaan luar batas.

    Ada yang meminta guru beri perhatian khas kepada anak mereka sahaja. Ada yang sanggup mempersoal dan menyerang cikgu secara terbuka hanya kerana tidak puas hati anak mereka tidak diberi layanan istimewa.

    Sedangkan realitinya, guru ada puluhan murid lain yang perlu dijaga. Guru bukan milik peribadi sesiapa.

    Paling memeningkan kepala, ada juga ibu bapa yang bergaduh sesama sendiri hanya kerana hal kecil seperti ada murid lain mencuri pensel warna anaknya, keluhan yang tidak berpenghujung atau bersaing anak siapa lebih pandai. 

    Guru pula terheret sama dalam pergaduhan dan seolah-olah perlu menjadi moderator dalam perbualan yang lebih banyak menggunakan emosi daripada rasional.

    Ibu bapa perlu latih anak menjadi bertanggungjawab

    Anak lupa bawa buku? Biar dia belajar tanggung akibat. Anak tertinggal pensel? Ajar dia untuk lebih bersedia esok. Kerja sekolah tidak disiapkan? Biar dia ditegur atau dikenakan tindakan disiplin.

    Kalau semua perkara diserahkan kepada guru untuk diselesaikan, bila pula anak akan belajar berdikari? Bila anak nak tahu bahawa setiap perbuatan baik dan buruk ada akibatnya dan setiap tanggungjawab itu perlu dipikul sendiri?

    Disiplin bermula di rumah, bukan di WhatsApp

    Hari Guru bukan sekadar untuk tulis kad comel dan beri hadiah. Ia juga hari untuk kita sebagai ibu bapa untuk muhasabah diri.

    Guru-guru sudah cukup penat. Mereka bukan sahaja berdepan dengan sistem pendidikan yang sentiasa berubah-ubah tetapi juga dengan kerenah murid dan ibu bapa yang semakin tidak masuk akal.

    Jadi tahun ini, mungkin hadiah paling bermakna untuk guru bukanlah cawan dengan tulisan Guru Terbaik. Tetapi rasa hormat, sempadan yang jelas dan usaha kita untuk tidak membebankan guru dengan tanggungjawab yang bukan milik mereka.

    Selamat Hari Guru dan terima kasih kerana masih bertahan walaupun dunia sering lupa anda juga manusia. – RELEVAN

    Previous ArticleMyra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    Next Article Urus pusaka tanpa tekanan

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.