Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    By Umi FatehahMay 13, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh. -GAMBAR HIASAN RESUMEGENIUS/PEXELS

    SEJAK pandemik COVID-19, bekerja dari rumah (WFH) atau bekerja jarak jauh (remote jobs) semakin mendapat sambutan daripada pelbagai pihak di seluruh dunia. 

    Golongan muda kini semakin cenderung mencari peluang pekerjaan yang fleksibel kerana ia membantu menjimatkan kos dari pelbagai aspek, termasuk pengangkutan dan makan harian. 

    Menyedari kecenderungan ini, semakin ramai majikan mula menawarkan waktu kerja yang fleksibel serta sistem kerja hibrid bagi menarik minat tenaga kerja profesional muda.

    Walaupun perubahan itu semakin diterima, majikan yang terbuka untuk menawarkan kerja dari rumah masih terhad. Jadi, mencari kerja fleksibel tetap memerlukan strategi yang tersusun dan usaha yang berterusan.

    Jika anda berminat untuk beralih kepada kerja jarak jauh, berikut beberapa langkah penting yang perlu diambil.

    1. Fahamkan apa itu kerja jarak jauh

    Sebelum mula mencari kerja, penting untuk anda benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan kerja jarak jauh. 

    Kerja dari rumah atau jarak jauh merujuk kepada situasi di mana seseorang menjalankan tugas dan tanggungjawab kerja tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal. Segala urusan komunikasi dan pelaksanaan tugas dilakukan melalui platform digital.

    Ia boleh merangkumi kerja sepenuh masa (full-time), separuh masa (part-time), atau kerja secara bebas (freelance). Bidang yang paling banyak menawarkan kerja jarak jauh termasuklah penulisan kandungan, pengaturcaraan, reka bentuk grafik, khidmat pelanggan, pengurusan media sosial dan pemasaran digital.

    Namun, jangan salah anggap. Kerja dari rumah bukan alasan untuk bersenang-lenang. Malah, ia menuntut tahap disiplin yang tinggi kerana anda perlu menyelesaikan tugasan tepat pada masa, hadir mesyuarat dalam talian,dan kekal produktif walaupun tanpa pengawasan langsung.

    1. Tentukan kemahiran dan bidang yang sesuai

    Sebelum anda memohon sebarang kerja jarak jauh, ambil masa untuk mengenal pasti kemahiran yang dimiliki dan jenis pekerjaan yang bersesuaian. 

    Tanyakan pada diri sendiri: apakah nilai tambah yang saya boleh tawarkan kepada majikan secara dalam talian? Adakah saya mempunyai kemahiran digital yang baik? Adakah saya selesa bekerja secara bebas tanpa pemantauan harian?

    Kemahiran seperti penulisan, penterjemahan, pengurusan laman web, khidmat pelanggan dalam talian, kemahiran menggunakan Canva, Google Workspace, Microsoft Office, Zoom, Slack atau platform pengurusan projek seperti Trello dan Asana merupakan antara aset utama dalam kerja jarak jauh.

    Jika belum cukup yakin, anda boleh mengambil kursus-kursus percuma atau murah di platform seperti Coursera, Udemy atau Google Skillshop. Pelaburan masa ini akan mempersiapkan anda untuk lebih berdaya saing dalam pasaran kerja digital.

    1. Kenal pasti platform iklan kerja jarak jauh

    Tidak semua kerja jarak jauh diiklankan secara jelas di laman pencarian kerja biasa. Oleh itu, penting untuk tahu di mana anda patut bermula. Berikut ialah beberapa platform yang boleh anda manfaatkan:

    • JobStreet dan LinkedIn: Gunakan kata kunci seperti work from home, remote atau freelance dalam penapis carian.
    • Upwork dan Freelancer: Sesuai untuk mereka yang mahu mencari pekerjaan bebas berdasarkan kemahiran tertentu.
    • Remote OK, We Work Remotely dan FlexJobs: Platform antarabangsa yang khusus untuk kerja jarak jauh.
    • Telegram dan Facebook: Terdapat banyak komuniti yang aktif berkongsi peluang kerja jarak jauh. Cuma pastikan anda berhati-hati dan semak latar belakang pengiklan.

    Bersabar dan konsisten penting juga penting. Ada kalanya, anda perlu memohon berpuluh jawatan sebelum dipanggil untuk temu duga.

    1. Sesuaikan resume dengan jawatan atau bidang

    Dalam dunia kerja jarak jauh, majikan akan mencari individu yang cekap mengurus masa, mampu bekerja secara berdikari dan mempunyai kemahiran komunikasi yang jelas. 

    Oleh itu, pastikan resume anda menonjolkan pengalaman berkaitan. Contohnya, jika anda pernah mengurus projek dari rumah, bekerja dalam pasukan secara maya atau menyelesaikan tugasan tanpa pemantauan langsung, nyatakan pengalaman tersebut dengan jelas.

    Begitu juga dengan profil LinkedIn anda. Lengkapkan bahagian ringkasan diri, letakkan portfolio (jika ada) dan nyatakan bahawa anda terbuka kepada peluang kerja jarak jauh. Ini boleh meningkatkan peluang anda ditemui oleh perekrut yang mencari pekerja jarak jauh.

    1. Persiapkan diri untuk temu duga dalam talian

    Kebanyakan temu duga bagi kerja jarak jauh akan dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet, Zoom atau platform seumpamanya. Justeru, anda perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dan profesional di rumah.

    Pastikan pencahayaan mencukupi, latar belakang kemas, mikrofon jelas dan sambungan internet stabil. Latih juga cara anda menjawab soalan, fokus kepada bagaimana anda menyelesaikan masalah, mengurus tugasan dan bekerjasama dengan rakan sekerja walaupun berada di lokasi berbeza.

    1. Kekal produktif dan disiplin

    Sebaik sahaja anda memperoleh kerja dari rumah, cabaran seterusnya ialah memastikan anda kekal produktif. Bekerja di rumah boleh menjadi sangat selesa dan menguntungkan tetapi tanpa disiplin, ia boleh menjejaskan prestasi anda.

    Cuba tetapkan jadual harian yang tetap. Bangun dan mula kerja pada waktu sama setiap hari, sediakan ruang kerja khas dan elakkan gangguan seperti menatal media sosial ketika waktu bekerja. 

    Gunakan aplikasi pengurusan masa seperti Notion, Trello atau Google Calendar untuk membantu mengurus tugasan dengan lebih teratur. – RELEVAN

    Previous ArticleGaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    Next Article Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.