Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Steve Jobs, ikon revolusi dunia teknologi

    Steve Jobs, ikon revolusi dunia teknologi

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAApril 16, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Steve Jobs

    “ORANG yang cukup gila untuk fikir mereka boleh ubah dunia, selalunya ialah orang yang benar-benar melakukannya.”

    Itulah antara kata-kata paling terkenal daripada seorang lelaki yang bukan sahaja mengubah cara kita menggunakan telefon, komputer dan muzik malah mengubah cara dunia melihat teknologi.

    Beliau bukan ahli sihir, bukan juga seorang saintis dengan makmal canggih tetapi hanyalah seorang anak muda yang pernah bermain dengan wayar dan cip komputer di dalam garaj rumah. Namanya? Steve Jobs.

    Daripada garaj kecil di California, lahirlah syarikat teknologi gergasi dunia iaitu Apple yang merupakan hasil daripada idea-idea berani dan impian yang tidak pernah padam.

    Kehidupan awal

    Steve Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco, California. Sejak kecil, beliau telah menunjukkan minat mendalam terhadap bidang elektronik. Beliau dijadikan anak angkat kepada pasangan Paul dan Clara Jobs yang tinggal di California. Bapanya seorang mekanik dan dari situlah Steve mula belajar membaiki dan memahami bagaimana mesin berfungsi.

    Ketika bersekolah, Steve tidak begitu cemerlang dari segi akademik tetapi beliau sangat bijak dalam aspek teknikal dan pemikiran kreatif. Beliau suka mencabar diri dan sentiasa mencari jalan untuk menjadikan sesuatu lebih baik dan ringkas.

    Setelah menamatkan pengajian di peringkat menengah, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Reed College namun hanya bertahan selama satu semester sahaja sebelum memilih untuk berhenti belajar. Keputusan itu membuka ruang kepada Jobs untuk meneroka bidang yang lebih dekat dengan minatnya seperti reka bentuk tipografi dan komputer.

    Permulaan jenama Apple

    Pada 1976, Steve Jobs dan rakan baiknya, Steve Wozniak menubuhkan Apple Computer di dalam garaj rumah. Mereka membina komputer pertama yang diberi nama Apple I secara manual. Hasil usaha mereka berjay menarik minat pelabur dan Apple mula berkembang pesat.

    Kemudian, Apple II diperkenalkan dan menjadi antara komputer rumah paling berjaya pada ketika itu. Kejayaan terbesar Apple pada era awal datang apabila mereka melancarkan Macintosh pada 1984. Ia merupakan komputer pertama yang menggunakan antara muka grafik dan tetikus, menjadikannya lebih mesra pengguna.

    Steve Jobs bukanlah seorang jurutera tetapi beliau seorang pemimpin yang tahu apa yang dimahukan orang ramai. Beliau percaya bahawa teknologi perlu mudah, cantik dan menyeronokkan.

    Dibuang dari syarikat sendiri

    Walaupun berjaya mengangkat Apple ke mercu, Steve Jobs menghadapi krisis dalaman dan akhirnya dipecat daripada syarikat yang beliau sendiri tubuhkan pada 1985. Kejadian itu sangat mengecewakan tetapi beliau tidak patah semangat.

    Sebaliknya, beliau menubuhkan syarikat baharu iaitu NeXT dan membeli syarikat animasi kecil bernama Pixar. Di Pixar, Steve Jobs sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila filem animasi Toy Story menjadi kejayaan besar. Pixar kini dikenali sebagai antara studio animasi paling berjaya dalam sejarah.

    Kembali ke Apple dan revolusi dunia digital

    Pada 1997, Apple mengalami kejatuhan dan memanggil Steve Jobs kembali untuk menyelamatkan syarikat. Sekembalinya beliau, Apple berubah sepenuhnya. Jobs memperkenalkan iMac, iPod, iTunes, iPhone dan iPad di mqna semuanya menjadi produk ikonik dan mengubah cara manusia berkomunikasi, bekerja dan menikmati hiburan.

    Produk Apple bukan sekadar alat teknologi tetapi simbol gaya hidup moden. Gabungan teknologi, seni dan kesederhanaan dalam reka bentuk menjadikan Apple sebagai jenama pilihan ramai.

    Inspirasi kepada dunia

    Steve Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 akibat kanser pankreas. Walaupun sudah tiada, legasinya kekal kukuh dalam dunia teknologi dan dalam hati jutaan peminat.

    Antara kata-kata beliau yang menjadi inspirasi ialah ‘stay hungry, stay foolish’ yang bermaksud, teruslah rasa ingin tahu dan jangan takut untuk menjadi luar biasa. Beliau mengajar kita bahawa gagal bukan penamat. Malah, daripada kegagalanlah lahirnya kejayaan yang sebenar.

    Impian yang mengubah dunia

    Kisah Steve Jobs membuktikan bahawa kejayaan tidak memerlukan permulaan yang sempurna. Beliau bukanlah seorang pelajar terbaik, bukannya datang daripada keluarga yang kaya malah pernah gagal dalam kerjayanya. Namun, kerana minat, keberanian dan usaha yang tidak pernah param, beliau berjaya meninggalkan kesan besar kepada dunia.

    Ambillah inspirasi daripada perjalanan hidup beliau. Jangan takut untuk mencuba, berani berfikir di luar kotak dan jangan mudah putus asa. Dunia ini sentiasa menanti orang-orang yang berani bermimpi dan sanggup berusaha menjadikan impian itu satu kenyataan seperti yang dilakukan oleh Steve Jobs, lelaki yang memulakan segalanya dari sebuah garaj kecil. – RELEVAN

    apple featured iphone kerjaya steve jobs Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.