Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pahitnya jatuh, manisnya bangkit semula

    Pahitnya jatuh, manisnya bangkit semula

    By Umi FatehahMarch 14, 2025Updated:March 14, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pahitnya jatuh, manisnya bangkit semula

    PERNIAGAAN bukan sekadar mengenai mengejar keuntungan semata-mata seperti yang difikirkan ramai orang. Dalam perniagaan, apa yang lebih menjadi keperluan adalah kecekalan, pengorbanan dan paling penting, legasi. 

    Bagi Muhammad Amiruz Amini, pemilik dan pengusaha Nasi Daging Dulang Berasap, setiap hidangan di gerainya membawa kisah perjuangan yang penuh liku, cabaran, pengorbanan serta keringat yang tiada henti.

    Sejak kecil, Muhammad Amiruz sudah biasa melihat jatuh bangun dunia perniagaan. Dari situ, dia belajar satu pengajaran hidup – untuk berjaya, seseorang perlu berani mengambil risiko.

    Pada awalnya, Muhammad Amiruz melihat perniagaan sebagai alat untuk mencapai kestabilan kewangan. Namun, semakin dia mendalami selok-belok bidang itu, perspektifnya berubah. 

    Perniagaan bukan sekadar mencari keuntungan tetapi tentang bagaimana ia boleh memberi nilai, mencipta peluang dan membina sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar angka dalam akaun bank.

    “Mungkin masa kita belajar secara teori, matlamat perniagaan ialah untuk mendapatkan keuntungan. Tidak dinafikan itu memang betul tetapi sebenarnya ia lebih luas daripada tentang duit semata-mata.

    “Pada peringkat awal sebelum memulakan perniagaan, motivasi saya ialah duit. Saya memang minat duit. Tetapi bila difikirkan semula, siapa sahaja yang tidak sukakan duit, bukan?” katanya sambil ketawa kecil.

    Bayang-bayang pahlawan bernama ayah

    Bagi memulakan sesuatu, kita perlu ada motivasi dan inspirasi. Bagi Muhammad Amiruz, motivasinya ialah untuk meraih keuntungan. Bagaimana pula dengan inspirasi?

    “Orang lain mungkin jadikan para jutawan atau nama-nama besar lain dalam dunia perniagaan sebagai inspirasi mereka. Tetapi saya? Saya cuma ada ayah.

    “Ayah saya bukan orang kaya, bukan orang ternama. Tetapi dia adalah orang yang paling luar biasa dalam hidup saya. 

    “Dia (ayah) seseorang yang berfikiran besar tetapi dia tidak berkesempatan untuk merealisasikan impian kerana umurnya tidak panjang,” katanya.

    Muhammad Amiruz diam seketika dan menarik nafas yang dalam. Dia kelihatan seperti sedang mencuba untuk tidak menangis. Sebagai seorang yang empath, mata saya juga mula berkaca. 

    Nafasnya berat – seperti ada sesuatu yang tersekat di dada. Matanya mula berkaca dan walaupun dia cuba menahan, akhirnya air mata jatuh juga.

    Muhammad Amiruz berkata, pemergian ayahnya bukan sekadar kehilangan seorang ketua keluarga tetapi titik permulaan kepada pelbagai cabaran yang mengubah perjalanan hidup mereka sekeluarga.

    “Sebelum dia ‘pergi’, ayah sempat meninggalkan surat wasiat untuk kami. Antara pesanan yang ditinggalkan, dia berpesan untuk jaga adik-adik dan jangan berpecah belah.

    “Kata-katanya dalam surat itulah yang menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk meneruskan legasi perniagaan yang ditinggalkan ayah. 

    “Sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik, saya berikhtiar untuk menggalas tanggungjawab dunia akhirat itu dengan baik,” sambung Muhammad Amiruz sambil tangannya sibuk mengelap air mata di pipi. 

    Ibu kepada pengusaha Nasi Daging Dulang Berasap, Ruziah Ibrahim yang menjadi sumber kekuatan adik-beradik ini untuk tidak berputus asa.

    Selepas arwah ayahnya, Muhammad Amiruz menegaskan bahawa ibunya adalah sumber kekuatan utama. Setiap kali Muhammad Amiruz rasa tidak bersemangat, wajah syurganya itu ditatap dan direnung untuk mengembalikan semangat.

    Strategi baharu, harapan baharu

    Sebelum ini, Muhammad Amiruz sekeluarga mengusahakan perniagaan ayahnya sebagai katering di sebuah pusat pelancongan. Ketika pemergian ayahnya, kontrak sebagai katering di resort tersebut juga tamat. 

    Sejak itu, dia perlu mula merangka strategi untuk membina perniagaan sendiri bagi menyara keluarga. Namun, perjalanan membina perniagaan sendiri bukanlah mudah.

    “Selepas kontrak perniagaan ayah tamat, kami perlu memulakan perniagaan sendiri dari awal. Disebabkan kami mempunyai latar belakang dalam industri makanan dan minuman (F&B) kami membuat keputusan untuk membuka kedai makan sendiri.

    “Bermodalkan dana yang ada, kami memberanikan diri memulakan perniagaan. Namun, dalam tempoh enam bulan sahaja, kedai terpaksa ditutup. Saya dah laburkan berpuluh ribu ringgit dalam tempoh itu tetapi tetap tidak berjaya,” katanya. 

    Ketika berbicara tentang kegagalan pertamanya dalam dunia perniagaan, ada nada kesal dan keperitan dalam suaranya.

    Disebabkan tidak ada keuntungan, ada beberapa kali Muhammad Amiruz terfikir untuk menghentikan perniagaan itu. Tetapi dengan semangat dorongan ibunya, beliau terus berusaha untuk cuba mencari keuntungan. 

    Namun, tidak semua usaha membuahkan hasil. Makin lama diteruskan makin tinggi kerugian yang ditanggung mereka sekeluarga. Sampai satu tahap, Muhammad Amiruz akur untuk tidak meneruskan perniagaan itu.

    Lima bulan tanpa elektrik, tiga bulan tanpa air

    Jatuhnya bukan sekadar dari segi perniagaan tetapi juga dalam kehidupan peribadi. Kesusahan yang dialaminya bukan sekadar tiada untung tetapi sehingga tiada apa-apa.

    “Saya pernah duduk rumah sewa dengan mak dan adik-adik dalam keadaan lima bulan tanpa elektrik dan tiga bulan tanpa air. Duit yang kami ada pada ketika itu cukup-cukup untuk bayar sewa sahaja. 

    “Pada ketika itu, saya rasa malu untuk mendapatkan pertolongan dari rakan-rakan atau keluarga terdekat yang lain. 

    “Sampai saya tidak tahu mahu mengadu kepada siapa. Saya hanya mampu bersujud dan mengadu kepada Maha Pencipta sahaja.

    “Sekarang, bukan rasa malu yang saya simpan tetapi bangga. Setiap kesusahan yang pernah kami lalui menjadi bukti perjuangan kami. Kami pernah berada di titik paling sukar tetapi hari ini, kami berjaya membawa diri ke tahap yang lebih baik,” katanya.

    Kata Muhammad Amiruz, dalam dunia perniagaan, tidak semua perkara boleh dipelajari dari buku kerana realitinya jauh lebih mencabar. Ia menuntut pengalaman, kesabaran dan rangkaian yang kuat iaitu sesuatu yang tidak dimilikinya dahulu. 

    Setiap perniagaan pula mempunyai ‘seninya’ yang tersendiri. Pada awalnya, Muhammad Amiruz menyangka pengalaman bertahun-tahun sudah cukup untuk menjadikannya seorang usahawan yang bijak. Namun, hakikatnya berbeza. Dia terpaksa melalui kejatuhan dan merasai pahitnya kegagalan sebelum benar-benar memahami erti kejayaan.

    “Ketika itu, saya rasa sangat tersesak. Saya terpaksa lepaskan perniagaan saya walaupun itu perkara paling berat untuk dilakukan. 

    “Saya berniaga char kuay teow sebab itu saja kemahiran yang saya ada. Saya fikir, senang sahaja untuk mula berniaga. Pandai masak, jual dan teruskan hidup. Tetapi hakikatnya, tak semudah itu, saya silap,” katanya.

    Muhammad Amiruz sedar bahawa mereka tidak boleh lagi bergantung kepada satu sumber pendapatan. Dia berbincang dengan adik-beradiknya dan membuat keputusan untuk berpecah demi kelangsungan hidup. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Nasi Daging Dulang Berasap: Resipi keluarga, rahsia bangkit semula

    Pesan arwah ayahnya agar mereka tetap bersama sentiasa terngiang-ngiang di minda tetapi hakikatnya, hidup tidak seindah harapan. 

    Demi sesuap nasi, mereka terpaksa membawa haluan masing-masing. Bukan kerana mahu tetapi kerana keadaan tidak memberi pilihan lain. Dengan hati yang berat, Amiruz melihat keluarganya berpecah, sedangkan itulah perkara yang paling cuba dielakkan dan ditakutkan. – RELEVAN

    Previous Article5 tip belanja raya dengan bijak: Bahagia beraya, poket tak merana
    Next Article Nasi Daging Dulang Berasap: Resipi keluarga, rahsia bangkit semula

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.