Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gastrik bukan halangan! 5 tip ini bantu anda berpuasa dengan selesa

    Gastrik bukan halangan! 5 tip ini bantu anda berpuasa dengan selesa

    By Umi FatehahMarch 11, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gastrik bukan halangan! 5 tip ini bantu anda berpuasa dengan selesa. - GAMBAR HIASAN PEXELS COTTONBRO

    BERPUASA di bulan Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang. Bagi individu yang mengalami masalah gastrik, cabaran ini mungkin lebih besar kerana perut kosong boleh mencetuskan ketidakselesaan akibat peningkatan asid. 

    Namun, dengan pemakanan yang betul dan penjagaan kesihatan yang baik, pesakit gastrik masih boleh menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa dan selamat. 

    Berikut adalah lima tip penting untuk membantu mengurangkan risiko komplikasi sepanjang Ramadan.

    1. Elak makanan penyebab gastrik

    Puasa atau perut kosong berpotensi meningkatkan tahap keasidan gastrik. Justeru, anda perlu mengubah tabiat pemakanan makanan dan mengambil nutrien penting yang mencukupi untuk badan. 

    Elakkan mengambil makanan penyebab gastrik seperti makanan yang diproses, berlemak, digoreng, pedas, masam, masin, berkafein dan mengandungi asid. 

    Ini kerana makanan jenis ini cenderung merengsakan saluran penghadaman. Sekiranya teringin makan makanan ini, ambil dalam kuantiti yang sederhana.

    Cuba kurangkan pengambilan gula kerana gula akan bertukar menjadi lemak. Peningkatan kandungan lemak dalam badan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan tahap kolesterol. Ia juga boleh melambatkan penghadaman dan mencetus refluks asid.

    1. Makan perlahan-lahan dan berhati-hati

    Kunyah perlahan-lahan supaya jus gastrik yang berfungsi untuk mencerna makanan tidak digunakan sepenuhnya. Ini akan memudahkan perut mencerna makanan dan memastikan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang tidak keterlaluan. 

    Jangan lupa bahawa perut anda mengambil masa 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda sudah kenyang. Makan dengan cepat juga cenderung menyebabkan anda menelan banyak udara yang menyebabkan kembung perut.

    Selain itu, ambil makanan dalam kuantiti yang sederhana terlebih dahulu. Ia merupakan idea yang baik untuk mengehadkan pengambilan makanan terutamanya semasa berbuka puasa. 

    Saya faham anda telah menahan lapar sepanjang hari tetapi itu bukan alasan untuk makan berlebihan ketika berbuka.

    Lebih afdal, berbukalah dengan kurma atau makanan ringan terlebih dahulu. Selepas menunaikan solat maghrib, barulah makan makanan berat seperti nasi dan sebagainya.

    1. Bersahur

    Badan kita memerlukan makanan untuk memberi tenaga sepanjang hari. Jadi, rajin-rajinlah untuk bangun sahur. Tetapi kalau tidak mempunyai selera makan, sekurang-kurangnya makanlah kurma dan minum susu atau air. Kurma kaya dengan antioksidan, serat dan berkesan mencegah ulser gastrik.

    Perkara ini mungkin agak sukar untuk dielakkan tetapi cuba sedaya upaya untuk tidak tidur selepas sahur. Hal ini kerana tidur selepas sahur akan menyebabkan senak dan pedih ulu hati. Berbaring pula akan menyebabkan asid perut memasuki esofagus dan mencetus refluks asid.

    1. Minum air secukupnya

    Ramadan bukan alasan untuk mengabaikan keperluan tubuh terhadap air. Kekurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, sakit kepala dan bahkan memburukkan gejala gastrik kerana perut yang kering lebih mudah teriritasi oleh asid perut. 

    Oleh itu, penting untuk memastikan pengambilan air mencukupi sepanjang malam bagi mengelakkan masalah kesihatan semasa berpuasa.

    Amalkan kaedah 8 gelas sehari dengan membahagikan pengambilan air mengikut aturan berikut:

    • 2 gelas semasa berbuka puasa
    • 2 gelas selepas solat tarawih
    • 2 gelas sebelum tidur
    • 2 gelas ketika bersahur
    1. Teruskan mengambil ubat (jika ada)

    Bagi mereka yang mempunyai preskripsi doktor untuk mengambil ubat dalam jangka masa panjang, bincangkan perkara ini dengan doktor masing-masing.

    Teruskan mengambil ubat tanpa preskripsi seperti antasid, antihistamine atau ubat lain semasa sahur jika perlu. Ini boleh mengurangkan pengeluaran asid perut, mencegah kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

    Sekiranya ketika berpuasa anda mengalami rasa sakit dan tidak mampu untuk tahan, anda perlu berbuka dan makan ubat yang diperlukan. Jangan memaksa diri sehingga memudaratkan.

    Menunaikan ibadah berpuasa itu wajib tetapi menjaga kesihatan juga satu kewajipan. Pastikan untuk ganti semula puasa yang tertinggal selepas 1 Syawal nanti. – RELEVAN

    Previous ArticleBerbuka bersama tapi kenapa perempuan sahaja yang penat?
    Next Article Apa hukum berbuka puasa dengan merokok?

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.