Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Azam 2025: Tingkatkan prestasi kerja

    Azam 2025: Tingkatkan prestasi kerja

    By Umi FatehahJanuary 3, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Azam 2025: Tingkatkan prestasi kerja

    TANPA disedari, kita sudah pun melangkah masuk ke tahun 2025. Bagi sesetengah individu, tahun baharu membawa rasa teruja untuk memulakan sesuatu yang baharu. Sementara bagi yang lain, ia menjadi peringatan bahawa peluang untuk terus memperbaiki diri masih ada. 

    Tahun 2025 ini adalah ruang untuk mencipta peluang, mengambil langkah berani dan menjadikan impian kerjaya anda satu kenyataan. Mari kita mulakan perjalanan ini dengan menetapkan azam yang bermakna dan memberi inspirasi.

    1. Mengenali potensi diri

    Langkah pertama dalam menetapkan azam kerjaya ialah mengenali potensi diri. Sudahkah anda mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri?

    Tahun ini boleh menjadi tempoh untuk anda menjalani ujian penilaian diri, menghadiri sesi bimbingan kerjaya atau meminta maklum balas daripada rakan sekerja dan majikan. Mengenali potensi diri adalah asas untuk menetapkan matlamat yang realistik dan relevan.

    Sebagai contoh, jika anda seorang yang mahir dalam analisis data tetapi mempunyai kekurangan dari sudut komunikasi, jadikan pengukuhan kemahiran komunikasi sebagai salah satu azam kerjaya. 

    Dengan cara ini, anda bukan sahaja memperbaiki kelemahan tetapi juga meningkatkan nilai sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi.

    1. Tingkatkan kemahiran

    Dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, kemahiran yang versatil adalah kunci untuk terus bersaing dan kekal relevan dalam industri. 

    Sekarang mungkin merupakan masa terbaik untuk melabur dalam kursus atau program latihan. Pemantapan kemahiran Sama ada kemahiran teknikal seperti pengaturcaraan atau kemahiran insaniah seperti kepimpinan, setiap pelaburan dalam ilmu pasti akan membuahkan hasil.

    Banyak platform pembelajaran dalam talian seperti Coursera, Udemy dan LinkedIn Learning menawarkan kursus yang boleh disesuaikan dengan jadual kerja. 

    Dengan komitmen untuk belajar sekurang-kurangnya satu kemahiran baharu setiap suku tahun, anda akan melihat perubahan yang signifikan dalam prestasi kerja.

    1. Bina rangkaian profesional

    Rangkaian profesional yang kukuh adalah aset penting dalam pembangunan kerjaya. Ambil inisiatif untuk perluaskan rangkaian melalui platform LinkedIn, menghadiri persidangan industri atau menyertai komuniti profesional.

    Jangan lupa untuk mengekalkan hubungan dengan kenalan lama. Sering kali, peluang besar datang daripada rakan sekerja lama atau mentor yang pernah memberi panduan. 

    Jadikan azam anda untuk menyapa sekurang-kurangnya seorang kenalan profesional setiap bulan sebagai usaha mengekalkan rangkaian yang aktif.

    1. Imbangkan kehidupan dan kerjaya

    Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya, ia tidak bermakna anda perlu mengabaikan kehidupan peribadi. Bagi tahun ini, tetapkan sempadan kerja yang lebih jelas. Contohnya, tetapkan masa untuk melakukan detoks digital selepas waktu pejabat atau mengutamakan cuti rehat.

    Keupayaan mengimbangi kerja dan kehidupan akan meningkatkan produktiviti dan kesihatan mental. Sebagai tambahan, pertimbangkan untuk melakukan aktiviti yang mengurangkan tekanan kerja.

    1. Tetapkan matlamat spesifik

    Kalau difikirkan, ada beberapa azam tahun lalu yang tidak dapat dicapai kerana ia tidak ditetapkan dengan spesifik. 

    Pastikan matlamat kerjaya anda bersifat spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan mempunyai jangka masa tertentu. 

    Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan kenaikan pangkat, tentukan langkah yang perlu diambil seperti melaksanakan projek tertentu atau mencapai sasaran prestasi dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025.

    Catatkan matlamat dan semak kemajuan secara berkala. Dengan cara ini, anda dapat mengesan kemajuan dan membuat penyesuaian jika perlu.

    1. Menyumbang kepada organisasi

    Salah satu cara untuk cemerlang dalam kerjaya ialah dengan menjadi aset berharga kepada organisasi. Tahun baharu ini adalah masa untuk memikirkan bagaimana anda boleh memberi atau menunjukkan nilai diri kepada organisasi. 

    Adakah anda boleh mencadangkan inovasi, meningkatkan proses kerja atau membantu rakan sekerja mencapai matlamat jabatan dengan lebih baik?

    Ambil inisiatif dalam projek baharu dan jangan takut untuk menyuarakan idea. Sikap proaktif sering dihargai oleh majikan dan boleh membuka peluang baharu seperti kenaikan pangkat atau gaji.

    1. Mengurus kegagalan dengan bijak

    Tidak semua azam akan tercapai dengan mudah. Jika ditampar oleh kegagalan, anggap sahaja ia adalah cahaya tambahan untuk menyuluh kejayaan. Bagaimana mahu berjaya sekiranya terus berputus asa selepas diuji?

    Namun, jika anda menghadapi apa-apa cabaran, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan atau mendapatkan bantuan mentor atau senior. Dengan sokongan, anda dapat bangkit semula dan mencapai lebih daripada yang dibayangkan. – RELEVAN

    Previous ArticleTahun baharu, peluang baharu
    Next Article Garis panduan taaruf: Cinta yang berkat, bukan sekadar cepat

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.