Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Derita mangsa keganasan rumah tangga

    Derita mangsa keganasan rumah tangga

    By Umi FatehahDecember 3, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dari tamparan kecil, ia menjadi pukulan yang meninggalkan lebam. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    DALAM kehidupan berumah tangga yang ideal, pasangan menjadi tempat berteduh yang dipenuhi kasih sayang, perhatian, sistem sokongan dan pengertian.

    Namun, bagi sesetengah individu, rumah bukanlah tempat yang aman. Ia berubah menjadi medan konflik yang dipenuhi keganasan, mengekang kebebasan fizikal, emosi dan mental.  

    Mariam (bukan nama sebenar), seorang mangsa keganasan rumah tangga, berkongsi detik hitam dalam kehidupannya. 

    Dia pernah membayangkan perkahwinannya seperti dalam drama romantis tetapi harapan itu musnah beberapa tempoh selepas bernikah. 

    “Pada awalnya, dia hanya mengamuk dengan kata-kata. Saya fikir, mungkin saya salah, mungkin saya perlu berubah. 

    “Tapi lama-kelamaan, tangannya mula ringan. Dari tamparan kecil, ia menjadi pukulan yang meninggalkan lebam,” katanya.

    Bukan sekadar luka fizikal      

    Keganasan rumah tangga tidak semestinya dalam bentuk tamparan atau pukulan. Ia juga boleh berbentuk penderaan emosi, mental, kewangan atau seksual. 

    Hentikan keganasan rumah tangga. – GAMBAR HIASAN PIXABAY/UNSPLASH

    Dalam situasi Mariam, hal ehwal kewangan turut menjadi senjata suaminya untuk mengawal kehidupannya. 

    “Setiap sen yang saya dapat, saya perlu serahkan (kepada suami). Kalau saya beli sesuatu untuk diri sendiri, dia akan mengamuk. Dia kata saya tak tahu bersyukur, asyik membazir.  

    “Orang akan kata, kalau cerita masalah rumah tangga, kita memalukan diri sendiri. Tapi bagaimana saya nak diam bila setiap sen yang saya usahakan dia pegang dan dia langsung tak beri nafkah?

    “Keperluan asas seperti pencuci muka atau baju sendiri pun saya tak mampu beli. Kadang-kadang saya terpaksa mengharapkan belas ihsan keluarga untuk teruskan hidup,” katanya.

    Kitaran ketakutan 

    Keganasan rumah tangga sering kali berlaku dalam kitaran yang sukar diputuskan. Selepas kejadian, ada tempoh penyesalan dan love bombing. 

    Love bombing ialah satu bentuk penderaan psikologi dan emosi yang melibatkan seseorang berusaha untuk memanipulasi pasangan dalam perhubungan. 

    Ia mungkin berbeza untuk setiap orang tetapi biasanya melibatkan:

    • Pujian yang berlebihan.
    • Meluahkan perasaan mereka secara berlebihan terhadap anda.
    • Memberi hadiah yang tidak diperlukan atau tidak diingini

    Dalam tempoh penyesalan dan love bombing, pelaku akan meminta maaf, menunjukkan rasa menyesal, memohon peluang untuk entah keberapa kali dan dilengkapi dengan pemberian hadiah untuk menutup kesalahan. Namun, tempoh itu tidak bertahan lama dan keganasan akan berulang.  

    “Saya pernah percaya setiap kali dia minta maaf. Dia berjanji takkan ulang tetapi selang beberapa hari, saya kembali dipukul. 

    “Sampai satu tahap, saya rasa ini salah saya. Kalau saya lebih baik, mungkin dia takkan marah,” kata Mariam.  

    Mentaliti seperti itu adalah kesan daripada manipulasi emosi yang kejam oleh pelaku, membuatkan mangsa tenggelam dalam rasa bersalah meskipun ia bukan salah mereka.

    Mereka dipaksa mempercayai bahawa setiap luka dan derita adalah akibat daripada kelemahan sendiri, hingga akhirnya mereka terperangkap – tidak jumpa jalan keluar untuk membela nasib diri.

    “Sabarlah…”

    Keganasan rumah tangga bukan isu peribadi semata-mata. Ia adalah masalah masyarakat yang memerlukan tindakan kolektif. 

    Sikap menyalahkan mangsa, stigma terhadap individu yang keluar dari rumah tangga bermasalah dan ungkapan “sabarlah, nanti berubah” hanya memburukkan keadaan.  

    Sebaliknya, masyarakat perlu memainkan peranan sebagai penyokong. Laporan terhadap kejadian keganasan, sokongan moral kepada mangsa dan bantuan dalam bentuk perlindungan atau nasihat boleh menjadi langkah awal yang menyelamatkan nyawa.  

    “Kadang-kadang, apa yang mangsa perlukan hanyalah seseorang untuk mendengar tanpa menghukum. 

    “Jangan tanya, ‘kenapa tak keluar dari awal?’ kerana ia bukan semudah itu. Sebaliknya, tanyalah, ‘bagaimana saya boleh membantu?’” kata Mariam.  

    Penutup derita

    Hari ini, Mariam masih dalam proses membina kehidupannya semula. Mariam mengakui bahawa luka emosi lebih sukar disembuhkan berbanding luka fizikal. 

    Apa ubat yang sesuai untuk luka di hati? – GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKI/PEXELS

    “Saya masih ada mimpi buruk. Kadang-kadang, saya terjaga dengan perasaan takut walaupun saya tahu sekarang dah selamat.

    “Saya hari-hari berdoa agar bekas suami tidak tahu keberadaan saya dan anak-anak. Saya takut kami diapa-apakan lagi,” katanya.

    Walaupun lukanya masih basah, dia percaya bahawa setiap langkah ke hadapan adalah peluang untuk mengubat hati dan menemukan semula makna kebahagiaan yang pernah hilang. 

    Mariam berjaya meninggalkan kehidupan yang penuh derita bersama suami yang pernah menyiksanya. 

    Dengan kekuatan yang dikumpul sedikit demi sedikit, dia kini sedang membina kehidupan baharu bersama anak-anaknya, memberikan mereka ruang untuk membesar dalam suasana yang lebih aman dan penuh kasih sayang.

    Namun, perjuangan Mariam belum selesai. Dia kini berdepan cabaran di mahkamah untuk menuntut hak nafkah anak-anaknya bagi memastikan mereka mendapat keperluan dan sokongan yang sewajarnya daripada seorang ayah. 

    Walaupun prosesnya panjang dan melelahkan, Mariam tidak pernah menyerah kerana dia percaya setiap anak berhak untuk hidup dengan keperluan yang terjamin.

    Semoga keadilan berpihak kepada Mariam dan semua wanita di luar sana yang berjuang demi kebahagiaan masa hadapan. – RELEVAN

    Previous ArticlePanduan memandu ketika banjir
    Next Article Mark Zuckerberg ikon teknologi dunia

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.