Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Simptom senggugut makin teruk bila usia meningkat? Ini penjelasan dan rawatannya

    Simptom senggugut makin teruk bila usia meningkat? Ini penjelasan dan rawatannya

    By Umi FatehahNovember 28, 2024Updated:December 4, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Simptom senggugut makin teruk bila usia meningkat? - GAMBAR HIASAN SORA SHIMAZAKI/UNSPLASH

    SENGGUGUT atau dismenorea adalah keadaan biasa yang dialami oleh wanita semasa haid. 

    Anda mungkin perasan bahawa intensiti senggugut berubah seiring dengan pertambahan usia. Bagi sesetengah wanita, kesakitan ini mungkin lebih ketara pada awal kitaran haid, terutama bagi remaja yang baru mula mengalami haid. 

    Namun, ramai wanita mendapati bahawa simptom itu berkurang seiring dengan peningkatan usia, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dan faktor kesihatan yang lain. 

    Walau bagaimanapun, terdapat juga wanita mengalami simptom semakin teruk dari tahun ke tahun yang mungkin menunjukkan kehadiran masalah kesihatan lain. 

    Kebiasaannya, senggugut akan hilang sepenuhnya selepas menopaus iaitu apabila seseorang tidak lagi mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut. Biasanya, menopaus berlaku sekitar umur 45–55 tahun.

    Semasa setiap kitaran haid, lapisan tisu dalam rahim menjadi tebal sebagai persediaan untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, tisu tebal ini akan luruh dan keluar melalui faraj dalam bentuk haid.

    Proses ini melibatkan pengecutan otot rahim untuk meluruhkan tisu tersebut. Pengecutan ini boleh menyebabkan kesakitan ringan hingga teruk bagi sesetengah orang.

    Faktor mempengaruhi tahap kesakitan senggugut

    Menurut Health.com, hampir 10 peratus wanita yang sedang haid mengalami senggugut sangat teruk sehingga tidak dapat menjalankan aktiviti harian selama satu hingga tiga hari. Sebaliknya, ada yang hampir tidak mengalami kesakitan langsung.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi intensiti senggugut termasuk:  

    • Individu yang mengalami haid sebelum umur 11 tahun lebih cenderung mengalami senggugut yang teruk.  
    • Individu yang mengalami haid dengan aliran darah yang banyak (heavy flow) lebih kerap mengalami kesakitan. Situasi ini berlaku apabila anda perlu menukar tuala wanita atau tampon dalam tempoh kurang daripada empat jam. Individu dengan haid yang panjang (lebih dari lima hari atau berlanjutan sehingga lapan hari) juga berisiko mengalami senggugut.  
    • Penggunaan perancang kehamilan seperti pil, tampalan atau suntikan boleh membantu mengurangkan senggugut.  
    • Ada beberapa kajian bahawa senggugut mungkin berkurangan selepas kehamilan tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membuktikan kesahihannya.  
    • Kajian mendapati bahawa individu yang merokok cenderung mengalami senggugut yang teruk.  
    • Tahap tekanan yang tinggi boleh meningkatkan risiko senggugut.  

    Punca senggugut semakin teruk 

    Individu yang mengalami dismenorea sekunder sering mendapati senggugut mereka menjadi semakin teruk seiring dengan peningkatan usia. Dismenorea sekunder biasanya berpunca daripada masalah kesihatan seperti:

    • Adenomiosis: Keadaan di mana tisu lapisan dalam rahim tumbuh ke dalam otot rahim, menyebabkan dinding rahim menjadi lebih tebal. Situasi ini boleh mengakibatkan haid yang berat dan berpanjangan.
    • Endometriosis: Endometriosis ialah keadaan di mana tisu yang menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim seperti pada ovari, tiub fallopio atau kawasan pelvis.Semasa kitaran haid, tisu ini boleh membengkak dan berdarah seperti tisu rahim yang  menyebabkan senggugut teruk dan berkemungkinan mengganggu kesuburan.
    • Sista ovari (Ovarian cyst): Kantung yang berisi cecair pada ovari yang boleh membesar dan menimbulkan kesakitan.
    • Fibroid rahim: Fibroid rahim ialah tumor bukan kanser yang tumbuh dalam atau sekitar dinding rahim, terbentuk daripada tisu otot dan berserat. Kehadirannya boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan serta ketidakselesaan semasa kitaran haid.

    Cara merawat senggugut

    Senggugut yang teruk boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Namun, terdapat beberapa cara untuk merawatnya dengan berkesan. 

    Perubatan pelengkap dan alternatif (CAM) seperti akupunktur, herba dan suplemen mungkin boleh menjadi tambahan kepada rawatan lain untuk senggugut. Namun, terdapat data yang bertentangan mengenai keberkesanan kaedah-kaedah ini. 

    Selain itu, aktiviti fizikal ringan seperti joging dan yoga juga boleh membantu mengurangkan kesakitan haid. 

    Penggunaan kawalan kelahiran hormon membantu mencegah ovulasi yang boleh mengurangkan ketebalan lapisan rahim. Oleh itu, anda mungkin mengalami haid yang lebih ringan dan kurang menyakitkan daripada biasa. 

    Ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan naproksen dapat melegakan kesakitan dengan mengurangkan prostaglandin iaitu bahan yang membantu otot rahim berkontraksi semasa haid. 

    Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan jika senggugut yang teruk memberi kesan kepada kesihatan mental anda. Mereka boleh mengajar teknik untuk melegakan kesakitan.

    Selain itu, penggunaan pad pemanas dapat membantu mengurangkan senggugut. Bagi individu dengan dismenorea sekunder seperti endometriosis atau fibroid rahim, pembedahan mungkin diperlukan untuk mengatasi kesakitan haid yang teruk. 

    Oleh itu, adalah penting untuk berunding dengan pakar kesihatan bagi menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda. – RELEVAN

    Previous ArticlePentingnya menuntut ilmu dengan beradab
    Next Article Panduan memandu ketika banjir

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.