Facebook Twitter
    Trending
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hadis ipar adalah maut, ini peringatan untuk semua

    Hadis ipar adalah maut, ini peringatan untuk semua

    By Umi FatehahNovember 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hadis ipar adalah maut, ini peringatan untuk semua

    ANDA sudah tonton filem ‘Ipar Adalah Maut?’ Filem yang mengangkat tema pengkhianatan ini mencetuskan perbincangan hangat kerana ia menyentuh isu sensitif mengenai hubungan antara suami dan adik ipar. 

    Perselingkuhan dalam kalangan keluarga – sebuah topik yang jarang dibincangkan secara terbuka menjadi isu utama dalam filem itu. Rupa-rupanya, ia berkait rapat dengan realiti masyarakat lebih daripada yang disangka.

    Dengan lakonan mantap oleh Michelle Ziudith sebagai Nisa, Davina Karamoy sebagai Rani (adik ipar) dan Deva Mahenra sebagai Aris (suami), ‘Ipar Adalah Maut’ berjaya mengetengahkan isu hubungan kekeluargaan yang sering diabaikan tetapi boleh membawa kesan yang merosakkan jika batas-batas agama dan moral tidak dipatuhi.

    Hadis ipar adalah maut

    Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ipar duai berbeza jantina yang tinggal serumah boleh menimbulkan fitnah dan mengundang risiko dosa. 

    Ipar duai dikategorikan sebagai ajnabi (orang asing) dalam hukum syarak. Ia bermaksud hubungan antara mereka perlu dihadkan seperti hubungan dengan bukan mahram lain.

    Mufti turut menegaskan bahawa walaupun ipar dianggap adik-beradik dari segi budaya tetapi dalam konteks Islam, mereka masih bukan mahram dan batas pergaulan tetap perlu dijaga. 

    “Hukum ipar-duai tinggal serumah tanpa keberadaan mahram adalah haram dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah).  

    Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang keadaan tidak diingini pada masa akan datang. Namun, tidak mengapa sekiranya  ipar-duai tumpang tidur bermalam dengan syarat:

    • Tidur dalam bilik berasingan  
    • Masih ada mahram yang lain dalam rumah. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan.

    Hukum perkahwinan antara ipar-duai

    Status antara ipar-duai adalah haram muaqqat iaitu larangan berkahwin dengan ipar dalam tempoh tertentu (selagi pasangan asal masih dalam ikatan perkahwinan). 

    Oleh itu, batasan aurat dan adab pergaulan perlu dijaga dengan tegas. Ipar-duai tidak boleh berdua-duaan (khalwat) dan larangan ini termasuk bersentuhan kulit kerana hubungan mereka dikira sebagai bukan mahram di sisi syarak. 

    Sabda Nabi Muhammad SAW:

    «إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ» فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَرَأَيْتَ الحَمْوَ؟ قَالَ: «الحَمْوُ المَوْتُ»

    Maksudnya: Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda : Ipar adalah maut

    Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim (2172)

    Rasulullah SAW bersabda, ipar adalah maut (al-hamwu al-maut) yang merujuk kepada bahaya besar yang timbul daripada hubungan yang terlalu rapat dengan ipar-duai. Pergaulan dengan ipar tetap memerlukan batasan kerana mereka tidak dianggap sebagai mahram yang kekal seperti bapa atau datuk suami.

    Dalam hadis ini, perkataan al-maut merujuk kepada kebinasaan, menggambarkan akibat buruk apabila pergaulan dengan ipar-duai tidak dijaga dengan teliti.

    (Rujuk: Sahih Muslim 4/1711, Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 14/154).

    Kesan negatif mengabaikan batas pergaulan

    Fatwa dan filem ini sama-sama menegaskan bahawa mengabaikan batasan dalam pergaulan boleh membawa kepada pelbagai masalah sosial termasuk fitnah dan keruntuhan rumah tangga. 

    Dalam budaya masyarakat Asia, sering kali ipar dianggap seperti keluarga sendiri dan batas pergaulan mungkin tidak diambil serius. Namun, seperti yang ditekankan dalam fatwa, hubungan ini berpotensi mencetuskan fitnah yang besar jika tidak dijaga dengan baik.

    Dalam filem, pengkhianatan yang berlaku menjadi punca konflik besar antara watak-watak utama. Adegan-adegan seperti suami yang terlalu rapat dengan ipar duai serta interaksi yang tidak sesuai menggambarkan bahaya yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW. – RELEVAN

    Previous ArticlePernah rasa telefon bergetar tetapi tiada notifikasi?
    Next Article Generasi muda tidak cerewet memilih kerja tetapi…

    Artikel berkaitan

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026
    Artikel Terkini

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.