Facebook Twitter
    Trending
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025

      Urus pusaka tanpa tekanan

      May 19, 2025

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kanser payudara pembunuh wanita Asia

    Kanser payudara pembunuh wanita Asia

    By Umi FatehahOctober 28, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kanser payudara pembunuh wanita Asia. - GAMBAR HIASAN SHOTBYRAIN PEXELS

    KANSER payudara merupakan kanser paling umum yang dialami oleh wanita di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. 

    Menurut Penyelidikan Kanser Malaysia (CRM), pada 2020, 2.3 juta wanita telah didiagnosis dengan kanser payudara dan seramai 685,000 wanita meninggal dunia akibat kanser itu di seluruh dunia. 

    Malangnya, lebih ramai wanita Asia meninggal dunia akibat kanser payudara berbanding gabungan benua-benua lain. Tambahan itu, kadar wanita yang menghidap kanser payudara dalam kalangan wanita Asia meningkat dengan cepat.

    Kanser payudara berlaku apabila sel-sel di payudara tumbuh secara tidak terkawal, membentuk ketumbuhan yang boleh merebak ke bahagian badan lain. Kanser ini boleh menyerang lelaki tetapi risikonya jauh lebih tinggi dalam kalangan wanita.

    1. Impak tempat kelahiran

    Menurut WebMD, dalam kalangan wanita Asia, tempat kelahiran kelihatan memainkan peranan dalam risiko kanser payudara.

    Kadar kanser payudara paling rendah adalah di Bangladesh, Mongolia dan Nepal. Manakala kadar tertinggi pula di Hong Kong, China, Jepun dan Korea Selatan. 

    Antara negara di rantau Asia Pasifik, wanita di Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Fiji mempunyai kadar kematian kanser payudara tertinggi.

    Penyelidikan juga menunjukkan bahawa wanita Asia yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) mempunyai kadar kanser payudara yang lebih rendah berbanding mereka yang berhijrah ke AS di kemudian hari. 

    Kadar kanser payudara hampir 2.5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita Asia yang bermastautin 50 peratus daripada kehidupan mereka di AS berbanding wanita sebaya yang lahir di AS.

    Pengamalan gaya hidup seperti orang Barat yang merangkumi pengambilan makanan tinggi lemak, kurang bersukan dan menangguhkan perancangan mempunyai anak antara punca kanser payudara.

    Selain itu, pendedahan kepada perkara baharu di persekitaran turut menambah risiko kanser payudara dalam kalangan wanita Asia yang berhijrah ke AS.

    1. Faktor umur

    Bagi wanita Asia, risiko mendapat kanser payudara memuncak antara umur 40 hingga 49 tahun. Tetapi selepas umur 50 tahun, kadar kanser payudara dalam kumpulan itu menurun atau stabil. 

    Perkara itu sangat berbeza dengan wanita berkulit hitam yang berusia 60 tahun ketika mendapatkan diagnosis kanser payudara. Bagi wanita kulit putih, risiko kanser payudara paling tinggi antara umur 75 hingga 79 tahun.

    Pasukan Petugas Perkhidmatan Pencegahan AS tidak mengesyorkan pemeriksaan kanser payudara sehingga umur 50 tahun untuk wanita yang berisiko mendapat kanser payudara. 

    Memandangkan wanita Asia cenderung mendapatkan diagnosis sebelum umur mencecah 50 tahun, adalah penting untuk berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang mamogram dan segala baik buruk pemeriksaan awal.

    1. Perbezaan dalam subjenis kanser

    Bangsa juga mempengaruhi jenis diagnosis kanser payudara yang dihidapi wanita.

    Wanita Asia lebih berkemungkinan didiagnosis dengan kanser payudara estrogen reseptor-positif (ER+) pada usia lebih muda dan kurang berkemungkinan didiagnosis dengan kanser payudara tiga kali ganda negatif, berbanding wanita kulit putih bukan Hispanik. 

    Sementara itu, kes kanser payudara estrogen reseptor-negatif (ER-) semakin menurun dalam kalangan wanita Asia.

    Namun, risiko itu berubah mengikut usia. Pada peringkat usia lebih tua, wanita Asia mempunyai lebih banyak kes kanser payudara jenis tiga kali ganda negatif, human epidermal growth factor receptor 2-positive (HER2-positive) dan tumor gred tiga berbanding wanita kulit putih bukan Hispanik.

    Pengkaji mengesyaki perbezaan tersebut mungkin disebabkan oleh perbezaan dalam genetik, gaya hidup dan akses penjagaan kesihatan tanpa mengira kumpulan kaum dan etnik.

    Kadar kematian disebabkan kanser payudara

    Walaupun kanser payudara adalah punca kematian kedua tertinggi dalam kalangan wanita Asia Amerika, kumpulan itu mempunyai kadar kematian akibat kanser payudara yang terendah berbanding semua bangsa dan etnik lain.

    Data menunjukkan bahawa kadar kematian kanser payudara dalam kalangan wanita Asia ialah 11.7 bagi setiap 100,000 wanita. 

    Sebagai perbandingan, kadar kematian dalam kalangan wanita berkulit putih ialah 19.6 setiap 100,000. Manakala untuk wanita berkulit hitam, kadar kematian adalah 27.3 setiap 100,000 wanita.

    Dalam kajian yang membandingkan jumlah pesakit kanser payudara yang terselamat daripada kanser payudara antara wanita Cina dengan berkulit putih, kadar kelangsungan hidup selama 10 tahun adalah 88.8 peratus bagi wanita Cina dan 85.6 peratus bagi wanita berkulit putih.

    Namun, sebab di sebalik perbezaan tersebut tidak jelas. Tetapi diagnosis awal mungkin menjadi faktor utama. Wanita Asia mempunyai peluang tertinggi dalam kalangan semua bangsa untuk didiagnosis dengan kanser payudara tahap satu.

    Wanita Asia, terutamanya yang berhijrah ke AS dari negara lain perlu peka terhadap risiko kanser payudara. Mereka juga dinasihatkan untuk berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan mengenai pilihan saringan yang sesuai.

    Semua wanita – tanpa mengira bangsa harus memberi perhatian kepada pengamalan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengekalkan berat badan sihat, makan makanan berkhasiat, mengehadkan atau mengelakkan alkohol dan berhenti merokok. 

    Langkah-langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Ingat, cegah lebih baik daripada merawat dan berubahlah sebelum terlambat. – RELEVAN

    featured kanser kanser payudara kesihatan wanita wanita Asia
    Artikel Terkini

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    May 19, 2025

    Urus pusaka tanpa tekanan

    May 19, 2025

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.