Facebook Twitter
    Trending
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025

      Urus pusaka tanpa tekanan

      May 19, 2025

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali persekitaran makanan sebelum memahami kesenjangan nutrisi

    Mengenali persekitaran makanan sebelum memahami kesenjangan nutrisi

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 24, 20246 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERSEKITARAN makanan merujuk faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pengguna. _ GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    LIMA tahun lalu, kajian oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan bahawa Malaysia menghadap dua beban dari sudut kesihatan, iaitu kebantutan dan obesiti kanak-kanak.

    Data ketika itu, 20.7 peratus kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah mengalami kebantutan dan 12.7 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 19 tahun tergolong dalam kategori obesiti.

    Dapatan UNICEF, keadaan itu berlaku disebabkan kanak-kanak di Malaysia tidak makan atau tidak cukup makan makanan yang betul. Istilahnya tepatnya: malnutrisi.

    Malah, masalah malnutrisi dan pemakanan bukan hanya melibatkan kanak-kanak di Malaysia. Orang dewasa juga berhadapan masalah sama sehingga Malaysia menjadi antara negara paling ramai penghidap obesiti di Asia Tenggara.

    Sebab itu kerajaan mengambil langkah menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula dalam Belanjawan 2025.

    Campur tangan kerajaan seperti dalam belanjawan tersebut adalah antara dimensi yang akan mempengaruhi keadaan kesenjangan (ketidakseimbangan) nutrisi dalam negara. 

    Untuk memahami faktor-faktor kesenjangan nutrisi, kita perlu kenal persekitaran makanan. Perkara ini yang dijelaskan dalam kertas perbincangan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) oleh Dr. Teoh Ai Ni, bertajuk Unhealthy but not by Choice: Food Environment and Nutrition Inequalities. 

    Elemen, ciri dan pemacu

    Persekitaran makanan (food environment) ialah istilah khusus yang menjelaskan akses manusia terhadap makanan dan pemilihan makanan.

    Panel Pakar Tahap Tinggi (HLPE) tentang Keterjaminan Makanan dan Nutrisi Pertubuhan Makanan dan Agrikultur (FAO) mendefinisikan persekitaran makanan sebagai persekitaran, peluang dan syarat fizikal, ekonomi, politik dan sosiobudaya yang mewujudkan gesaan harian serta membentuk kemahuan dan pilihan pemakanan masyarakat.

    Maksudnya, kita memilih untuk makan apa,atau di mana berdasarkan faktor-faktor yang ada di persekitaran. Faktor-faktor itu yang dinamakan sebagai persekitaran makanan.

    Persekitaran makanan juga boleh didefinisikan pada tahap mikro dan makro.

    Tahap mikro merujuk kepada faktor-faktor domestik yang berinteraksi terus dengan pengguna secara harian, seperti sekolah, tempat kerja, rumah dan kedai-kedai.

    Tahap makro lebih luas, merujuk sistem yang lebih besar seperti industri makanan, rantaian bekalan makanan negara, pengiklanan makanan dan infrastruktur lain.

    Persekitaran makanan mempunyai empat elemen, iaitu:

    • Penentu peribadi: Penentu yang mempengaruhi pilihan makanan individu, seperti pendapatan, pendidikan, budaya dan kemahiran.
    • Ruang fizikal: Tempat-tempat di mana makanan diperolehi atau dibeli.
    • Persekitaran terbina: Ciri-ciri atau infrastruktur yang membolehkan pengguna memasuki ruang fizikal, termasuk bangunan, ruang terbuka, kemudahan dan pengangkutan.
    • Kelaziman: Norma politik, sosial dan budaya yang menjadi perantara interaksi antara pengguna dengan komponen-komponen di atas.

    Ciri persekitaran makanan juga ada empat, iaitu:

    • Ekonomi individu: Pendapatan dan kuasa beli.
    • Kognitif: Pengetahuan dan maklumat.
    • Aspirasi: Keinginan, nilai dan kegemaran.
    • Situasi: Persekitaran, mobiliti, lokasi dan sumber.

    Begitu juga, persekitaran makanan dibentuk oleh rantaian bekalan makanan yang menghubungkan kita dengan pemacu sistem makanan lain, iaitu:

    • Iklim dan alam sekitar
    • Pertumbuhan dan agihan pendapatan
    • Politik
    • Dinamik sosiobudaya
    • Perubahan demografi
    • Globalisasi
    • Perdagangan
    • Pembandaran

    Hubungan kesemua perkara di atas boleh dilihat dalam rajah di bawah:

    Susah nak faham, kan?

    Bahagian di atas perlu dimasukkan supaya artikel ini tidak menyeleweng maksud yang mahu disampaikan Ai Ni dalam kertas perbincangannya.

    Namun, saya cuba untuk mudahkan pemahaman anda di sini.

    Kita memilih apa yang mahu dimakan bukan secara automatik. Ia dipengaruhi pelbagai faktor di sekeliling. Itulah yang dimaksudkan dengan persekitaran makanan.

    Apa yang buat kita pilih untuk makan mee goreng mamak telur mata hari ini? Mungkin sebab semalam kita lihat kawan makan, maka datang rasa teringin. 

    Itu ada dalam ciri kognitif dan situasi sebab kita tahu (ini ciri kognitif) mee goreng mamak telur mata itu sedap dan semalam kita terlihat kawan makan (ini ciri situasi).

    Atau kenapa pada hujung bulan kita hanya makan roti canai kosong dua, kuah kari ikan sebagai makan malam? Sebab kita tak ada duit, perlu berjimat.

    Itu ada dalam elemen penentu peribadi, ciri ekonomi individu serta pemacu pertumbuhan dan agihan pendapatan.

    Persekitaran makanan merujuk kepada faktor-faktor yang mendorong kita memilih untuk makan sesuatu. Itu yang dimaksudkan dengan elemen, ciri dan pemacu yang tersenarai di atas.

    Faham hal itu, kita boleh bergerak kepada hal yang lebih mustahak di bawah.

    Lima dimensi

    Apabila kesemua faktor-faktor di atas digabungkan, ia membentuk lima dimensi persekitaran makanan.

    • Ketersediaan makanan

    Ketersediaan makanan merujuk kepada kewujudan atau ketiadaan satu-satu makanan atau sumber makanan di sekeliling kita.

    Contohnya, kenapa saya tak makan mi kicap Merdeka Garden setiap malam? Sebab Merdeka Garden di Ipoh, saya tinggal di Kerinchi. Jauh.

    Ia merujuk kepada makanan yang ada dan tidak ada di persekitaran yang kita selalu habiskan masa, seperti rumah, tempat kerja, sekolah atau universiti.

    • Ciri makanan

    Ciri makanan merujuk kepada sifat intrinsik (aspek fizikal seperti rasa, bau, bentuk dan kandungan) dan ekstrinsik (pembungkusan, dakwaan nutrisi dan harga) sesebuah makanan atau produk makanan.

    Contohnya, kenapa saya mahu makan ayam gepuk? Sebab gabungan sambal dengan bumbu kacang itu produk geliga orang Nusantara, sedap sungguh.

    Ciri-ciri tersebut membentuk keinginan pengguna, seterusnya mempengaruhi pembelian dan tingkah laku kepenggunaan manusia.

    • Kebolehmampuan makanan

    Kebolehmampuan makanan mencerminkan interaksi antara harga makanan dengan pendapatan individu atau isi rumah serta kuasa beli.

    Contohnya, kenapa saya jarang makan ayam gepuk? Sebab saya miskin bandar. Sepinggan ayam gepuk boleh dapat dua bungkus nasi lemak telur mata.

    Tapi kebolehmampuan makanan bukan tentang harga makanan semata-mata, sebaliknya hubungan antara harga tersebut dengan pendapatan individu atau isi rumah.

    Seorang CEO syarikat tersenarai tak ada masalah mahu makan ayam gepuk hari-hari tapi bukan saya yang mahu beri duit raya kepada anak buah pun perlu buka tabung setahun awal.

    • Ciri peniaga

    Ciri peniaga merujuk kepada jenis dan sifat peniaga makanan, seperti waktu buka serta produk dan perkhidmatan yang disediakan.

    Contohnya, saya mahu makan nasi dengan lauk sardin masak lemak di Kona Mokapot Coffee tapi dah mereka tak jual, nak buat macam mana. Saya makan nasi ayam mentega.

    • Mesej makanan

    Mesej makanan merujuk kepada komunikasi antara ciri dan maklumat makanan dengan pengguna.

    Contohnya, saya pernah habiskan berpuluh ringgit untuk beli burger yang dalam iklannya menonjolkan filet ayam gemuk dengan limpahan keju meleleh. Tapi yang sampai. Cukuplah sampai sini contoh saya. Kecewa.

    Promosi, pemasaran, pengiklanan, pelabelan – semuanya termasuk dalam mesej makanan. Begitu juga garis panduan pemakanan oleh kerajaan.

    Selesai berkenal

    Segala maklumat di atas sudah mencukupi untuk kita berkenalan dengan persekitaran makanan.

    Dalam kertas perbincangan oleh Ai Ni, persekitaran makanan dikaitkan dengan kesenjangan nutrisi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

    Ini kerana sebahagian rakyat Malaysia dilihat cenderung memilih makanan yang tidak sihat, seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit. Begitu juga dengan masalah kebantutan dan obesiti yang dibangkitkan UNICEF lima tahun lalu.

    Kecenderungan tersebut dapat dianalisis dengan melihat persekitaran makanan rakyat Malaysia. Perbincangan itu kita tangguhkan ke artikel seterusnya. – RELEVAN

    featured Institut Penyelidikan Khazanah kesenjangan nutrisi kesihatan makanan persekitaran makanan
    Artikel Terkini

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    May 19, 2025

    Urus pusaka tanpa tekanan

    May 19, 2025

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.