Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang menyebabkan naik turun harga emas?

    Apa yang menyebabkan naik turun harga emas?

    By Umi FatehahOctober 24, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    EMAS mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya Malaysia, terutamanya dalam acara penting seperti perkahwinan mahupun hari lahir. 

    Ia berkait dengan tradisi dan sering dianggap sebagai simbol kekayaan, berkat dan kehormatan keluarga (dalam beberapa agama). 

    Di samping itu, emas juga salah satu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. 

    Dalam perkahwinan Melayu, emas secara tradisinya digunakan sebagai mas kahwin atau mahar sebagai pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Emas lazimnya diberi dalam bentuk cincin merisik, tunang atau nikah – menandakan ikatan suci perkahwinan.

    Peminat emas atau bakal pengantin pasti pernah memantau harga emas. Anda juga mungkin mendapati harga emas naik turun setiap hari.

    Pernahkan anda terfikir mengapa harga emas berubah-ubah dan apakah yang menentukan harga emas?

    1. Dinamik pasaran global

    Emas didagangkan secara global dan Malaysia adalah sebahagian daripada pasaran dunia. Oleh itu, faktor pasaran global mempunyai kesan langsung ke atas harga emas tempatan. 

    Faktor yang paling menonjol ialah harga emas semasa dunia (spot price). Ia merujuk harga semasa yang berubah sepanjang hari dan digunakan untuk pembelian serta penjualan emas melalui penghantaran dan penyelesaian segera.

    Harga tersebut ditentukan oleh penawaran dan permintaan global serta dipengaruhi keadaan pasaran, geopolitik dan indikator ekonomi.

    Sebagai contoh, jika berlaku ketegangan antara negara-negara besar, pelabur global mungkin beralih kepada emas sebagai aset selamat, meningkatkan permintaan dan harga emas. 

    Sebaliknya, jika pasaran global stabil, permintaan untuk emas mungkin menurun, menyebabkan harga emas jatuh.

    1. Kadar pertukaran mata wang

    Di Malaysia, harga emas juga sangat dipengaruhi oleh kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika Syarikat (AS$). 

    Emas dinilai dalam dolar AS di pasaran antarabangsa. Apabila nilai ringgit melemah berbanding dolar AS, harga emas di Malaysia akan meningkat. Sebaliknya, jika ringgit mengukuh, harga emas cenderung menurun.

    Sebagai contoh, jika ringgit mengalami penurunan nilai, pembelian emas akan menjadi lebih mahal kerana rakyat Malaysia perlu membayar lebih dalam ringgit untuk menampung harga emas yang dinilai dalam dolar AS.

    1. Permintaan dan penawaran

    Hukum penawaran dan permintaan memainkan peranan penting dalam turun naik harga emas setiap hari. Apabila permintaan untuk emas di Malaysia meningkat terutamanya semasa musim perkahwinan, perayaan atau Tahun Baru Cina, harganya cenderung meningkat. 

    Begitu juga sekiranya bekalan emas global terganggu, seperti apabila operasi perlombongan terjejas, harga mungkin meningkat kerana kekurangan bekalan.

    Sebaliknya, apabila permintaan menurun sama ada disebabkan oleh kemerosotan ekonomi atau peralihan pelabur ke aset lain, harga emas boleh jatuh.

    1. Kadar faedah dan inflasi

    Emas sering dianggap sebagai perlindungan daripada inflasi. Maksudnya, apabila inflasi meningkat, permintaan untuk emas juga meningkat. Ia akan boleh mendorong harga emas untuk turut meningkat. 

    Rakyat Malaysia, seperti pelabur di tempat lain, sering beralih kepada emas apabila mereka menjangkakan nilai mata wang akan menurun dari masa ke masa untuk melindungi kuasa beli mereka.

    Kadar faedah juga merupakan faktor penting. Apabila kadar faedah rendah, emas menjadi lebih berharga kerana ia tidak memberikan pulangan faedah seperti simpanan atau bon. Keadaan itu sering meningkatkan permintaan menyebabkan harga emas meningkat. 

    Sebaliknya, apabila kadar faedah meningkat, orang mungkin lebih cenderung melabur dalam aset yang memberi pulangan. Ia akan menyebabkan permintaan emas menurun dan harga pasaran turut menurun.

    1. Keadaan geopolitik dan ekonomi tidak menentu

    Emas telah lama dianggap sebagai aset ‘kebal’ ketika berlaku ketidakstabilan geopolitik atau ekonomi. 

    Peristiwa seperti perang perdagangan, krisis kewangan atau ketidakstabilan politik boleh menyebabkan pelabur beralih kepada emas sebagai cara untuk melindungi kekayaan mereka. 

    Bagi rakyat Malaysia, kesan daripada krisis antarabangsa sering dirasai di pasaran emas tempatan apabila harga melonjak.

    Sebagai contoh, semasa pandemik Covid-19, harga emas melonjak kerana ekonomi menghadapi cabaran dan orang ramai mencari pelaburan yang lebih selamat. 

    Sebarang peristiwa besar yang menggugat kestabilan ekonomi global cenderung meningkatkan harga emas apabila pelabur mencari keselamatan dalam aset mereka. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.