Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Biasiswa ke universiti, peluang pendidikan dan latihan TVET

    Belanjawan 2025: Biasiswa ke universiti, peluang pendidikan dan latihan TVET

    By Umi FatehahOctober 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025: Biasiswa ke universiti, peluang pendidikan dan latihan TVET

    DALAM pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, falsafah pendidikan perlu terus diterapkan dalam pendidikan tinggi.

    Menurutnya, kerajaan akan melakukan beberapa inisiatif agar mutu pendidikan boleh ditingkatkan. Antaranya ialah peningkatan mutu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menguasai bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. 

    Beliau juga menggesa agar universiti-universiti dalam negara pantas memperkenalkan disiplin baharu yang membuka ruang penerokaan pemikiran dan teknologi baharu. 

    Pimpinan universiti dan para ilmuan pula perlu diberi ruang dan kebebasan untuk menggagaskan pembaharuan ke arah kemantapan dan peningkatan mutu.

    Bagi merealisasikan matlamat pemerkasaan mutu pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM18 bilion untuk 2025 berbanding RM16.3 bilion pada tahun sebelumnya.

    Selain itu, kerajaan turut melakukan inisiatif seperti berikut:

    • Peruntukan keseluruhan RM4 bilion disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan. 
    • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) turut komited memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus biasiswa dikhususkan untuk pelajar daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah.
    • Kerajaan menyarankan agar sektor korporat lebih bermurah hati dan lebih giat menyediakan biasiswa pelajaran sehingga ke tahap universiti, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah. Kerajaan akan membenarkan perbelanjaan seumpamanya layak dikenakan potongan cukai.
    • Ke arah melahirkan graduan dengan kebolehpasaran tinggi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah RM500 juta khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan and Matematik (STEM) di universiti awam.

    Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

    Selaras dengan Dasar TVET Negara, kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada RM7.5 bilion berbanding RM6.8 bilion untuk tahun sebelumnya. Keutamaan diberikan untuk:

    • Meningkatkan kerjasama dengan industri
    • Menyediakan peluang latihan untuk belia rentan termasuk dari kelompok miskin bandar, terpinggir, pedalaman dan Orang Asli
    • Membawa khidmat TVET bagi manfaat masyarakat.

    Peluang pendidikan dan latihan TVET dipertingkatkan

    Kerajaan turut mempunyai matlamat untuk meningkatkan peluang pendidikan dan latihan TVET. Antara yang diusahakan ialah kolej vokasional dan sekolah menengah teknik akan terus menyediakan pendidikan kepada 77,000 orang pelajar dengan peruntukan RM1.2 bilion.

    Selain itu, RM100 juta diperuntukkan khusus untuk bidang keutamaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) seperti pembaikan dan baik pulih (MRO), kenderaan elektrik (EV), aeroangkasa serta kecerdasan buatan (AI).

    Dalam pada itu, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan memanfaat dana sebanyak RM3 bilion untuk menawarkan tiga juta peluang latihan. 

    HRD Corp juga menggunakan dana khas, iaitu 15 peratus daripada jumlah kutipan levi bagi melaksanakan Program Latihan Madani khusus untuk golongan rentan. 

    Majikan turut dibenarkan menggunakan levi untuk membiayai elaun sehingga RM1,000 selama setahun bagi graduan melalui HRD Corp termasuk menjalani latihan kemahiran.

    Di samping itu, Khazanah menyediakan RM200 juta melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan 11,000 bakat tempatan kepada sektor utama seperti semikonduktor.

    Berikut merupakan inisiatif lain yang diusahakan untuk meningkatkan peluang pendidikan dan latihan TVET:

    • GiatMARA dan kolej komuniti disediakan RM55 juta untuk mengupaya 10,000 anak-anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran dalam tempoh lima tahun.
    • GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig.
    • Kerajaan mencadangkan potongan dua kali ke atas perbelanjaan syarikat yang melaksanakan Program Latihan Berstruktur (MySIP) di bawah Talent Corporation diperluas kepada pelajar yang mengikuti latihan berstruktur yang dijalankan oleh badan kawal selia industri dan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2030.
    • Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membina sebuah Pusat Rehabilitasi yang serba canggih di Terengganu dengan kos hampir RM600 juta ringgit. Pusat itu akan menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh meliputi rawatan pemulihan sehingga program kembali bekerja, sekali gus mengukuhkan usaha mewujudkan sumber manusia yang lebih berdaya tahan dan inklusif.

      – RELEVAN

     

    Previous ArticleBelanjawan 2025: Baik pulih prasarana serta penguasaan literasi dan numerasi
    Next Article Baik buruk peningkatan gaji minimum

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.