Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bersenam bantu mengurangkan masalah kesihatan mental

    Bersenam bantu mengurangkan masalah kesihatan mental

    By Umi FatehahSeptember 17, 2024Updated:September 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEBIMBANGAN dan kemurungan merupakan dua masalah kesihatan mental yang semakin merisaukan dalam masyarakat moden. 

    Perubahan gaya hidup, tekanan di tempat kerja, masalah kewangan dan masalah peribadi sering menyebabkan ramai individu berasa tertekan, cemas dan murung. 

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 264 juta orang di seluruh dunia mengalami kemurungan, manakala kebimbangan menjejaskan hampir 284 juta orang. Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup tetapi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal yang lebih serius jika tidak ditangani dengan betul.

    Banyak rawatan konvensional untuk kebimbangan dan kemurungan seperti ubat-ubatan dan terapi psikologi telah terbukti berkesan. 

    Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, senaman telah dikenali sebagai salah satu alternatif yang boleh membantu mengurangkan gejala masalah mental. 

    Tidak seperti ubat-ubatan yang mungkin mempunyai kesan sampingan, senaman menawarkan pelbagai manfaat tanpa risiko yang tinggi dan ia boleh dilakukan hampir di mana-mana dan pada bila-bila masa.

    Bagaimana senaman membantu kesihatan mental?

    1. Meningkatkan pengeluaran endorfin

    Semasa bersenam, badan menghasilkan endorfin, sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai hormon gembira. Endorfin membantu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan mood dengan memberikan perasaan tenang dan puas selepas bersenam. 

    Senaman sederhana seperti berjalan kaki atau berbasikal sudah cukup untuk meningkatkan tahap endorfin. Rutin senaman yang konsisten membantu tubuh menjadi lebih cekap dalam menghasilkan endorfin, mendorong perasaan positif dan kestabilan mental yang lebih baik.

    1. Mengurangkan paras kortisol

    Senaman membantu mengurangkan tahap kortisol, iaitu hormon stres yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal. 

    Kortisol memainkan peranan penting dalam tindak balas tubuh terhadap stres tetapi apabila tahapnya terlalu tinggi untuk tempoh yang berpanjangan, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental, termasuk meningkatkan kebimbangan dan kemurungan. 

    Senaman secara teratur membantu menurunkan tahap kortisol dengan merangsang pengeluaran hormon endorfin, serotonin dan dopamin yang bertindak mengimbangi hormon stres dalam badan.

    Selain itu, aktiviti fizikal menggalakkan kelonggaran otot dan meningkatkan peredaran darah yang membantu tubuh kembali dalam keadaan lebih tenang selepas tertekan. 

    Ini seterusnya membantu mengurangkan perasaan gelisah, meningkatkan kestabilan emosi dan memberikan rasa kawalan diri yang lebih baik dalam situasi yang menimbulkan tekanan. 

    Dengan mengawal tahap kortisol, senaman berfungsi sebagai alat semula jadi yang berkesan untuk menguruskan kebimbangan dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan.

    1. Meningkatkan kualiti tidur

    Masalah tidur seperti insomnia sering dikaitkan dengan kebimbangan dan kemurungan. Individu yang mengalami gangguan tidur biasanya sukar mendapat rehat mencukupi. Ini boleh memburukkan gejala kebimbangan dan kemurungan. 

    Aktiviti fizikal juga meningkatkan suhu badan. Apabila suhu badan menurun selepas bersenam, ia memberi isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk berehat, sekali gus memudahkan anda tidur dengan lebih cepat dan nyenyak. 

    Senaman juga menggalakkan tidur dalam fasa deep sleep atau tidur nyenyak, iaitu fasa penting untuk pemulihan mental dan fizikal.

    1. Mengalihkan perhatian daripada punca stres

    Melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berenang atau berbasikal membantu mengalihkan perhatian kita daripada punca stres atau kebimbangan harian. 

    Semasa bersenam, minda akan lebih fokus pada pergerakan, pernafasan dan usaha fizikal yang membantu mengurangkan tumpuan terhadap pemikiran negatif. Ia memberi peluang kepada otak untuk berehat dan mengurangkan beban mental yang sering menyebabkan kebimbangan dan kemurungan.

    Dengan rutin senaman yang konsisten, minda dapat melatih diri untuk lebih fleksibel dalam menguruskan stres. Senaman juga boleh menjadi alat yang berkesan untuk mengatasi cabaran mental harian. 

    Ia bukan sahaja memberikan kesan positif kepada kesihatan mental tetapi juga meningkatkan daya tahan diri terhadap tekanan di masa hadapan.

    1. Meningkatkan keyakinan diri

    Melalui senaman, kita bukan sahaja dapat melihat peningkatan dalam kekuatan fizikal dan kecergasan badan, malah merasakan peningkatan yang signifikan dalam keyakinan diri. 

    Senaman secara konsisten memberi peluang kepada individu untuk mencapai matlamat kecergasan. Antaranya ialah meningkatkan stamina, kekuatan otot atau mencapai berat badan ideal. 

    Selain itu, peningkatan kecergasan fizikal juga membaiki postur badan dan penampilan, yang secara tidak langsung meningkatkan imej diri dan keyakinan ketika berinteraksi dengan orang lain.

    Justeru, individu yang mengalami masalah kemurungan disebabkan imej dan kurang keyakinan boleh mengatasi isu tersebut dengan bersenam. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.