Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bob Cultcha: Sebuah kultus seni budaya

    Bob Cultcha: Sebuah kultus seni budaya

    By September 14, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MOHD Fakhrul Akmal Mohamed Yusof memulakan kerjaya dalam industri radio ketika media tersebut berdepan cabaran perubahan zaman.

    Platform penstriman mula menguasai dunia muzik. Tak lama kemudian, orang ramai mula tertarik kepada kaedah baharu mendengar program bual, iaitu podsiar (podcast).

    Seperti media perintis lain – surat khabar, televisyen – radio semakin hilang pengaruh dan ia menuntut evolusi. 

    Fakhrul Akmal atau yang ramai kenal sebagai Bob berada dalam zaman radio bukan hanya didengari, malah dilihat.

    “Kalau dalam dunia sekarang, ada istilah watch radio. Bukan lagi dengar radio, dengar dan tonton radio kami.

    “Jadi, radio juga akan muncul dalam bahagian yang boleh ditonton, macam yang kita buat tadi,” katanya, merujuk kepada episod podsiarnya yang baru dirakam sebelum kami bertemu bual. 

    Episod pertama musim kedua podsiar Bob Cultcha memilih untuk meneroka dunia kewartawanan dan saya menjadi tetamunya. Ia sebahagian daripada pertukaran antara Relevan dengan Rakita; kami saling mempromosi produk masing-masing.

    Jadi kultus

    Bermula Jun lalu, Bob menerbitkan produk baharu di bawah Rakita, iaitu podsiar budaya pop yang diberi nama Bob Cultcha.

    Nama tersebut berasal daripada perkataan pop culture yang dimanipulasi – Bob merujuk namanya sendiri, cultcha pula ejaan slanga yang bertujuan menarik penonton lebih muda.

    “Mereka (pengurusan) yang cadangkan guna nama saya, saya setuju saja,” kata Bob, mengakui dirinya agak janggal meletakkan nama sendiri sebagai tajuk podsiar.

    Baru sahaja menamatkan musim pertama, Bob Cultcha meneroka pelbagai lapangan seni dan budaya di Malaysia yang kebanyakannya tidak diketahui ramai orang.

    Dari pelukis, peminat motor, pengusaha kopi, peluncur air sampai penyanyi, Bob mengumpulkan mereka untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan.

    “Perkataan cult itu bermaksud kultus. Ada suasana gelap sikit, ritual dan sebagainya. Itu saya nak gambarkan yang Bob Cultcha akan meneroka lapangan yang tidak diberi perhatian sangat.

    “Saya nak guna platform podsiar untuk ketengahkan lapangan yang lebih alternatif, lebih niche, lebih tersorok.

    “Kalau di radio agak susah sebab ia lebih berfokus kepada muzik. Saya mahu platform yang kita boleh borak lebih lama, lebih mendalam,” kata Bob.

    Jelajah, wacana

    Dia mahu memanfaatkan kedua-dua platform – radio dan podsiar – supaya capaian terhadap komuniti alternatif yang ditampilkan lebih jauh. 

    Tamsilnya kaki: kalau hanya satu platform yang digunakan, dia seperti melangkah dengan tidak sempurna.

     

    EPISOD bersama AG Coco dan Ully adalah yang paling banyak ditonton. – GAMBAR IHSAN RAKITA

    Untuk musim kedua, Bob mahu meluaskan penerokaan seni dan budayanya. Dia juga tidak mahu meletakkan apa-apa skop untuk tetamu yang dijemput.

    “Apa saja asalkan ia sebuah seni dan juga budaya. Skop saya seluas alam – muzik, sukan, sastera, apa sahaja,” katanya.

    Memandang lebih jauh, Bob berharap podsiarnya dapat berkembang supaya episod akan datang dapat diadakan di lokasi istimewa.

    “Saya nak bawa Bob Cultcha keluar. Bukanlah jelajah setiap negeri tapi nak buat di kedai kopi atau kedai muzik.

    “Saya juga harap dapat lebih berwacana dalam podsiar seperti ini. Nak bawa perbahasan; orang ini ada idea A, orang ini idea B, kita duduk berbincang. Ini akan tambah baik kualiti podsiar kita cuma tak tahu sama ada penonton bersedia atau tidak,” katanya.

    Kurang lebih

    Bagi Bob yang telah menerbitkan kedua-dua bentuk rancangan, radio dan podsiar, hubungan platform tersebut lebih kepada melengkapi, bukan menjatuhkan.

    Dia percaya, media perintis seperti radio masih ada kelebihan dan fungsi yang tidak boleh diisi media lebih baharu.

    “Memang lebih mudah nak dengar muzik di platform strim tetapi untuk pengkarya, radio memberi pengiktirafan sebab tak semua lagu boleh dimainkan dalam radio. Platform strim tidak ada tapisan.

    “Di radio kita ada ahli yang mahir tentang muzik (yang membuat pilihan) selain mengambil kira pandangan awam. Dari radio orang boleh tahu apa yang pendengar awam suka,” katanya.

    Berbanding podsiar pula, kelebihan utama radio ialah masa. Untuk menjelaskan hal tersebut, Bob bercerita tentang bom.

    “Katakanlah dekat belakang ini, ada bom jatuh. Kita boleh nampak kapal terbang musuh datang, askar dia terjun. Cuba beritahu, siapa yang akan hebahkan dulu?

    “Studio dekat belakang ini, saya tekan satu punat, boleh terus beritahu orang untuk lari. Radio ada kelebihan itu,” ceritanya sambil saya membayangkan Lebuh Raya Damansara-Puchong musnah dibom musuh.

    Namun, platform baharu seperti podsiar juga ada kelebihan tersendiri. Paling utama, bagi Bob, ialah kedalaman yang boleh diteroka. Sebab dalam podsiar – meminjam jargon orang radio – semuanya talk set. 

    “Podsiar kita boleh borak dengan lebih mendalam, ada lebih banyak masa. Sebab podsiar tak ada lagu.

    “Tapi bahaya podsiar, dalam borak yang lama itu, macam mana kita nak kekalkan (perhatian) orang?” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.