Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dilema hendak panggil kakak, mak cik atau puan?

    Dilema hendak panggil kakak, mak cik atau puan?

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 7, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    kakak
    Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menggunakan panggilan seperti abang, kakak, pak cik dan mak cik dalam perbualan harian. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK.

    BARU-BARU ini, gempar di aplikasi X apabila seorang wanita meminta agar orang ramai memanggilnya sebagai puan dan bukannya kakak walaupun ketika berkomunikasi secara tidak formal. 

    Menurut wanita tersebut, penggunaan panggilan tersebut tidak manis dan boleh disalah erti sebagai ‘kurang ajar’. 

    Bagaimanapun, hantaran wanita tersebut telah mendapat tentangan daripada orang ramai. 

    Menurut para netizen, kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa menggunakan panggilan tidak formal dalam perbualan harian.  Namun, itu tidak bermaksud panggilan tersebut menunjukkan rasa tidak hormat. 

    Perkara tersebut terus menjadi pendebatan orang ramai sehinggalah mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook.

    Lihat situasi terlebih dahulu

    Menurut hantaran PHM, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menggunakan panggilan seperti abang, kakak, pak cik dan mak cik dalam perbualan harian. 

    Penggunaan panggilan tersebut juga menunjukkan rasa hormat, terutamanya kepada orang yang lebih berusia. 

    Bagaimanapun, panggilan seperti adik, mak cik dan sebagainya juga perlu digunakan bertepatan dengan situasi. 

    Dalam satu pertemuan profesional misalnya di tempat kerja, lebih baik jika kita menggunakan panggilan yang lebih formal seperti encik, puan atau tuan. 

    Kedua, lihat respons individu apabila kita menggunakan panggilan tertentu. Ada yang tidak selesa apabila dipanggil kakak atau mak cik, terutamanya jika ia berkaitan dengan usia atau persepsi sosial. 

    Jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepat gunakan panggilan yang lebih formal misalnya puan atau tuan. 

    Sebelum menggunakan panggilan tidak formal, lihat dahulu sama ada panggilan tersebut sesuai dengan umur dan penampilan seseorang.

    Jangan pula panggil wanita yang nampak muda sebagai mak cik, sudah tentulah dia akan rasa tidak selesa! 

    Artikel penuh: Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

    Artikel penuh: Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk

    Sudah jadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia

    Dalam Bahasa Inggeris, panggilan kekeluargaan adalah berdasarkan jantina misalnya father (ayah), mother (mak), aunt (mak cik) dan uncle (pak cik). 

    Bagaimanapun, dalam budaya Melayu, panggilan kekeluargaan turut menggambarkan kedudukan dalam keluarga sebagaimana mak long digunakan sebagai panggilan untuk mak cik sulung dalam keluarga. 

    Sama seperti penggunaan you dalam Bahasa Inggeris. Perkataan you boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status atau usia. 

    Namun, bagi orang Malaysia, penggunaan kau atau aku adalah khas bagi mereka yang sudah lama kenal atau sudah mempunyai hubungan rapat. 

    Bagi mereka yang baru mengenali satu sama lain, lebih sopan untuk menggunakan saya dan awak ketika berkomunikasi.

    Panggilan pak cik, mak cik, abang, kakak dan sebagainya merupakan satu kebiasaan, bahkan sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia. 

    Malah, ia digunakan secara meluas sehinggakan ada orang ternama juga membahasakan diri mereka sebagai pak cik atau mak cik. 

    Salah satu daripadanya ialah Uncle (pak cik) Roger atau nama sebenarnya, Nigel NG. Uncle Roger merupakan seorang pelawak yang kini menetap di London. 

    Populariti Uncle Roger melonjak setelah video kritikannya mengenai nasi goreng yang dimasak oleh chef terkenal seperti Jamie Oliver, Gordon Ramsay and Hersha Patel mendapat maklum balas positif daripada orang ramai. 

    Kedua ialah Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, seorang aktivis yang banyak memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia. 

    Uncle Kentang menerima anugerah Points of Light oleh Ratu Elizabeth II di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan pada 2021. 

    Ketiga ialah mak cik bawang. Siapa yang tidak kenal dengan mak cik bawang, bukan? 

    Terma mak cik bawang dipercayai bermula daripada hantaran yang dimuat naik dalam  kumpulan Facebook, Kisah Rumah Tangga (KRT). 

    Ketika kenduri, wanita (mak cik) akan duduk bersama-sama untuk mengupas bawang. Pada waktu itulah, mereka bertukar-tukar cerita (membawang=bergosip) sesama sendiri.  

    Kini, panggilan mak cik bawang digunakan secara meluas untuk menggambarkan seorang wanita yang suka menyibuk hal orang lain. Mana-mana wanita yang gemar bergosip secara automatik akan digelar mak cik bawang. – RELEVAN

    abang featured kakak mak cik pak cik pendidikan
    Artikel Terkini

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.