Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mari bermalasan sempena Hari Malas Sedunia

    Mari bermalasan sempena Hari Malas Sedunia

    By Umi FatehahAugust 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mari bermalasan sempena Hari Malas Sedunia. - GAMBAR HIASAN MIRIAM ALONSO/PEXELS

    SETIAP hari, kita bangun tidur dengan tujuan yang berbeza. Kalau saya, setiap hari saya perlu ke pejabat selewatnya 10 pagi. Kalau saya lambat, nanti tiada parkir. 

    Sampai sahaja di pejabat, saya perlu tulis artikel. Selain itu, saya juga perlu hasilkan kandungan di TikTok Relevan. 

    Akan tetapi, saya ada satu penyakit – penyakit M. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang mempunyai penyakit ini. 

    Apa itu penyakit M? Penyakit M-A-L-A-S! 

    Biasalah, ada hari kita tidak ada mood untuk bekerja. Tetapi kita tak boleh malas-malas sebab bos bayar kita gaji untuk bekerja, bukan untuk bermalasan!

    Cuma, dalam setahun, ada satu hari yang kita bebas untuk bermalasan. Esok, 10 Ogos merupakan Hari Malas Sedunia. 

    Asal usul Hari Malas Sedunia

    Asal-usul Hari Malas Sedunia mungkin sukar difahami tetapi motif sambutan hari itu diwujudkan adalah untuk beristirehat. 

    Menurut Economic Times, Hari Malas Sedunia mula wujud pada awal 1900-an di Amerika Syarikat (AS). 

    Masyarakat AS pada ketika itu mewujudkan sambutan itu untuk menggalakkan orang ramai mengetepikan tanggungjawab buat sementara waktu dan gunakan masa itu untuk berehat. 

    Meskipun Hari Malas Sedunia ini sebenarnya idea yang biasa-biasa sahaja, kepentingan di sebaliknya, iaitu berehat sering diambil mudah. 

    Di sini, kita dapat simpulkan bahawa ideologi hustle demi hasil sudah wujud ratusan tahun dahulu. 

    Jadi, Hari Malas Sedunia berfungsi sebagai peringatan lembut untuk mengutamakan penjagaan diri dan menikmati saat-saat tidak mahu buat apa-apa selain bermalasan di atas katil. 

    Mungkin ada yang mempersoalkan apa fungsinya sambutan itu sedangkan kita sudah ada dua hari hujung minggu untuk berehat? 

    Hari Sabtu dan Ahad mungkin bukan hari cuti untuk semua orang. Ada yang manfaatkan hari Sabtu dan Ahad untuk bekerja sambilan bagi mencari wang tambahan. 

    Ada juga yang terpaksa bekerja kerana bosnya ganggu pada hari minggu. 

    Dan, ada beberapa bidang pekerjaan hari kerja dan hari cutinya tidak mengira hari minggu atau hujung minggu. Jadi, mereka terpaksa bekerja seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad. 

    Hari riadah yang membahagiakan

    Untuk meraikan Hari Malas Sedunia tidak ada pantang larangnya. Masing-masing bebas melakukan apa sahaja dengan cara tersendiri. 

    Bagi sesetengah orang, ia peluang untuk merebahkan diri atas katil sepanjang hari sambil menonton drama kegemaran. 

    Ada yang memilih untuk melakukan hobi yang sudah lama ditinggalkan akibat terlalu sibuk bekerja. 

    Apa sahaja yang anda lakukan pada Hari Malas Sedunia, pastikan ia menyumbang rasa kepuasan dan kebahagiaan. 

    Semua orang dijemput untuk merasai nikmat kemalasan agar mental dan fizikal lebih segar untuk kembali berjuang mencari wang. 

    Jangan ambil mudah dengan kepentingan berehat. Ia mungkin kedengaran mudah tetapi jika tidak berehat, kesihatan mental dan fizikal anda akan terjejas. – RELEVAN

    Previous ArticlePetanda, kesan dan rawatan strok untuk kembali pulih
    Next Article Hal karut tentang pengurusan harta pusaka yang sering diulang orang

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.