Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerajaan pertimbang lanjut insentif gaji progresif

    Kerajaan pertimbang lanjut insentif gaji progresif

    By August 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KERAJAAN tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tempoh pemberian insentif kepada majikan yang menyertai Projek Rintis Dasar Gaji Progresif (DGP).

    Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, kerajaan bersedia mempertimbangkan lanjutan sehingga 24 bulan berbanding 12 bulan yang ditetapkan sebelum ini

    Kata beliau, projek rintis tersebut membolehkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menilai dapatan pelaksanaan DGP daripada lebih 1,000 majikan yang disasarkan untuk mendaftar.

    “Kita perlukan tempoh lebih daripada 12 bulan agar majikan mula merasai manfaat daripada program ini. Kami mahu majikan melihat polisi ini bukan sebagai kos gaji tambahan tetapi sebagai cara untuk mempercepat peningkatan kemahiran perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

    “Bagaimanapun, tempoh yang terlalu lama tidak akan ditawarkan kerana kos kepada kerajaan akan meningkat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog Town Hall Dasar Gaji Progresif, di sini hari ini.

    Berdasarkan pelaksanaan projek rintis yang bermula Jun lalu, Rafizi menjelaskan, projek tersebut juga bakal memberi ruang kepada kerajaan untuk menilai perkara yang boleh ditambah baik apabila pelaksanaan tersebut diperluas kepada lebih banyak industri dan syarikat. 

    “Saya berharap untuk tahun akan datang, dengan pengalaman lima hingga enam bulan ini, kita akan berjaya merangka satu rangka dasar gaji yang boleh membantu mencapai bahagian pendapatan pekerja kepada 45 peratus menjelang 2033,” tambahnya.

    Gaji memampat

    Dalam pada itu, Rafizi berkata, pelaksanaan DGP merupakan satu langkah kerajaan untuk meningkatkan gaji dan mencapai pengagihan pendapatan yang lebih seimbang. 

    Menurutnya, cadangan pelaksanaan DGP telah dibentangkan dan dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 7 Ogos tahun lalu dan kemudiannya mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 27 September 2023. 

    Sehingga 5 Ogos 2024, sebanyak 1,094 akaun telah dibuka dengan 443 permohonan untuk menyertai DGP dan sebanyak 144 permohonan memenuhi syarat gaji.

    Jelas beliau, rakyat Malaysia terutamanya graduan universiti menghadapi masalah gaji permulaan yang rendah dan terlalu hampir dengan kadar gaji minimum disebabkan isu pemampatan gaji (wage compression). 

    “Polisi gaji minimum sebelum ini berjaya meningkatkan pendapatan pekerja berkemahiran rendah. Namun, ia telah menyebabkan pemampatan gaji yang mengurangkan jurang pendapatan antara pekerja berkemahiran rendah dengan graduan baharu.

    “Ini adalah antara rungutan yang sering kami dengar daripada golongan muda mengenai gaji yang diterima,” katanya.

    Tingkat kemahiran pekerja

    Menurut Rafizi, DGP bertujuan menangani beberapa cabaran utama dalam pasaran buruh di Malaysia.

    Ini termasuk untuk meningkatkan mobiliti pekerjaan bagi membolehkan individu bergaji rendah atau menganggur meneroka peluang kemahiran baharu demi kemajuan kerjaya. 

    “Dalam pada itu, DGP juga menawarkan insentif kepada syarikat berdaftar dan layak untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kos tambahan. 

    “Dasar ini adalah sukarela, memberi fleksibiliti kepada majikan untuk menyesuaikan diri dengan kos buruh yang meningkat,” katanya. 

    Tambah beliau, pelaksanaan DGP turut menggalakkan majikan menyediakan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan produktiviti tenaga kerja mereka.

    Menurutnya, majikan yang terlibat dalam DGP boleh menuntut insentif tunai daripada kerajaan jika memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 hingga RM4,999. 

    “Syarikat yang terpilih akan menerima insentif maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja peringkat permulaan dan maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja bukan peringkat permulaan. 

    “Setiap pekerja yang berdaftar di bawah DGP perlu menjalani kursus dan latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama 21 jam,” katanya. 

    Jelasnya, DGP selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI, yang bertujuan meningkatkan martabat negara dan memastikan rakyat menikmati pendapatan yang adil. 

    Dasar itu juga melengkapi dasar sedia ada seperti Dasar Gaji Minimum, memastikan pendekatan yang lebih komprehensif bagi meningkatkan kadar gaji dan produktiviti. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.