Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta dan auta tentang durian si raja buah

    Fakta dan auta tentang durian si raja buah

    By Umi FatehahJuly 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sebenarnya ada berapa jenis durian? - GAMBAR FAIZ ALIF ZUBIR

    SEKARANG musim durian, ramai yang menjual raja buah itu di tepi jalan. Berapa banyak jenis durian yang anda tahu?

    D24, musang king, kampung, kahwin, black thorn – ini semua yang paling kerap kita dengar dan mudah dicari. Ketika saya bercuti di Batu Feringghi, Pulau Pinang dulu, saya jumpa macam-macam nama atau jenis durian yag tidak pernah didengar. 

    Sebenarnya ada berapa jenis durian?

    Tidak kiralah apa jenis durian sekalipun, durian tetap durian dan rasa durian tetap unik. Secara peribadi, saya suka isi durian yang lembut dan tebal, bijinya pula nipis. Baru puas makan!

    Tetapi, banyak cerita yang kita dengar tentang durian ini. Ada beberapa cerita tentangnya tidak sahih pun. Mari, saya rungkaikan fakta dan auta mengenai durian.

    Fakta

    1. Durian boleh menyebabkan kenaikan berat badan

    Secara purata, 1 kilogram (kg) durian mempunyai hampir 1,350 kalori. Makan sebiji durian boleh mengumpul sebanyak 68 peratus daripada 2,000 kalori harian yang disyorkan untuk purata orang dewasa. Satu biji durian (kira-kira 40g) mempunyai 54 kalori.

    Jadi, cukuplah anda makan dua hingga tiga ulas sahaja. Esok lusa, makan lagi. Saya tahu agak susah untuk tahan nafsu tetapi demi kesihatan diri sendiri, kawal diri untuk makan durian secara berlebihan.

    1. Durian kaya dengan pelbagai khasiat

    Menurut kajian Exploring the Nutritional Contents and Benefits of Durian (Durio zibethinus), durian secara semula jadi kaya dengan kalium, serat, zat besi, vitamin C dan vitamin B kompleks. Raja buah ini sebenarnya sangat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan tekanan darah, pergerakan usus dan kesihatan kulit. 

    Ia juga menyokong sistem saraf dan imun, serta meningkatkan pembentukan sel darah merah.​

    1. Penghidap diabetes perlu kawal pengambilan durian

    Jika anda menghidap diabetes dan perlu ambil kira pengambilan karbohidrat dalam diet seharian, saya ada berita buruk. Anda tidak boleh makan durian dalam kuantiti yang banyak kerana kandungan gulanya tinggi. Durian mengandungi gula ringkas iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa.

    1. Durian dapat meningkatkan tenaga

    Oleh kerana kandungan karbohidratnya tinggi, durian boleh membantu menambah tahap tenaga dengan cepat (bagi individu yang sihat). Kandungan kalium yang tinggi dalam buah juga boleh membantu mengurangkan keletihan dan melegakan tekanan mental dan kebimbangan (anxiety).

    Auta

    1. Durian ada banyak kolesterol

    Salah, durian tidak ada kolesterol! Kolesterol didapati dalam makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging merah, makanan laut dan produk tenusu. 

    Durian pula mempunyai lemak monotaktepu yang menyihatkan jantung dan membantu menurunkan paras kolesterol jahat (lipoprotein berketumpatan rendah LDL).

    1. Manggis mesti dimakan bersama durian untuk mengurangkan kepanasan

    Manggis sering dipanggil sebagai buah penyejuk manakala durian pula buah yang panas. Zaman nenek moyang kita, mereka selalu pesan untuk makan manggis juga sekiranya makan durian untuk menyejukkan badan.

    Walau bagaimanapun, tiada penyelidikan saintifik untuk menyokong falsafah ini. Tabiat makan durian dan manggis bersama mungkin berpunca daripada kedua-dua buah itu dituai pada masa yang sama.

    1. Makan durian dan minum alkohol pada masa yang sama boleh membunuh 

    Tiada bukti saintifik untuk menunjukkan bahawa ini adalah gabungan yang membawa maut. 

    Ia lebih berkemungkinan menyebabkan kembung perut, senak dan ketidakselesaan kerana hati perlu bekerja lebih keras untuk memetabolismekan kedua-dua lemak dan gula dalam durian dan alkohol.

    Namun begitu, beberapa kes dilaporkan tentang individu yang maut selepas makan durian dan minum alkohol pada masa yang sama. 

    1. Makan durian boleh meningkatkan libido 

    Libido ialah nafsu seks. Sesetengah budaya percaya bahawa durian boleh meningkatkan nafsu seks tetapi tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini.

    Pakar Pemakanan Klinikal di Ezcure Diabetes Care di Ahmedabad Gujarat, Dr. Harita Adhvaryu menjelaskan bahawa durian boleh membantu meningkatkan mood anda kerana bahan kimianya yang menggembirakan tetapi tidak mempunyai kesan yang besar terhadap libido. – RELEVAN

    Previous ArticleTidur kena cukup, adik-adik
    Next Article Keuntungan pemilik modal di Malaysia antara yang tertinggi di dunia

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.