Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tingkatkan kuasa otak untuk lebih mudah menghafal, faham apa yang dipelajari

    Tingkatkan kuasa otak untuk lebih mudah menghafal, faham apa yang dipelajari

    By Umi FatehahJuly 11, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bantu diri lebih mudah menghafal, faham pelajaran. - ZULFADHLI ZAKI/UTUSAN

    OTAK merupakan salah satu organ yang rumit dan menakjubkan. Ia merupakan pusat kecerdasan manusia yang mengawal hampir setiap fungsi tubuh.

    Bermula dengan pernafasan, degupan jantung kepada pemikiran dan tingkah laku kompleks, segala isyarat yang dihantar ke seluruh anggota badan bermula dari otak. 

    Bagi pelajar, peranan otak amat kritikal kerana ia bukan sahaja mengawal fungsi badan tetapi juga daya ingatan, tumpuan, emosi dan kesihatan mental.

    Selain itu, kecekapan otak secara langsung mempengaruhi prestasi akademik, kreativiti dan kapasiti pelajar untuk mengendalikan tekanan. Dengan ini, otak ialah salah satu organ yang paling penting untuk berjaya dari segi akademik dan kehidupan.

    Sehubungan itu, adalah penting untuk kita menjaga kecerdasan otak agar kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan lebih terjamin.

    Bersenam

    Untuk meningkatkan kecerdasan otak, anda juga perlu bersenam. Apa kaitan bersenam dengan otak?

    Dengan melakukan aktiviti seperti berlari, berbasikal, berenang atau apa sahaja senaman yang disukai, anda boleh mengukuhkan keterjalinan antara sel-sel otak. 

    Justeru itu, kemahiran pembelajaran dan ingatan akan bertambah baik. Besar kemungkinan anda dapat menyerap lebih banyak maklumat daripada apa yang guru sampaikan atau buku rujukan.

    Berehat

    Belajar, belajar juga; rehat jangan lupa. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam agar otak dapat berfungsi dengan maksimum dalam kelas. 

    Selain itu, biasakan juga berehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh ulang kaji. Anda bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan otak boleh berehat. 

    Sama ada bermain permainan video atau tidur, pastikan ia dilakukan selama 30 minit. Kalau terlajak main atau tidur, ia akan menjadi sia-sia kerana anda boleh menggunakan masa itu untuk belajar. – RELEVAN

    belajar featured hafal kesihatan otak pelajar
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.