Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni

    Menziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni

    By Umi FatehahJune 20, 2024Updated:June 21, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berkaitan dialog “die for arts”, saya kira setiap kru betul-betul terhubung dan menghidupkan dialog itu. - GAMBAR OLEH SUFIAN ABAS

    “DIE for arts!” jerit Sadiq Saufi kepada isterinya, Nina. 

    Dialog itu bukan hanya diucap sebagai skrip teater Persiapan Seorang Aktor arahan Dr. Syahrul Musa. Ia perasaan yang raw, vulnerable dan hidup dalam diri hampir semua pejuang teater independen. 

    Sadiq yang dimainkan Aloy Paradoks terlalu obses dengan seni lakonnya sehingga hidup menjadi semakin susah dan menyedihkan. Dia terlalu asyik mendalami watak Hamlet yang malang dan sering ditimpa ujian.

    Minat Sadiq terhadap teater dan penggunaan lakonan berkaedah (method acting) sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian dan isterinya perlu memainkan peranan penting untuk membantunya menjalani kehidupan. 

    Isterinya, Nina yang dimainkan Fazleena Hishamuddin tanpa lelah dan jemu memberi sokongan kepada suaminya agar terus melakukan yang terbaik untuk cintanya terhadap seni teater. 

    Jika sebuah bangunan yang baru dibina perlu disokong perancah (scaffolding), Sadiq juga begitu; Nina perancahnya.

    Begitulah kedua-dua watak ini memainkan peranan bukan sahaja sebagai suami isteri tetapi juga aktor dan sistem sokongannya.

    Pengalaman pertama kali menonton teater (walaupun latihan)

    Saya berpeluang menonton sesi latihan mereka pada 19 Jun di Studio Sedar Ruang, Alam Budiman. 

    Sebagai seorang yang tidak pernah menonton teater dan tidak tahu realiti dunia teater, saya kagum dan teruja kerana dapat merasai segala emosi secara bersemuka. Seperti melihat gelagat ibu dan ayah di rumah.

    Perkataan kagum dan teruja itu sendiri mungkin satu understatement.

    Berkaitan dialog “die for arts”, saya kira setiap kru betul-betul terhubung dan menghidupkan dialog itu. 

    Bermula dengan Aloy yang perlu ulang alik dari Semenyih ke Alam Budiman untuk latihan, Fazleena yang perlu mengimbangkan tanggungjawabnya sebagai ibu, isteri, hobi dan minatnya untuk teater serta Syahrul yang merupakan seorang pensyarah, sanggup turun padang sebagai pengarah dan pelakon. 

    Teater ini juga beroperasi tanpa menerima apa-apa dana. Segalanya daripada poket sendiri. Dengan harga tiket RM40, jelas bahawa teater ini tidak berpaksikan keuntungan tetapi minat dan jiwa sebagai penggiat seni. 

    Memetik tulisan Fazleena Teater buat Kawan di Seni Malaya, semuanya demi seni. Sanggup mati demi seni. Tak makan pun tak apa, asalkan bikin art.

    Kisah Sadiq dan Nina

    Kata Fazleena, kebanyakan orang seni berada di posisi mereka sekarang berkat sokongan orang terdekat. 

    “Saya rasa sokongan ialah perkara paling utama kalau nak bergiat dunia seni. Jadi dalam pementasan ini saya menjadi orang yang menyokong dia (Sadiq). 

    “Sebagai orang paling rapat iaitu isteri, Nina cuba untuk mengimbangkan tanggungjawab Sadiq sebagai seorang manusia (luar watak Hamlet) dan aktor (sebagai watak Hamlet),” katanya.

    Keserasian antara Fazleena dan Aloy juga cukup perisa, ibarat mereka berdua betul-betul sepasang suami isteri. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Fazleena apabila menulis, “semua orang tahu yang kami berdua macam a match made in heaven dalam dunia teater Malaya.”

    Faktor terbesar keserasian mereka ialah hubungan persahabatan yang berusia hampir 20 tahun.

    Namun jelas Fazleena, disebabkan mereka sudah terbiasa berinteraksi sebagai kawan baik, untuk membawa watak sebagai suami isteri dalam teater itu agak mencabar.

    “Sebenarnya agak mencabar juga memisahkan persahabatan kami untuk membawa watak suami isteri. Hubungan akrab kawan baik lain gayanya dengan hubungan suami isteri.

    “Saya memainkan peranan untuk cuba nampak santai dan tidak kekok. Bagi saya, kalau boleh nak orang nampak bahawa walaupun kami berkawan baik, ketika berkarya kami boleh membawa watak dengan baik dan profesional,” katanya. 

    Teater ialah ruang untuk berkembang

    Aloy kini sedang memegang watak utama dalam siri yang sedang ditayangkan di TV3 dan Tonton iaitu Metro Crime Series. Sebagai seorang yang namanya sudah mula naik dalam dunia lakonan, dia tidak jelak untuk berkarya di pentas teater independen. 

    Kongsi Aloy, teater itu ibarat latihan mengasah lakonan agar menjadi lebih mantap, termasuk untuk ditayangkan di layar kaca televisyen atau pawagam. 

    “Rata-rata pelakon filem atau drama yang mempunyai latar belakang teater, sekali sekala mereka akan kembali beraksi di pentas teater. Teater ini menjadi platform untuk belajar pembinaan emosi dan kemahiran lakonan yang pelbagai.

    “Kalau sudah selesa di satu takuk yang sama, lakonan atau watak yang disampaikan tidak dapat dipelbagaikan. Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan melupakan teater,” jelasnya.

    Cabaran menghayati dan menyampaikan skrip Saat Omar

    “Skrip Saat Omar ini susah!” jerit Fazleena. 

    Ketika Fazleena menghulurkan buku skripnya yang mempunyai banyak nota lekat dan contengan, saya faham berlakon ini bukan sekadar baca dan hafal skrip sahaja. Segalanya perlu diteliti dan ditelaah agar kedengaran lebih santai, bukan seperti baca buku.

    Ditambah pula dengan dialog Fazleena yang jauh lebih banyak berbanding Aloy. Lagilah banyak yang perlu dibedah.

    “Ini juga menjadi cabaran. Saya kalau boleh mahu menghormati penulis skrip dan tidak mahu buat terlalu banyak perubahan. Tetapi Syahrul (pengarah) cakap biarkan dialog mengalir. Mengalir lagi Fazleena!

    “Jadi saya ada buat banyak pembedahan skrip agar ia lebih mengalir, serasi dengan dialog kehidupan seharian agar lebih ‘sampai’ kepada penonton,” katanya. 

    Persembahan yang intim

    Intim di sini bermaksud lebih dekat. Disebabkan teater ini dipersembahkan dalam ruang yang kecil, para penonton dapat melihat reaksi muka, lantunan suara dan bahasa badan dengan lebih jelas. 

    Akan ada babak di mana Fazleena dan Aloy bermain dengan buih. Mungkin anda juga dapat bermain buih bersama mereka. Tetapi apa kaitan buih dengan persiapan seorang aktor? Kalau nak tahu, beli tiket dan datang tengok teater ini.

    Untuk anda yang tidak pernah menonton mana-mana teater sebelum ini, Persiapan Seorang Aktor ialah pilihan yang tepat. 

    Tiket sudah mula dijual di https://teaterpsa.peatix.com/ dengan harga serendah RM40. Teater akan mula ditayangkan pada 27 hingga 30 Jun, 8:30 malam. Jumpa anda di sana! – RELEVAN

    aloy paradoks fazleena hishamudin featured pendidikan teater
    Artikel Terkini

    Realiti kesusahan mencari kerja

    May 26, 2025

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.