Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Seorang brader bernama Pyanhabib yang selalu suruh kita makan nasi

    Seorang brader bernama Pyanhabib yang selalu suruh kita makan nasi

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 5, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PYANHABIB pesan: kalau ada nasi, makan! - GAMBAR UTUSAN

    MOHD Supyan Abdul Rahman, atau yang orang kenal sebagai Pyanhabib meninggal dunia pada usia 66 tahun pada 4 Jun 2024.

    Tuhan beri subsidi umur tiga tahun kepadanya.

    Berita pemergiannya mula dikongsi rakan rapat Allahyarham, Azalan Hussain (Sinaganaga) di Facebook sebelum disahkan isteri Allahyarham, Zurina Zakaria, juga melalui Facebook.

    Tak lama sebelum itu, ketika melepak seperti kutu di tepi jalan Persiaran Barat, ada kawan saya mengajuk gaya deklamasi Pyanhabib, membaca sajak Bapaku Seorang YB.

    Ia bukan ejekan, saya tahu, sebaliknya sebuah homaj pada ikoniknya seorang Pyanhabib. Tapi bila ada kawan lain mahu rakam, saya halang. Takut ia jadi sensitif.

    Sering juga kawan lain mengajuk gaya cakapnya dalam filem Rock Oo. Penampilannya sekejap tapi berbekas dan ikonik.

    Pyanhabib akan terus hidup dalam ingatan orang. Selain hatinya yang baik dan rajinnya dia bertanya khabar kawan-kawan, imejnya sebagai seorang penyair ranggi dan tersendiri akan terus bernafas.

    Ikon itu dan ini

    Pertuturannya tidak sempurna tapi ia dirangkul dan disyukuri.

    Penyajak lain akan lihat itu sebagai tembok yang menoktahkan impian menjadi pendeklamasi tapi Pyanhabib nampak itu sebagai musuh dalam padang ragbi. Dia rempuh dan tembus. Di bawah tiang lampu, dia mendeklamasi entah beratus sajak.

    Pyanhabib ialah ikon yakin dan terima diri.

    Tak ramai bercakap tentang kerjaya dua dekadnya sebagai warga Utusan Melayu (M) Berhad. Tapi dia banyak mengulas hal Utusan di media dan Facebook.

    Selepas syarikat Utusan Melayu melingkup, dia berdiri di tepi pagar pejabat lama Utusan di Jalan Lima Chan Sow Lin. Dia kenang Said Zahari, Usman Awang dan mogok 1961.

    Sebelum itu – lama sebelum itu – dia akan menulis tentang Utusan setiap kali akhbar itu dilanda kontroversi. Dalam tulisannya ada marah-marah, ada juga gurau-lawak.

    Hubungannya dengan Utusan berselang cinta dengan benci. Tapi saya yakin, bencinya bukan pada Utusan tapi cara akhbar itu diurus atau cengkam politik yang membelenggu. 

    Pyanhabib juga boleh jadi ikon dalam membandung cinta dan benci.

    Asas dan logik

    Ketika menolak Anugerah Khas Juri Pesta Filem Malaysia Ke-6 pada 1986, Pyanhabib hanya mahu kotakan janji pada diri sendiri. Dia sudah berniat awal, tak mahu terima sebarang hadiah.

    Tapi orang cuba baca bualnya dengan hati sendiri. Orang tuduh dia tak tahu adat Melayu, cuba mensabotaj dan lain-lain cerca lazim pada manusia yang dianggap ‘kutu’.

    “Apakah Melayu itu tidak tahu bahawa apa yang diumum, diucapkan secara langsung di majlis malam itu sepatah haram pun aku tak tahu menatangnya?

    “Kalau aku mendengar seperti tetamu-tetamu lain maka logiklah aku dibalun dan dicemuh!” tulis Pyanhabib di Pancaindera, Utusan Malaysia pada 9 Januari 1987, hampir sebulan selepas insiden dia menolak anugerah di atas pentas PWTC berlaku.

    Bukankah alasan Pyanhabib asas dan logik? Dia tak mahu pun hadir ke majlis itu awalnya, pergi pun sebab didesak kawan dan nak merasa pengalaman jadi ‘bintang filem’ untuk satu malam. Dan dia memang sudah berniat tak mahu terima hadiah dari awal, tak kiralah sebab apa. 

    Dia ada masalah pendengaran jadi apa yang diumum atau berlaku pada malam itu memang tidak diketahui. Dia naik bertentang mata dengan Jins Shamsuddin, menolak trofi dengan niat yang polos dan jujur, dengan alasan asas dan logik.

    Begitu juga ketika dia mengulas krisis gaji di syarikat Utusan Melayu lima tahun sudah. Hujahnya asas dan logik – kenapa ketika UMNO memegang pemilikan syarikat itu, tiga juta ahlinya tidak membeli surat khabar setiap hari?

    Alam fikir Pyanhabib asas dan logik. Sebab itu dia selalu suruh kita makan nasi.

    Berkesan-kesan

    Saya dapat khabar pemergian Pyanhabib dari Mohd Jayzuan melalui Whatsapp. Kemudian membaca kemas kini bertalu di Facebook.

    Kerja saya terganggu dan otak saya yang bersepah jadi beku. Saya tak tahu nak arahkan anggota badan buat apa ketika itu.

    Bukanlah saya ini rapat dengan Allahyarham. Saya ada terserempak beberapa kali tapi hati terlalu segan nak menegur. Tapi pemergiannya memberi kesan.

    Kalau pada saya yang jauh pun sudah terkesan, apa lagi pada yang baik dan rapat dengan Allahyarham.

    Dalam grup Whatsapp Kultus Kata, Fazleena Hishamuddin hanya mampu beri emoji menangis. Mohd Jayzuan yang awal tahu berkongsi momen bertalu di Instagram. Izzat Amir terkedu tak terkata.

    Abdullah Jones hilang kelakar dalam belasungkawanya. 

    Entah apa pula yang dirasa Sinaganaga dan Mohd Khair Ngadiron yang ada pada detik hujung nafas Allahyarham. M. Nasir dan Nasir Jani juga sedih, saya pasti.

    Gemulah Pyanhabib didoa ramai. Jenaka dan gelagatnya diingat ramai. Moga Tuhan hitung pahalanya juga ramai. – RELEVAN

    Previous ArticleUruskan harta pusaka bukannya mudah
    Next Article Defisit kerja wajar: cabaran-cabaran untuk pekerja di Malaysia menikmati hidup wajar

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.