Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Anwar di pesta buku: tentang maklumat, ilmu dan hikmah

    Anwar di pesta buku: tentang maklumat, ilmu dan hikmah

    By May 30, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANWAR IBRAHIM ketika hadir ke PBAKL di WTC KL, 30 Mei. - GAMBAR UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

    KALI terakhir saya terpesona dengan penjelasan berkenaan perbezaan antara ilmu dengan maklumat adalah melalui sebuah video di Youtube. Saya tonton waktu masih bergelar mahasiswa.

    Video itu merupakan syarahan Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud. Yang bertanya soalan itu ialah Aliff Basri (yang ketika itu belum dikenal tapi sekarang menjadi kawan yang disyukuri kewujudannya).

    Khamis, 30 Mei 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulang hal yang hampir sama di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

    Tidaklah begitu mempesona (sebab ia hanya ucapan perasmian, bukan ruang meneroka dalam sesuatu isu seperti syarahan) tetapi saya yakin, Anwar cuba membawa rawi yang sama seperti Wan Mohd. Nor.

    Rawinya tentang falsafah ilmu, rujukannya Syed Naquib Al-Attas dan ilmuwan lain.

    Di pentas sebuah pesta yang kadang-kadang hilang semangat bukunya, seorang pemimpin negara berbicara tentang budaya ilmu. Ini wajar kita syukuri.

    Empat kaki buku

    Rasa syukur itu terlebih dahulu saya rasa apabila melihat barisan VIP yang duduk di hadapan pentas. Selain Anwar, ada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

    Mereka ini, sekali imbas, kita tahu jenis banyak baca buku. Dua kali imbas, memang sah jenis yang membaca dan menggerakkan aktiviti berkaitan buku.

    Keempat-empatnya ada legasi tentang buku dan ilmu, selain menjadi pemimpin dan ahli politik.

    Dah lama rasanya kita tak ada sebaris pemimpin yang ramah pada buku.

    Pisau dua mata

    Selepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar, Anwar mula membuka syarah ringkasnya tentang maklumat, ilmu dan hikmah.

    Beliau menerangkan, bahawa maklumat boleh jadi pisau dengan dua mata — yang baik yang buruk, yang makruf yang mungkar, yang memperkukuh iman yang menyesatkan.

    “Maklumat itu perlu ditentukan sama ada berharga atau tidak. Ada perbezaan, bukan semua maklumat itu ilmu.

    “Ilmu (juga) ada yang memberi manfaat, ada yang tidak. Kita kena latih anak-anak untuk membaca, mencintai ilmu untuk tahu mana maklumat, mana ilmu, mana hikmah (wisdom),” katanya ketika merasmikan PBAKL pada 30 Mei.

    Ia sesuatu yang mencerah dan turut disulam ketegasan bahawa dalam ranah keilmuan seperti membaca buku juga boleh timbul kekeliruan.

    Hikmah yang tertinggi pastinya kemampuan untuk menyaring masukan dalam fikiran, sama ada ia maklumat yang ada harga, yang boleh dikembang menjadi ilmu atau sekadar bunyi bising yang membingitkan.

    Yang picisan

    Sebab sebelum syarah itu, ketika mengumumkan baucar buku, Anwar menyentuh kewujudan buku picisan.

    Kata beliau, amalan terdahulu membiarkan baucar buku digunakan untuk membeli apa-apa bahan bacaan, termasuk yang picisan.

    Hasratnya, baucar buku itu akan digunakan untuk mendapatkan buku-buku yang bermanfaat. Maka, sebuah senarai syor tentang buku yang patut dibeli akan dikeluarkan.

    Ini bukanlah amalan yang sepenuhnya baik. Kerajaan yang didaktik, yang mahu menentukan apa yang patut dibaca berpotensi jadi autokratik. Malah, kalau tak terkawal, ia boleh merencatkan perkembangan ilmu dan bacaan.

    Paling tak seronok, gerakan melobi antara penerbit akan bermula. Dalam apa-apa hal yang melibatkan perkataan lobi, yang miskin dan kecil akan selalu kalah.

    Namun, untuk bersangka baik, ia sekadar syor. Tiada paksaan.

    Melawan keliru

    Berita kembalinya baucar buku ialah satu rahmat. Jumlahnya lebih kecil (sebab kerajaan kena tanggung hutang besar, kata Perdana Menteri) tapi ia tetap wajar diraikan.

    Baucar buku pernah menjadi penggalak industri buku yang mujarab dan berkesan. Sehinggalah seorang pemimpin pelajar berdegar-degar minta kerajaan tukarkannya kepada kad tunai yang boleh diguna untuk beli benda lain selain buku.

    Industri buku sedang ada momentum. Kata Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd. Khair Ngadiron, jumlah pengunjung pesta itu setakat Khamis meningkat 19 peratus berbanding tahun lalu.

    Jumlah pengunjung sudah hampir dua juta dengan baki tiga hari pesta. Menurut Perdana Menteri pula, walaupun tidak menyebut data, jumlah pembelian juga meningkat.

    Baucar buku akan menggalakkan lagi pembelian dan harapnya, pembacaan. Ini diperlukan dalam dunia yang semakin penuh dengan kekeliruan dan kesamaran.

    Dengan buku dan bacaan, kefahaman terhadap maklumat, ilmu dan hikmah menjadi lebih mapan. – RELEVAN

    Previous ArticleKerap menggosok mata, pemuda ini jalani pemindahan kornea
    Next Article Awas serangan jantung, punca kematian mengejut

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.