Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ringkasan laporan analisis keputusan SPM 2023

    Ringkasan laporan analisis keputusan SPM 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 27, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGARAH Pendidikan Negeri Perak, Mohamad Fauzi Mahson, menunjukkan buku laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2023. - GAMBAR UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAF

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya, baik dari segi jumlah pelajar cemerlang mahupun Gred Purata Nasional (GPN). 

    Seramai 11,713 calon mencatatkan keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 10,109 calon pada 2022.

    GPN juga lebih baik – 4.60 untuk SPM 2023 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A

    Untuk gambaran yang lebih komprehensif, Relevan membaca keseluruhan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei.

    Berikut merupakan ringkasan daripada laporan tersebut.

    Daftar calon

    Seramai 395,924 calon telah mendaftar untuk SPM 2023. Bilangan tersebut berkurang 1.9 peratus atau 7,713 calon berbanding SPM 2022, iaitu seramai 403,637 calon.

    Daripada keseluruhan calon berdaftar, 383,685 orang merupakan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran. Daripada jumlah itu, 373,525 telah hadir dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

    Analisis dalam laporan yang diterbitkan Kementerian Pendidikan ini adalah berdasarkan 373,525 calon tersebut, tak termasuk calon mengulang.

    Petugas peperiksaan dan pemeriksa

    Seramai 129,653 petugas peperiksaan telah dilantik untuk SPM 2023 dengan pecahan berikut:

    • 34,879 petugas terlibat mengendalikan Ujian Amali Sains
    • 46,294 petugas terlibat mengendalikan Ujian Mendengar dan Peperiksaan Bertulis
    • 48,462 petugas terlibat mengendalikan Ujian Bertutur

    Pemeriksaan skrip jawapan pula melibatkan 27,309 pemeriksa dan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem LPSkor, kecuali mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

    Pengiktirafan antarabangsa

    Kementerian Pendidikan turut mendapatkan khidmat pakar dari badan pentaksiran luar negara bagi memastikan SPM 2023 mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    Pakar pentaksiran luar negara yang terlibat tahun ini adalah dari Cambridge University Press and Assessment dan Institute of Accountants and Bookkeepers (IAB) dari United Kingdom serta Victorian Curriculum and Assessment Authority (VCAA), Australia.

    Pakar pentaksiran tersebut memberikan khidmat konsultasi dalam pembinaan item serta penentuan standard pensijilan SPM 2023.

    Gred Purata Nasional

    SPM 2023 ialah kali ketiga peperiksaan itu dijalankan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan format baharu, yang kedua-duanya diperkenalkan pada SPM 2021.

    Dalam tempoh tiga tahun itu, SPM 2023 mencatatkan GPN terbaik (lebih rendah nilai, lebih baik pencapaian), iaitu dengan GPN 4.60 berbanding 4.74 pada 2022 dan 4.86 pada 2021.

    Gred purata mengikut lokasi

    Jurang pencapaian calon bandar dengan luar bandar kekal pada 0.43 mata, walaupun kedua-dua kategori menunjukkan peningkatan.

    Gred purata calon luar bandar adalah yang terbaik sejak 2021, dengan 5.01 mata berbanding 5.16 pada 2022 dan 5.30 pada 2021.

    Hal sama untuk calon bandar yang mencapai 4.58 mata pada 2023, berbanding 4.73 pada 2022 dan 4.84 pada 2021.

    Pensijilan SPM

    Bermula 2013, calon perlu sekurang-kurangnya lulus dua mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat sijil SPM. 

    Pada 2023, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat kepada 93.5 peratus berbanding 91.6 peratus pada 2022. Ia merupakan pencapaian terbaik sejak 2013.

    Pencapaian calon

    Sebanyak 60.6 peratus atau 226,358 daripada 373,525 calon mendapat keputusan lulus semua mata pelajaran. Jumlah tersebut meningkat berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada 2022.

    Apabila diperincikan, kategori calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus adalah yang terbanyak, iaitu 35.2 peratus diikuti calon yang sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran sebanyak 32 peratus.

    Statistik penuh dapat dilihat dalam rajah di bawah:

    Pensijilan calon berkeperluan pendidikan khas

    Seramai 1,726 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) menduduki SPM 2023. Daripada jumlah tersebut, 78.9 peratus CBPK layak memperoleh sijil SPM, lebih tinggi berbanding 75.8 peratus pada 2022.

    Nilai tambah pensijilan SPM

    Selain daripada pelaporan pencapaian dalam bentuk sijil SPM, calon turut menerima pelaporan dan pensijilan tambahan melalui mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

    Berikut merupakan contoh pelaporan tambahan yang akan diterima calon:

    • Bahasa Inggeris

    Kecekapan berbahasa calon dilaporkan dalam bentuk Pernyataan Keputusan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. 

    Pelaporan tersebut memaparkan pencapaian calon dalam keempat-empat kemahiran berbahasa yang diukurnya, iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur berdasarkan tahap Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) – piawaian antarabangsa untuk kebolehan berbahasa.

    • Prinsip Perakaunan

    Calon ditawarkan sijil IAB LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts daripada London Chamber of Commerce and Industry (LCCI).

    Sijil tersebut memberikan peluang kepada calon yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang simpan kira dan perakaunan serta memberi nilai tambah dalam pasaran pekerjaan.

    • Hifz Al-Quran

    Calon akan menerima sijil Tahfiz KPM jika berjaya menghafal kesemua 30 juzuk al-Quran. 

    Penganugerahan sijil tersebut merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 2018.

    Calon-calon yang memiliki sijil Tahfiz KPM berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Darul Quran dan institusi lain yang bersesuaian. – RELEVAN

    featured keputusan SPM pendidikan sekolah spm SPM 2023
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.