Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Farouk bakal dibuang sekolah kerana tonsurephobia

    Farouk bakal dibuang sekolah kerana tonsurephobia

    By Zubaidah IbrahimMay 23, 2024Updated:May 23, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FAROUK mengalami tonsurephobia yang menyebabkannya takut untuk menggunting rambut.- FOTO FAROUK JAMES MODELLING/FACEBOOK

    SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun yang tidak pernah memotong rambut sepanjang hidupnya telah disahkan mengalami tonsurephobia iaitu ketakutan yang tidak terkawal ketika rambut dipotong.

    Oleh kerana gangguan tonsurephobia, budak lelaki bernama Farouk James itu berdepan masalah besar iaitu dibuang sekolah kerana dianggap melanggar peraturan – tidak boleh berambut panjang di sekolah.

    Farouk yang berimej unik dengan rambut panjang yang cantik dan lebat itu telah diikuti seramai 250,000 di Instagram.

    Rentetan daripada desakan pihak sekolah, keluarganya telah menghantar nota doktor ke sekolah tersebut untuk membuktikan bahawa Farouk mengalami tonsurephobia, tetapi mereka tidak mahu menerima alasan tersebut dan berkeras mempertahankan peraturan tersebut.

    “Saya mempunyai tonsurephobia dan juga narcolepsy yang bermakna saya mudah tidur nyenyak dan kedua-duanya terikat bersama.

    “Saya boleh bermimpi ngeri rambut saya dipotong.

    “Pihak sekolah tidak percaya akan kekacauan yang bakal saya hadapi jika memotong rambut, sebaliknya mengatakan saya membuat alasan,” kata Farouk kepada Sky News Kids’ Show FYI.

    Sementara itu, Ibunya, Bonnie Miller berkata, anaknya telah cuba pergi ke sekolah dengan membuat rambut jalingan kecil (braids) tetapi itu tidak boleh diterima kerana ia dilarang di sekolah London.

    Disebabkan tidak mematuhi peraturan kerana berambut panjang, remaja itu sudah beberapa kali didenda, malah mungkin akan dibuang sekolah.

    “Saya telah didenda kerana isu rambut baru-baru ini. Hukuman pertama ialah penahanan setengah jam, kemudian penahanan satu jam, kemudian pada hari Jumaat baru-baru ini saya ditahan selama dua jam.

    “Tindakan tersebut jelas akan membawa kepada pengasingan, penggantungan dan akhirnya dibuang,” ujarnya.

    Ibu Farouk berkata, dia mengetahui peraturan sekolah sebelum mendaftarkan anaknya di sana, tetapi beranggapan pihak sekolah akan memberi pengecualian atas alasan perubatan.

    Tetapi sebaliknya terjadi, guru besar memaklumkan bahawa anaknya akan dibuang sekolah melainkan rambutnya dipotong kerana tonsurephobia tidak diiktiraf sebagai fobia.

    “Saya telah berusaha untuk menggunting rambutnya tetapi gagal.

    “Anak saya suka ke sekolah dan saya sangat menghargai pendidikan yang dia dapat di sana,” kata Miller

    Ibu bapa Farouk berusaha sebaik mungkin dengan menghantar remaja itu untuk menjalani psikoterapi bagi mengatasi fobia tersebut.

    “Kami sanggup melakukan apa sahaja demi memastikannya dapat bersekolah dengan tenang dan seronok.

    “Farouk  telah memberitahu saya bahawa hidupnya tidak akan bernilai jika rambutnya dipotong,” tuturnya.

    Miller berkata, dia juga ada merakam kelakuan Farouk ketika dibawa ke kedai gunting rambut dan menghantarnya ke sekolah sebagai bukti.

    Ujar wanita itu, dia sudah buntu untuk memujuk pihak sekolah agar memberi kelonggaran kepada anaknya.- RELEVAN

    Previous Article5 kesilapan kewangan, No.5 ramai orang buat
    Next Article Misi PAKARESUME mahu bantu pencari kerja dapat tawaran pekerjaan

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.