Facebook Twitter
    Trending
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10% daripada populasi Malaysia merupakan penduduk bukan warganegara

    10% daripada populasi Malaysia merupakan penduduk bukan warganegara

    By May 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERAMAI 3.4 juta penduduk bukan warganegara direkodkan di Malaysia pada suku pertama 2024. - GAMABR HIASAN/UTUSAN

    PENDUDUK Malaysia pada suku pertama 2024 dianggarkan 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

    Peningkatan paling ketara ditunjukkan pada jumlah penduduk bukan warganegara yang meningkat kepada 3.4 juta berbanding 2.8 juta pada suku sama 2023.

    Dengan peningkatan tersebut, penduduk bukan warganegara kini merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada keseluruhan 34 juta penduduk Malaysia, bilangan penduduk lelaki adalah sebanyak 17.8 juta manakala penduduk perempuan sebanyak 16.1 juta.

    Kata beliau, secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina penduduk warganegara ialah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

    “Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada suku pertama 2024. Penduduk Cina, India dan bumiputera lain kekal pada 22.6 peratus, 6.6 peratus dan 12.2 peratus.

    “(Pecahan) Bumiputera Sabah merangkumi Kadazan/Dusun (2.1 peratus), Bajau (1.8 peratus), Murut (0.3 peratus) manakala Bumiputera Sarawak merangkumi Iban (2.4 peratus), Bidayuh (0.7 peratus) dan Melanau (0.4 peratus),” katanya dalam kenyataan pada 14 Mei.

    Dari segi umur pula, penduduk muda (0 hingga 14 tahun) dan umur bekerja (15 hingga 64 tahun) masing-masing meningkat daripada 7.5 juta dan 23.2 juta pada suku pertama tahun lalu kepada 7.7 juta dan 23.8 juta.

    Komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula kekal tidak berubah pada 2.5 juta.

    Kelahiran hidup

    Jelas Mohd. Uzir, jumlah kelahiran hidup di Malaysia pada suku pertama 2024 merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus (106,386 kelahiran) berbanding 117,413 kelahiran pada suku sama tahun lalu.

    Kata beliau, secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi bagi setiap jam dan 1,182 bayi dilahirkan sehari pada suku pertama tahun ini.

    “Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639.

    “Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi, iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan  dengan 323 kelahiran (0.3 peratus).

    “Ibu berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi, iaitu 55,864 (52.5 peratus) pada suku tahun ini, diikuti ibu berumur 20 hingga 29 tahun (40 peratus), 40 tahun dan lebih (enam peratus) serta kurang daripada 20 tahun (1.5 peratus),” katanya.

    Menurut Mohd. Uzir, kaum Melayu menyumbang 68.8 peratus (73,136 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2024. Kelahiran hidup bagi kaum Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.8 peratus dan 3.7 peratus. Bumiputera lain pula merekodkan peningkatan kepada 12.7 peratus.

    Statistik kematian

    Sebanyak 47,964 kematian telah direkodkan pada suku pertama 2024, penurunan sebanyak 1.5 peratus berbanding suku pertama 2023.

    Secara purata, satu kematian direkodkan pada setiap dua minit manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 533 kematian sehari pada suku pertama tahun ini.

    “Bilangan kematian bagi lelaki ialah 27,434 manakala terdapat 20,530 kematian bagi perempuan.

    “Pada tempoh sama, Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi, iaitu 7,730 kematian (16.1 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian (0.1 peratus).

    “Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian (71 peratus), diikuti umur 41 hingga 59 tahun (19.8 peratus), umur 15 hingga 40 tahun (tujuh peratus) dan umur 0 hingga 14 tahun (2.2 peratus),” kata Mohd. Uzir.

    Jelas beliau lagi, pada suku pertama 2024, Melayu menyumbang 51.4 peratus (24,667 kematian) daripada keseluruhan jumlah kematian.

    “Kematian bagi Cina meningkat kepada 27 peratus berbanding 26.1 peratus pada suku pertama 2023.

    “Sementara itu, jumlah kematian bagi India kekal tidak berubah pada 8.5 peratus manakala kematian bagi bumiputera lain menurun kepada 10.4 peratus,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article5 hotel lapangan terbang terbaik di dunia untuk dijadikan destinasi percutian anda
    Next Article 8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, tertinggi sejak 2018

    Artikel berkaitan

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.