Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perkahwinan dan kewangan: Urus kewangan selepas berkahwin

    Perkahwinan dan kewangan: Urus kewangan selepas berkahwin

    By Umi FatehahMay 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Isu kewangan bagi sebelum berkahwin dan selepas berkahwin lain ragamnya. - GAMBAR HIASAN JOSHUA CHUN/UNSPLASH

    SEBELUM ini, Relevan sudah perincikan isu kewangan dalam kalangan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Dalam artikel kali ini, kita bincangkan pula isu kewangan bagi pasangan sudah berkahwin.

    Isu kewangan bagi sebelum berkahwin dan selepas berkahwin lain ragamnya. Kalau sebelum berkahwin anda dan pasangan perlu berhempas pulas untuk mencukupkan wang hantaran, majlis dan sebagainya. 

    Selepas kahwin lagi banyak yang perlu difikirkan. Antaranya ialah:

    1. Perlu gabungkan simpanan atau tidak

    Tidak ada cara yang betul atau salah untuk menguruskan kewangan sebagai pasangan suami isteri. Apa yang penting ialah wujudkan sistem yang sesuai untuk kedua-dua pihak dan berkomunikasi secara terbuka tentang pengurusan wang.

    Pasangan mungkin mempertimbangkan untuk membuka akaun bersama (joint account), menghubungkan akaun simpanan peribadi atau kekal dengan simpanan berasingan. Ini adalah keputusan bersama, jadi pertimbangkan pilihan yang tidak mengguris hati mana-mana pihak.

    1. Kemas kini perlindungan insurans dan senarai waris

    Ini untuk memastikan jika kecemasan berlaku, anda dan pasangan bersedia dari segi kewangan.

    • Insurans hayat

    Jika anda belum mempunyai insurans hayat, sudah tiba masanya untuk anda melanggannya demi masa depan. 

    Tiada siapa pun yang suka memikirkan perkara buruk lebih-lebih lagi berkaitan ajal maut, tetapi perkara ini harus dibincangkan agar jika si suami meninggal dunia, si isteri tidak terkontang-kanting tanpa wang simpanan yang mencukupi untuk membesarkan anak-anak.

    • Insurans kesihatan

    Jika majikan salah seorang anda memberi perlindungan insurans untuk pasangan, rujuk dengan mereka untuk mengetahui apakah maklumat yang diperlukan untuk melaksanakannya. 

    Sekiranya masing-masing mempunyai insurans kesihatan melalui majikan, anda boleh melihat polisi dan melihat siapa yang mempunyai polisi yang lebih baik.

    1. Hibah

    Dalam perundangan Islam, konsep hibah dan faraid sangat penting dalam urusan pewarisan dan pemberian. Hibah merujuk kepada pemindahan harta atau aset secara sukarela sebagai hadiah, manakala faraid merujuk kepada peraturan pewarisan Islam.

    Hibah pada asasnya adalah satu pemberian tanpa mengharapkan balasan. Ia membolehkan seseorang memindahkan kekayaan atau aset mereka kepada individu atau entiti lain sepanjang hayat mereka. 

    Perbuatan hibah dianggap sebagai perbuatan mulia dalam Islam di samping mempromosikan kebajikan, belas kasihan dan perkongsian harta. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa hibah mesti dibuat secara rela dan tanpa sebarang paksaan atau motif tersembunyi.

    Walaupun hibah membenarkan individu untuk menghadiahkan harta mereka sepanjang hayat mereka, adalah penting untuk memahami bahawa ia tidak sepatutnya bercanggah dengan prinsip faraid. 

    1. Tetapkan matlamat kewangan bersama

    Menetapkan matlamat kewangan bersama-sama adalah tentang angan dan impian kehidupan masa depan. Sama ada untuk bercuti, membeli rumah atau membuka syarikat bersama, bincang baik-baik bersama pasangan masing-masing.

    Sebaik sahaja anda mempunyai matlamat, rancang langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai impian. Walaupun beberapa matlamat ini mungkin mengambil masa untuk direalisasikan, sekarang adalah masa untuk mula rancang kewangan ke arah impian. – RELEVAN

    Previous ArticleMengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 1)
    Next Article Kekaboo Kaseh Charity salur bantuan mingguan, infak 5,000 kampit beras

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.