Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar diabetes rakyat Malaysia tertinggi di Asia, pakar kongsi cara pemakanan

    Kadar diabetes rakyat Malaysia tertinggi di Asia, pakar kongsi cara pemakanan

    By April 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR diabetes di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan.

    SATU daripada lima orang dewasa di Malaysia didiagnosis menghidap diabetes. 

    Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, kadar diabetes di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan.

    Jika dibiarkan akan meningkat daripada 3.9 juta pada 2019 kepada tujuh juta orang pada 2025. 

    Kira-kira 34.38 peratus (%) daripada penduduk negara mencapai paras gula dalam darah tinggi (HbA1c) melebihi 6.5%, yang merupakan ambang untuk mendiagnosis diabetes.

    Namun, itu bukan satu-satunya kebimbangan kita. Laporan Pendaftaran Diabetes Kebangsaan 2013-2019 mencatatkan peningkatan komplikasi berkaitan diabetes seperti amputasi (amputation), buta (retinopati diabetik), mati pucuk dan penyakit buah pinggang.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kelaziman diabetes telah meningkat secara mendadak. Walaupun diabetes jenis 2 (dahulunya dikenali sebagai permulaan diabetes dewasa dan mewakili lebih daripada 95% kes diabetes) tetapi kini lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.

    Ketua Fakulti Kesihatan Populasi di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI), Profesor Edward Gregg berkata, adalah penting untuk memahami epidemiologi diabetes yang dinamik dengan pasang surut global yang menunjukkan kisah kejayaan dan ruang untuk penambahbaikan. 

    “Sebagai contoh, di antara tahun 1960 dan 1980, terdapat trend menaik yang jelas dalam penyakit diabetes dengan peningkatan risiko komplikasi. 

    “Sebagai tindak balas, peningkatan dalam kualiti penjagaan membantu mengurangkan kedua-dua kejadian diabetes dan komplikasi yang berkaitan dengannya pada tahun-tahun berikutnya,” terangnya.

    Menjelaskan lebih lanjut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU) Profesor Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, walaupun trend penjagaan kesihatan global memberikan petunjuk yang baik, namun kebanyakan penyelidikan sedia ada mengenai diabetes adalah berdasarkan populasi Barat. 

    “Oleh sebab itu, hasil kajian ini secara langsung tidak ditafsirkan sebagai diet, genetik, budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia. 

    “Bukan itu sahaja, memandangkan kurangnya kajian jangka panjang dan membujur di Malaysia dan banyak negara Asia lain, maka kebanyakan garis panduan yang ditetapkan untuk pencegahan dan pengurusan diabetes juga berdasarkan demografi Barat.

    “Memandangkan diet Asia mengandungi lebih banyak makanan kaya karbohidrat dalam bentuk nasi, mi dan roti, penyelidik melihat perbezaan utama antara diet dan fisiologi Barat dan Asia,” katanya.

    Tambah beliau, hasil kajian mereka mendapati makanan terutamanya gula dan karbohidrat ringkas, mempengaruhi tahap glukosa darah secara berbeza di antara orang keturunan Kaukasia dan Asia. 

    Tindak balas glisemik pula lebih tinggi dalam kalangan orang Asia berbanding orang Kaukasia selepas mengambil jumlah karbohidrat yang sama.

    “Walaupun paras glukosa darah meningkat selepas makan adalah normal, insulin membantu mengawal paras glukosa dalam darah. Walau bagaimanapun, mereka yang menghidap diabetes mengalami tahap glukosa darah yang sangat tinggi kerana insulin yang tidak mencukupi atau berkurangan.

    “Memandangkan Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia, adalah penting untuk melihat dengan lebih mendalam lagi rangkaian genetik, budaya, gaya hidup dan pemakanan yang saling berkaitan yang mempengaruhi perkembangan diabetes di Malaysia,” ujarnya yang juga Penyiasat Utama Kohort Diabetes Seremban (SeDia).

    SeDia) ialah kajian membujur pertama Malaysia mengenai diabetes yang bertujuan memberikan pandangan penting dan menghasilkan data yang lebih relevan kepada penduduk tempatan.

    Dalam pada itu, wajar untuk rakyat Malaysia membuat beberapa perubahan dalam tabiat pemakanan mereka bagi mengurus kesan budaya makanan berkarbohidrat dengan lebih baik.

    Penasihat Kanan Majlis Penyelidikan Bioperubatan (BMRC) di A*STAR, Profesor Dr. Christiani Jeyakumar Henry memberitahu, terdapat bukti yang jelas bahawa perubahan kecil pada urutan dan masa pengambilan karbohidrat boleh membantu menguruskan tindak balas glisemik seterusnya. 

    Antaranya adalah seperti berikut:

    • Bersarapanlah seperti seorang raja, makan tengah hari seperti putera raja dan makan malam seperti orang miskin. Secara ringkasnya, makan sarapan pagi yang lazat dan makan malam yang rendah karbohidrat lebih awal untuk menguruskan paras gula darah dengan lebih baik sepanjang hari.
    • Makan makanan berkarbohidrat kemudian. Makan sedikit sayur-sayuran dan protein sebelum karbohidrat boleh membantu mengawal tindak balas glisemik badan. Begitu juga asid amino yang terdapat dalam pati ayam. Boleh dimakan 30 minit sebelum hidangan kaya karbohidrat dan mempunyai kesan yang sama.
    • Luangkan masa anda ketika makan. Suapan kecil memberi impak besar kepada paras gula dalam darah. Daripada memenuhkan sudu anda, cuba gunakan penyepit makanan.

    – RELEVAN

    Previous ArticleHidup untuk tumbuh atau cukup?
    Next Article Kawal nafsu shopping sebelum pokai

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.