Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lagu raya pilihan 6 penyanyi wanita generasi baharu

    Lagu raya pilihan 6 penyanyi wanita generasi baharu

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 8, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LAGU raya pilihan (dari kiri) Lisa Fuad, Ilmare, Aishah judos, Syiqin Azln, Fatin Faizal dan Heidi Moru.

    PUASA 27 Ramadan saya dibuka dengan artikel “5 evergreen Aidilfitri songs chosen by Malaysian artistes” yang ditulis oleh Terence Toh di portal Free Malaysia Today.

    Dalam artikel tersebut, Terence mendapatkan pandangan lima seniwan, iaitu Leaism, Fuad Alhabshi  (Kyoto Protocol), Jack Malik (penyajak), Bihzhu dan Azmyl Yunor tentang lagu raya kegemaran mereka.

    Kelima-lima seniwan itu kegemaran saya tetapi yang lebih penting, idea mengorek pandangan tentang produk seni oleh seniwan sendiri itu baik dan patut digalakkan.

    Oleh itu, dengan sisipan maaf buat Terence, saya mahu lanjutkan idea itu dalam artikel ini. Cuma saya memilih kelompok yang lebih spesifik, iaitu penyanyi wanita baharu dan muda.

    Saya berjaya kumpulkan enam penyanyi kesemuanya dan ini lagu raya kegemaran mereka.

    • Aishah judos memilih P. Ramlee

    Kalau sebut lagu raya oleh P. Ramlee, yang paling ikonik pastinya Dendang Perantau. Tetapi Aishah, vokalis kugiran pop dari Johor, judos lebih sukakan Suara Takbir.

    Bagi Aishah, Suara Takbir membawanya melawat memori hari raya — ayahnya yang suka menyanyikan lagu itu di pagi raya, persekitaran rumah datuknya yang redup dan sejuk.

    “Baris awal liriknya juga sudah puitis. ‘Dengar beduk berbunyi / sayup bergema di subuh sunyi’ dan ‘suara azan mengalun / terdengar sayup memecah sunyi’; dua baris ini sudah cukup menggambarkan suasana nostalgik dari malam raya, menunggu subuh sehingga ke pagi raya,” katanya.

    Dengarkan lagu judos di sini:

    • Trek klasik untuk Syiqin Azln

    Antara lagu paling kerap diputar pada hari raya, Suasana Hari Raya oleh Sharifah Aini merupakan lagu raya kegemaran penyanyi-pencipta, Syiqin Azln.

    Alasan terbesar Syiqin: kenangan. Kongsinya, setiap kali Aidilfitri, dia bersama sepupu-sepapat akan menari dan menyanyi lagu dendangan biduanita itu.

    “Detik lagu itu bermula, kami akan gerakkan badan mengikut melodi.

    “Jadi, setiap kali hari raya, saya teruja nak nyanyikan lagu ini bersama keluarga besar saya. Kadang-kadang nyanyi waktu dalam perjalanan berziarah atau ketika menghabiskan masa di kampung,” katanya.

    Dengarkan lagu Syiqin Azln di sini: 

    •  Ilmare pilih berbeza

    Penyanyi Sabah yang semakin dikenali, Ilmare mengaku sukar untuk jatuh suka pada mana-mana lagu raya sehinggalah dia diperkenalkan dengan lagu Sinar oleh Noh Salleh.

    “Tak silap lagu ini diterbitkan pada 2015. Lagu ini macam indo pop dan liriknya tak klise.

    “Lagu ini lagu raya yang paling lain dari yang lain. Dengar waktu bukan hari raya pun dah best, apatah lagi waktu raya,” katanya.

    Kata Ilmare, dia sangkut pada lagu Sinar selepas mendengar lirik “bersalaman erat / redup dari barat”.

    Dengarkan lagu Ilmare di sini: 

    • Bagi Lisa Fuad, lagu Saloma sangat istimewa

    Penyanyi FUAD, Lisa Fuad memilih lagu yang paling berkesan membangkitkan nostalgianya, iaitu Selamat Hari Raya oleh Saloma.

    Kata Lisa, intro lagu yang ikonik buat dia teruja, gembira dan nyanyian rangkap pertama oleh biduanita Saloma buat dia mahu menari.

    “Ada semangat ‘lagu kem’ yang hanya ada pada lagu yang kedengaran lebih sedap apabila dinyanyikan beramai-ramai.

    “Lagu ini membangkitkan nostalgia kekeluargaan, terutamanya sebab ada guna suara budak kecil tergelak dan sifat suara Saloma sendiri yang nakal tetapi mesra,” katanya.

    Dengarkan lagu FUAD di sini:

    • Heidi Moru pilih yang baharu

    Bagi Heidi Moru, dia mahu dengar lagu raya yang boleh membawanya melawat memori-memori manis sambutan Aidilfitri. Lagu terbaharu Megat Fazly dan Teman Lelaki ada kekuatan itu.

    Raya Penuh Hikmah yang baru dilancarkan pada 3 April lalu disifatkan sebagai bijak oleh Heidi dan dia sangat menghargai karya yang sebegitu.

    “Sangat sedap, ia boleh kembalikan perasaan pada awal pagi raya di kampung. Rasa tenang dan berserah,” katanya.

    Dengarkan lagu Heidi Moru di sini: 

    • Fatin Faizal kenang raya yang dulu

    Penyanyi-pencipta, Fatin Faizal memilih lagu Bila Hari Raya Menjelma oleh Siti Nurhaliza yang baginya mengandungi banyak pesanan dalam rangkap-rangkap lirik yang puitis.

    Bagi Fatin, setiap kali mendengar lagu tersebut, hatinya tersentuh dengan aneka perasaan — ada yang menggembira, ada yang menyedihkan.

    “Lagu ini mengingatkan saya kepada hari raya yang dahulu. Zaman sebelum gajet, masing-masing bertukar kad raya atau berbalas ucapan hari raya melalui SMS.

    “Dulu kita berkumpul dengan sepupu-sepapat sambil kira duit raya sama-sama atau main bunga api. Sekarang dah susah nak dapat semula detik itu,” katanya.

    Dengarkan lagu Fatin Faizal di sini:

    – RELEVAN

    Previous ArticlePakar dietetik kongsi 7 tip elak makan berlebihan ketika raya
    Next Article Kadar pengangguran Februari kekal 3.3%, bilangan penganggur terus berkurang

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.