Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Naim yang hanya mahu beraya dengan tenang

    Naim yang hanya mahu beraya dengan tenang

    By April 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAK bolehkah Naim beraya tanpa gurau-ejek saudara-mara? - GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI (Relevan)

    PADA usia 31 tahun, dahi Naim sudah jelas menunjukkan huruf M. Ubun-ubunnya juga semakin melapang.

    Waktu berseorang dalam bilik air, di hadapan cermin, Naim cuba suntik keyakinan. “Ini garis rambut gaya Bezita,” gumamnya dalam hati tapi keyakinan Naim akan berkecai semula sepulangnya dia ke kampung untuk menyambut Aidilfitri nanti.

    Pak Long – yang sah-sah tak kenal siapa itu Bezita – akan menyindir, kata otak Naim terlalu besar sebab itu dahinya semakin tahun semakin hilang rambut. Kemudian perut Naim ditepuk-tepuk.

    “Entah-entah otak besar dia dah jatuh sikit ke perut, sebab tu besar macam orang kena busung!” Pak Long bergurau dan guraunya akan disambut gelak sepupu Naim yang lain.

    Naim tak boleh buat apa-apa sebab manusia sepertinya tiada keyakinan diri. Setiap kali keyakinan cuba dibangun, ia meruntuh mendadak kerana cakap-cakap orang sekitar. Paling perit pastilah Aidilfitri. Ia semacam sebuah perhimpunan manusia-manusia yang akan mengata Naim.

    Dari rambut M, perut busung, gaji kecil, bujang terlajak – modal untuk menjadikan Naim bahan komedi macam tidak pernah terputus. Naim okay tapi dia mahu rayanya lebih tenang. Raya sebegini tidak tenang.

    Perut yang memboyot juga bermakna Naim perlu jaga makan, berperang dengan lemak, gula dan kolesterol jahat yang datang dalam bentuk lemang, ketupat palas, rendang berminyak dan oren botol.

    Ada tahun yang Naim bersujud lama dalam witir pada 10 malam terakhir, memohon supaya Tuhan tangguhkan Aidilfitri tahun ini. Beri dia ruang untuk berehat dan membaiki hidup sebelum menghadap hari raya yang bagi dia, tak ubah seperti pesta makan hati. 

    Dia berfikir tentang kesihatan fizikalnya – sebab gemuk, dia sering diberi amaran tentang sakit-sakit yang boleh sebabkan kematian mendadak – dan lebih kerap lagi, dia fikir tentang kesihatan mentalnya.

    Dia tak pernah dapat amaran tentang sakit mental. Ini sakit halimunan yang asing untuk sebahagian besar anggota keluarga jauhnya. Sebab itu dia boleh diejek-ejek dan ditonyoh-tonyoh dengan soalan yang tidak menyenangkan.

    “Kau tak bersenam ke, Naim?” “Carilah kerja gaji tinggi sikit, Naim. Sampai bila nak hidup cukup makan?” “Kau kerja teruk sangat tapi gaji tetap sikit. Sebab itu tak kahwin sampai sekarang.”

    Sebagai manusia kurang keyakinan diri, Naim tidak menyalahkan ahli keluarga yang selalu melukakan hatinya. Sebab Naim bersyukur mereka masih mahu bertegur sapa dan menerima dia sebagai ahli keluarga. Rendah diri Naim menumbuhkan toleransi yang tinggi kepada manusia sekitar.

    Tapi jarum-jarum tajam yang menikam otaknya dan mancis-mancis panas yang melecur hatinya tetap ada. Dia terima kata-kata orang tapi dia tak mampu memerisai otak dan hatinya dari terluka.

    Hujung minggu ini, Naim akan mengemas beg untuk pulang ke kampung. Dia gembira mahu sambut Aidilfitri tapi dalam setiap hal yang digembirakannya, akan terselit doa supaya raya tahun ini lebih tenang.

    Naim hanya mahu beraya dengan tenang. – RELEVAN

    Previous ArticleBeraya sambil beringat. Jangan pegang, cium anak orang sembarangan
    Next Article Pakar dietetik kongsi 7 tip elak makan berlebihan ketika raya

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.