Facebook Twitter
    Trending
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Seimbangkan kerja hakiki dan kerja sampingan dengan cara ini

    Seimbangkan kerja hakiki dan kerja sampingan dengan cara ini

    By Umi FatehahApril 3, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Seimbangkan kerja hakiki dan kerja sampingan dengan cara ini. - GAMBAR HIASAN PATRICK PERKINS/UNSPLASH

    SESETENGAH individu hari ini mempunyai dua hingga tiga kerja. Bukanlah kerana terlalu suka bekerja tetapi terpaksa demi kelangsungan hidup. 

    Kebiasaannya, mereka membuat pilihan untuk mempunyai kerja sampingan kerana gaji yang diterima daripada kerja hakiki tidak mencukupi.

    Ini realiti yang sangat menyedihkan, namun kenyataan yang tidak boleh disorok lagi. Sekiranya anda melakukan dua hingga tiga kerja demi kelangsungan hidup, ada satu perkara penting yang mungkin kita terlepas pandang, iaitu keseimbangan kerja hakiki dengan kerja sampingan.

    Keseimbangan penting kerana anda masih perlu menjalankan tanggungjawab untuk kerja hakiki, kerja sampingan pula perlu diteruskan untuk memperoleh wang sampingan. 

    Tanpa keseimbangan, anda bukan sahaja kehilangan tenaga dan masa tetapi juga matlamat utama, iaitu wang. 

    Berikut ialah cara untuk menyeimbangkan antara kerja hakiki dengan kerja sampingan.

    1. Pastikan kerja sampingan yang dilakukan selari dengan minat

    Secara realistiknya, tidak ada siapa yang sanggup melakukan perkara yang tidak disukai walaupun untuk wang. Meskipun sanggup melakukan apa sahaja demi wang, berapa lama anda boleh bertahan melakukannya?

    Seeloknya, kerja sampingan yang ingin dilakukan itu biarlah selari dengan minat. Cara paling mudah untuk memilih kerja yang bersesuaian dengan minat adalah memilih berdasarkan hobi. 

    Sebagai contoh, anda bekerja dalam bidang khidmat pelanggan sepenuh masa. Hobi anda pula adalah berkarya dalam bentuk penulisan dan reka bentuk grafik. Jadi, kerja sampingan yang bersesuaian dengan minat ialah menawarkan khidmat ghostwriting atau pereka grafik bebas.

    Selain itu, fikirkan sebab kukuh mengapa anda mahu melakukan kerja sampingan. Adakah untuk wang atau kepuasan diri? Sebab kukuh ini akan menjadi motivasi sekiranya anda mula hilang semangat.

    1. Tetapkan sempadan

    Apabila anda mempunyai kerja hakiki dan kerja sampingan, ini bermakna masa anda sangat terhad. Anda perlu jelas tentang perkara yang perlu dikorbankan seperti tidur dan kehidupan sosial.

    Kalau penat, anda tahu bila untuk berehat. Tetapi ini terpulang kepada tujuan utama anda melakukan kerja sampingan, sama ada terdesak mahukan pendapatan sampingan atau sekadar isi masa lapang sahaja.

    Anda juga perlu sedar bahawa kerja hakiki lebih penting berbanding kerja sampingan. Melainkan, anda tidak kisah sekiranya majikan kerja hakiki tiba-tiba menghantar surat buang kerja. 

    1. Susun jadual mingguan atau bulanan

    Satu lagi petua penting untuk menyeimbangkan pekerjaan sepenuh masa dengan kerja sampingan ialah menetapkan rutin mingguan atau bulanan. 

    Anda boleh menggunakan masa selepas waktu kerja hakiki tamat untuk meneruskan kerja sampingan. Ini bagi memastikan kerja sampingan tidak akan mengambil alih atau menggunakan masa yang ditetapkan untuk kerja hakiki.

    Tambahan pula, beberapa majikan di Malaysia menetapkan peraturan bahawa pekerjanya tidak dibenarkan melakukan tugasan luar pada waktu bekerja. 

    Jadi, anda dinasihatkan untuk menggunakan masa pada waktu malam untuk fokus kepada kerja sampingan. Kaedah ini juga membolehkan anda memaksimumkan produktiviti pada mana-mana masa lapang.

    Paling penting, tetapkan waktu untuk berehat juga agar anda tidak tertekan sehingga burnout.

    1. Jaga kesihatan fizikal dan mental

    Kesihatan ialah perkara terpenting yang diperlukan untuk menyeimbangkan kedua-dua kerja. Sekiranya anda keletihan, tidak cukup tidur atau sakit, produktiviti akan menurun dan menimbulkan risiko dipecat daripada kerja hakiki.

    Ambil perhatian terhadap kesihatan badan. Sekiranya tidak mampu, usah dipaksa. Ambil cuti sakit atau rehat selama beberapa hari daripada kerja sampingan untuk kembali sihat dan fokus pada kerja hakiki. 

    Utamakan kesihatan fizikal dan mental berbanding sebab-sebab lain. Akan ada hari segalanya berjalan dengan lancar dan ada beberapa ketika yang membuatkan anda tertanya-tanya, mengapa jalan ini yang dipilih?

    Sekiranya usaha untuk menyeimbangkan kedua-dua kerja menjadi berat atau hampir mustahil untuk dilakukan, berehatlah. Ambil masa secukupnya dan kembali lakukan kerja sampingan apabila anda lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. – RELEVAN

    Previous ArticleKisah unik disebalik jenama To’ak, coklat termahal di dunia
    Next Article Persaingan sengit pempengaruh AI dan manusia tulen

    Artikel berkaitan

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026
    Artikel Terkini

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.