Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ramadan bukan bulan boros berbelanja, ikut 4 tip ini supaya lebih berhemah

    Ramadan bukan bulan boros berbelanja, ikut 4 tip ini supaya lebih berhemah

    By Umi FatehahMarch 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ramadan bukan bulan boros berbelanja, ikut 4 tip ini supaya lebih berhemah. - GAMBAR HIASAN SIMON INFANGER/UNSPLASH

    PERBELANJAAN ketika bulan Ramadan meningkat? Anda tidak keseorangan, pasti ramai lagi yang mengalami situasi seperti ini.

    Di samping menahan lapar dan dahaga, kita sebenarnya perlu menahan daripada terlebih berbelanja juga. Islam menyeru umatnya supaya menjauhi pembaziran dan pemborosan tidak kiralah sama ada ketika musim perayaan atau tidak. 

    Namun, ada kalanya kita terbabas dan terlebih berbelanja. Oleh itu, Relevan kongsikan empat tip untuk mengelakkan terlebih berbelanja ketika Ramadan.

    1. Tetapkan bajet

    Rancang perbelanjaan untuk Ramadan dari segi pembelian barang dapur atau perbelanjaan seharian untuk juadah berbuka puasa agar tidak berbelanja berlebihan. Seeloknya, beli barangan keperluan secara pukal kerana harganya lebih berbaloi dengan kuantiti. 

    Contoh barangan yang boleh dibeli secara pukal ialah susu kotak, telur dan makanan dalam tin. 

    Bagi yang bujang atau tidak pandai masak, mereka lebih memilih untuk membeli makanan di luar. Oleh itu, sebelum mula berbelanja di bazar tetapkan bajet dan apa yang ingin dibeli. Sebagai contoh, hadkan perbelanjaan di bazar sebanyak RM20 untuk membeli nasi, air dan martabak.

    1. Utamakan keperluan, bukan kehendak

    Makanan itu satu keperluan tetapi ia tidak bermakna kita boleh berbelanja berlebihan untuk juadah berbuka puasa. Bulan Ramadan cukup istimewa kerana adanya bazar yang menjual aneka juadah berbuka. 

    Dalam keadaan perut yang lapar membuatkan kita hilang pertimbangan dan kalau boleh semuanya mahu dibeli.

    Rata-rata luahan orang ramai di media sosial mengatakan bahawa harga makanan di bazar terlalu mahal, kualiti makanan pula tidak setara. Oleh itu, beli apa yang perlu sahaja seperti nasi dan air. 

    Bagi yang berkesempatan, masak juadah berbuka di rumah adalah jauh lebih baik berbanding membeli di bazar. Di samping tidak berbelanja berlebihan, makanan yang dimasak sendiri juga dijamin mengikut selera tekak masing-masing. 

    1. Kurangkan atau elakkan berbuka puasa di bufet mewah

    Seperti yang kita tahu, bufet Ramadan kebanyakannya menawarkan harga yang mahal. Perlu diingatkan bahawa walaupun dalam keadaan lapar selepas seharian berpuasa, anda bukannya boleh makan dalam kuantiti yang banyak dan setara dengan harga yang dibayar.

    Hal ini kerana sebenarnya perut kita hanya memerlukan makanan dalam kuantiti yang sederhana sahaja untuk berasa kenyang. Makan terlalu kenyang juga tidak baik kerana akan menyukarkan kita untuk beribadah.

    Namun, sekali sekala tidak ada salahnya untuk berbuka di bufet Ramadan. Cuma, rancang lebih awal dan hadkan berapa kali anda berbuka di hotel atau restoran untuk bufet dalam bulan ini.

    Hotel dan restoran mungkin menawarkan tawaran yang menggoda, tetapi ia masih dikira sebagai perbelanjaan yang besar berbanding berbuka di rumah dengan masakan sendiri.

    1. Teruskan menyimpan

    Apa sahaja yang dibelanjakan pada bulan ini dan hari raya akan datang, pastikan anda teruskan menyimpan. Meskipun banyak yang perlu dibelanjakan, cuba paksa diri untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji.

    Atau lebih baik, tetapkan simpanan berasingan untuk perbelanjaan menjelang Aidilfitri. Jangan lupa bahawa perbelanjaan untuk kehidupan selepas puasa dan raya juga penting. – RELEVAN

    Previous ArticleNikmat dan azab kerja 9-5
    Next Article Penjimatan ekstrem, mampu simpan RM353,887 dalam masa 2 tahun

    Artikel berkaitan

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.