Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kod Etika Wartawan Malaysia: 6 prinsip utama, 8 kod etika dan penjelasannya

    Kod Etika Wartawan Malaysia: 6 prinsip utama, 8 kod etika dan penjelasannya

    By February 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KOD Etika Wartawan Malaysia merupakan kemas kini kepada Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang digunakan sejak 1989. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KOD Etika Kewartawanan Malaysia diperkenalkan pada 1989. Selama lebih tiga dekad, ia menjadi rujukan untuk tanggungjawab wartawan, malah sebagai punca kuasa pengeluaran dan pembatalan Kad Perakuan Media (KPM) untuk petugas media.

    Merentasi zaman, perubahan-perubahan dalam dunia kewartawanan, terutamanya dalam soal teknologi menuntut pembaharuan dalam etikanya. 

    Sehubungan itu, Jabatan Penerangan tampil dengan inisiatif mengemas kini kod etika tersebut dengan penerbitan Kod Etika Wartawan Malaysia pada 20 Februari lalu.

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembaharuan kod etika tersebut telah diteliti dan diperhalus agar lebih seimbang dan relevan untuk diguna pakai oleh pengamal media semasa.

    Kata beliau, penerbitan Kod Etika Wartawan Malaysia juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada sembilan pihak, iaitu:

    • Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
    • Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
    • Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Institut Akhbar Malaysia (MPI)
    • Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ)
    • Majlis Media Malaysia (MMM)
    • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

    Kod Etika Wartawan Malaysia dibangunkan dengan dua komponen teras, iaitu enam prinsip utama dan lapan kod etika.

    Berikut Relevan senaraikannya untuk anda.

    Prinsip Utama

    Enam prinsip utama yang digariskan adalah atas kesedaran bahawa wartawan Malaysia mendukung Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip Rukun Negara dan cita-cita nasional yang terkandung di dalamnya.

    Sehubungan itu, wartawan-wartawan Malaysia harus:

    • Menyedari peranannya untuk memberi sumbangan kepada proses membina negara.
    • Menyedari kewajipannya untuk memberi sepenuh sumbangan dalam memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.
    • Menyedari pentingnya masyarakat liberal, toleran, demokratis dan peranan tradisi kewartawanan bebas dan bertanggungjawab yang berkhidmat untuk rakyat dan melaporkan fakta-fakta yang benar secara objektif.
    • Menyedari bahawa kewartawanan yang amanah adalah suatu aset kepada negara.
    • Menyedari bahawa tiada sebarang sekatan boleh diadakan bagi penyertaan seseorang dalam profesion kewartawanan.
    • Menyedari kewajipan komuniti wartawan untuk memberi sumbangan kepada penggubalan sesuatu dasar negara.

    Kod Etika

    Atas kesedaran yang digariskan dalam prinsip utama, wartawan-wartawan Malaysia perlu mempunyai tanggungjawab seperti yang tercatat dalam lapan Kod Etika Wartawan Malaysia.

    • Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dialog

    Menurut dokumen Kod Etika Kewartawanan Malaysia, media berperanan memberikan sumbangan positif dan menyiarkan maklumat dari pelbagai sudut pandang yang dapat membantu membina pemikiran masyarakat serta mendorong perbincangan yang sihat serta bersandarkan kepercayaan tentang kesedaran umum dan toleransi sivik.

    • Wartawan hendaklah telus dan berintegriti ketika menjalankan tugas

    Media bertanggungjawab membuat laporan dengan tepat dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang adil, tepat dan benar. Proses pengumpulan maklumat perlu telus, kecuali jika terdapat alasan yang kukuh atau untuk kepentingan awam.

    Jika terdapat kesalahan dalam pelaporan, permohonan maaf dan pembetulan perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan sebaran maklumat yang tidak benar.

    Selain itu, kredit harus diberikan kepada sumber asal salinan atau petikan daripada bahan yang telah diterbitkan sebelum ini, gambar atau rakaman video yang diterima daripada pihak lain, serta segala bentuk terjemahan yang digunakan oleh wartawan dalam penghasilan laporan.

    • Wartawan digalakkan berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi

    Menghormati kepelbagaian pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, kaum, etnik dan agama serta tidak bersifat prasangka, stereotaip atau prejudis semasa mendapatkan maklumat dan menyediakan laporan yang adil merupakan sifat yang perlu ada dalam diri setiap wartawan.

    Semasa menyediakan laporan, wartawan perlu memberikan peluang kepada semua pihak untuk memberikan pengesahan, penafian atau penjelasan terhadap maklumat berkaitan diri atau organisasi yang bakal diterbitkan.

    • Pemberitaan tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi

    Hubungan baik antara wartawan dengan syarikat atau pemegang taruh berkepentingan perlu mempunyai batas. Wartawan tidak boleh menerima rasuah, hadiah atau faedah yang boleh mempengaruhi laporan berita secara langsung atau tidak langsung.

    Mereka perlu menghindari konflik berkepentingan dan situasi yang membolehkan hubungan peribadi mempengaruhi pelaporan.

    • Kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak

    Media hendaklah terhindar daripada menerbitkan atau menyiarkan bahan yang tidak tepat, tidak berasas, bertujuan memperdaya atau memutarbelitkan fakta.

    Dalam hal ini, wartawan, editor dan pengamal media perlu memastikan semua maklumat disemak dengan teliti untuk memastikan ketepatannya.

    • Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber

    Wartawan perlu cakna terhadap terhadap prinsip privasi dan kerahsiaan sumber supaya keselamatan sumber tidak terancam jika hak itu tidak dihormati.

    Walau bagaimanapun, jika terdapat sebab yang kukuh atau demi kepentingan awam, media hendaklah membuat pertimbangan berdasarkan keperluan masyarakat untuk mendapatkan maklumat berbanding kemungkinan berlakunya kemudaratan terhadap sumber tersebut.

    • Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka

    Wartawan perlu membuat kawalan kendiri dengan sukarela dan bebas semasa membuat liputan.

    Walau bagaimanapun, pemahaman terhadap undang-undang dan akta di Malaysia serta Kod Tatakelakuan Media Malaysia perlu dijadikan panduan bagi memastikan kebebasan tersebut tidak disalah erti.

    • Wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan

    Perkembangan teknologi dan evolusi landskap media memerlukan wartawan berusaha meningkatkan kemahiran secara berterusan agar profesionalisme dalam bidang ini dapat dikekalkan.

    Ini termasuk meningkatkan pemahaman tentang undang-undang Malaysia yang boleh dijadikan panduan kepada wartawan untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti. – RELEVAN

    Previous Article6 intipati penting sidang akhbar Anugerah Lagu Indie 2023
    Next Article Syaza Nazura, one woman show di sebalik Kejar Kerjaya

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.