Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SK Bandar Utama Damansara (4) berjaya kumpul 1.33 tan metrik sisa plastik

    SK Bandar Utama Damansara (4) berjaya kumpul 1.33 tan metrik sisa plastik

    By February 2, 2024Updated:February 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERAMAI 910 pelajar SK Bandar Utama Damansara (4) telah menyertai program kitar semula Trash Right baru-baru ini.

    KESEDARAN rakyat Malaysia tentang kepentingan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan kesan alam sekitar semakin meningkat. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang pengasingan sisa, terutamanya yang terdiri daripada pelbagai jenis plastik, masih kurang.

    Ramai yang masih keliru tentang bahan yang boleh dikitar semula dan proses pasca pengumpulan sisa.

    Sehubungan itu, baru-baru ini Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Utama Damansara (4) telah menganjurkan program Trash Right.

    Penganjuran itu bersandarkan misi untuk membudayakan tabiat kitar semula sepanjang hayat yang proaktif dalam kalangan pelajar dan pada masa sama bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurusan sisa kitar semula dengan betul di samping menggalakkan pelupusan sisa yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

    Sepanjang tempoh tiga bulan kempen itu, seramai 910 pelajar dari SK Bandar Utama Damansara (4) telah berjaya mengumpul sebanyak 1.33 tan metrik sisa plastik secara kolektif yang mengatasi sasaran awal sebanyak satu tan metrik. 

    Selain itu, bengkel untuk mendidik para pelajar, guru dan ibu bapa tentang amalan pengasingan sisa yang cekap turut diadakan. 

    Ia merangkumi pengetahuan asas tentang cara mengenal pasti pelbagai jenis plastik kitar semula, langkah-langkah penting untuk mencuci dan mengeringkan sisa sebelum dikitar semula serta tip-tip praktikal untuk membudayakan kitar semula dalam kehidupan harian mereka. 

    Untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam program Trash Right, SK Bandar Utama Damansara 4 memperkenalkan papan pemantauan kemajuan yang memberi dorongan kepada pelajar untuk mengitar semula sisa-sisa mereka secara aktif.

    Menurut Guru Besar SK Bandar Utama Damansara (4), Yahya Abdul Karim, para pelajar mempamerkan minat yang tinggi terhadap program ini menerusi penglibatan yang aktif, ia terbukti dengan kutipan sisa kitar semula yang berjumlah besar. 

    “Pelajar juga gigih mempromosikan cara pengasingan sisa yang betul kepada ahli keluarga mereka manakala pihak guru turut berbincang dengan ibu bapa tentang kepentingan pengurusan sisa yang betul. 

    “Kami amat berbangga dengan penerimaan mereka terhadap aktiviti kitar semula dan tanggungjawab alam sekitar, terutamanya selepas mendapat kesedaran bahawa usaha kolektif mereka boleh memberi impak bermakna kepada masyarakat,” katanya.

    Program Trash Right merupakan sebahagian daripada projek impak sosial Mondelēz International di Asia Tenggara. 

    Ia juga adalah hasil kerjasama baru-baru ini dengan Trash4Cash bagi menangani sisa plastik multi-lapisan yang sukar dikitar semula secara mekanikal dalam jangka masa yang singkat. 

    Pengumpulan sisa plastik yang diuruskan dengan betul oleh sekolah akan memudahkan Trash4Cash menukar plastik kepada eco-board yang mempunyai banyak kegunaan termasuk pembuatan perabot. 

    Pekerja-pekerja Mondelēz International juga secara sukarela menyumbangkan masa mereka dan secara aktif terlibat dengan pelajar-pelajar setiap dua minggu sepanjang proses pengumpulan sisa plastik.

    Bagi merancakkan kerjasama dengan SK Bandar Utama Damansara (4), Mondelēz International telah merancang untuk memasang tong-tong kitar semula yang diperbuat daripada plastik kitar semula dalam kawasan sekolah untuk memudahkan pelajar dan guru melakukan proses kitar semula

    Perincian pelan dan garis masa pelaksanaan akan dimuktamadkan secara kolaboratif antara pihak sekolah dan Mondelēz International pada permulaan sesi persekolahan 2024. – RELEVAN

    featured kitar semula sekolah sisaplastik
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.