Facebook Twitter
    Trending
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip untuk memaksimumkan peluang internship

    7 tip untuk memaksimumkan peluang internship

    By Umi FatehahJanuary 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Teori perlu dipraktikkan, sebab itu penting untuk para pelajar betul-betul menggunakan peluang latihan ini sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. - GAMBAR HIASAN CATHRYN LAVERY/UNSPLASH

    INTERNSHIP atau latihan industri ialah cara yang berharga bagi pelajar mendapatkan pengalaman dan rangkaian secara profesional mengikut bidang yang mereka pelajari di universiti.

    Latihan industri bukan sahaja memberi pengalaman langsung dalam dunia pekerjaan sebenar tetapi juga membolehkan para pelajar mengetahui jenis kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang yang diambil. 

    Apa yang diajar di universiti kebanyakannya berdasarkan teori. Teori perlu dipraktikkan, sebab itu penting untuk para pelajar betul-betul menggunakan peluang latihan ini sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

    Berikut ialah apa yang perlu dilakukan ketika menjalani latihan industri bagi memastikan pelajar dapat mempelajari elemen penting di samping mendapat markah yang baik.

    1. Kenalkan diri dan berhubung dengan pekerja lain

    Perkenalkan diri anda kepada mereka dalam pasukan atau jabatan yang ditugaskan dan cuba libatkan diri dengan setiap orang untuk memahami tanggungjawab mereka. 

    Walaupun anda tidak bercadang untuk terus bekerja di syarikat tersebut selepas tempoh latihan industri tamat, tidak ada salahnya sekiranya anda bersosial, bina rangkaian dan mendalami budaya kerja di syarikat tersebut. 

    1. Tetapkan matlamat

    Pada hari lapor diri, anda akan bertemu dengan penyelia atau pengurus yang dipertanggungjawabkan untuk menilai pelatih industri. Bincangkan tugasan yang perlu dilakukan dan jangkaan mereka terhadap komitmen anda.

    Jangan malu-malu untuk bertanya apakah tugas harian, mingguan atau bulanan yang perlu dilakukan. Selepas sudah mula melakukan tugas yang diberikan, dapatkan maklum balas untuk memastikan anda memenuhi jangkaan mereka. 

    Sekiranya anda mempunyai minat dalam bidang atau tugasan yang khusus, maklumkan kepada pengurus agar anda dapat mempelajari apa yang diinginkan.

    1. Lihat dan belajar

    Memahami dan bertindak mengikut budaya organisasi adalah penting apabila anda mula bekerja di tempat baharu.

    Lihat dan dapatkan bimbingan daripada senior yang lain. Apakah rutin organisasi? Bagaimana dengan rutin pekerja? Baca semua dasar, prosedur dan segala berkaitan organisasi tersebut. 

    Sekiranya bersesuaian, cuba minta untuk menghadiri mesyuarat atau ikut pekerja senior yang lain supaya boleh mempelajari selok-belok perniagaan dan memahami peranan anda dengan lebih baik.

    1. Profesional

    Penting untuk anda kekalkan profesionalisme dengan rakan sekerja, pekerja senior dan penyelia. Patuhi kod berpakaian. Gunakan etika e-mel yang sesuai untuk penerima yang berbeza. 

    Selain itu, dapatkan bimbingan daripada orang yang bersesuaian untuk kebimbangan atau isu yang tidak dapat diselesaikan. Pastikan anda amalkan budi bahasa yang baik, menepati masa,, dan jaga disiplin diri.

    1. Sibukkan diri

    Jika anda mempunyai masa lapang, maklumkan kepada penyelia atau pengurus tawarkan diri untuk melakukan tugasan yang lain. 

    Sebagai alternatif, cuba beri cadangan projek jangka panjang yang berpotensi untuk memaksimumkan tempoh masa sebagai pelatih dan dapatkan pandangan dengan penyelia anda. 

    Sekiranya anda berniat untuk terus bekerja di syarikat tersebut, semangat ini akan meningkatkan peluang untuk diambil bekerja sepenuh masa.

    1. Rekodkan setiap tugasan yang dilakukan

    Rekod ini akan memudahkan perbincangan dengan penyelia anda untuk penilaian akhir nanti. Rekod ini juga akan menjadi rujukan untuk mengemas kini resume, portfolio dan temu duga kelak. Dapatkan juga kebenaran untuk menyimpan contoh projek atau salinan hasil kerja untuk portfolio. 

    1. Lakukan refleksi terhadap apa yang dipelajari

    Jika tiada proses semakan rasmi, pastikan anda meminta penyelia dan rakan sekerja untuk memberi maklum balas tentang prestasi supaya anda boleh mengetahui perkara yang telah dilakukan dengan baik dan perkara yang memerlukan penambahbaikan. 

    Renungkan kemahiran yang anda perolehi semasa latihan industri dan kemas kini resume dengan pengalaman dan pencapaian.

    Sekiranya anda memutuskan bahawa bidang kerjaya ini tidak bersesuaian, pengalaman itu masih berharga untuk membantu memutuskan perkara yang perlu difikirkan dan dirangka untuk kerjaya masa hadapan. – RELEVAN

    Previous Article7 cara majikan tingkatkan motivasi pekerja menurut Teori Herzberg
    Next Article Satu hari di Pasar Boco: azam lama, nostalgia dan aroma mandiri

    Artikel berkaitan

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Artikel Terkini

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.