Facebook Twitter
    Trending
    • Rahsia turun berat badan dengan brisk walk
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

      November 10, 2025

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Skin bank terbesar di dunia: Adakah Israel menuai organ dan kulit Palestin tanpa izin?

    Skin bank terbesar di dunia: Adakah Israel menuai organ dan kulit Palestin tanpa izin?

    By Umi FatehahNovember 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Skin bank terbesar di dunia: Adakah Israel menuai organ dan kulit Palestin tanpa izin?. - GAMBAR HIASAN AFP

    BARU-baru ini, isu mengenai kegiatan Israel memungut organ dan kulit daripada rakyat Palestin yang meninggal dunia akibat dibom hangat diperbincangkan di media sosial.

    Kontroversi ini mendapat perhatian meluas selepas penerbitan dokumentari pada 2009 yang menjelaskan asal-usul bekalan bank kulit.

    Lebih kejam, puak itu juga berbangga bahawa bank kulit (skin bank) yang mereka bina adalah yang terbesar di dunia. Pemungutan kulit dan organ ini digunakan bagi merawat luka bakar dan pelbagai keadaan perubatan. 

    Laporan oleh The Guardian pada 2009 mendedahkan bahawa majoriti kulit di bank ini bukan milik Israel tetapi rakyat Palestin, khususnya daripada badan atau mayat yang tidak dikenal pasti dan tidak lulus pemeriksaan bedah siasat. 

    Dalam tempoh yang sama, satu artikel muncul di mana ketua institut forensik mendedahkan bahawa Israel telah memungut organ daripada rakyat Palestin tanpa persetujuan mereka. 

    Laporan itu juga menceritakan kes-kes rakyat Palestin ditahan, hanya untuk mayat mereka pulang dalam keadaan tidak sempurna, sudah tidak berupa manusia.

    Mengapa menggunakan kulit mayat rakyat Palestin?

    Jawapannya terletak pada kepercayaan agama yang dikongsi oleh kedua-dua agama Yahudi dan Islam, di mana adalah penting bagi badan (mayat) untuk dikembalikan (ditanam) kepada penciptanya dalam keadaan cukup sifat.

    Bagaimana tuhan mengurniakan anggota badan yang lengkap, begitulah bagaimana kita perlu disemadikan.

    Isu sensitif ini telah mencetuskan perdebatan mengenai etika dan amalan yang berkaitan dengan perolehan kulit dan organ di Israel.

    Kisah itu terbongkar dalam wawancara bersama bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir, Dr. Yehuda Hiss di sekitar kawasan Tel Aviv. 

    Temu bual dengan Hiss dikeluarkan oleh profesor antropologi di University of California-Berkeley, Nancy Scheper-Hughes, yang telah menjalankan kajian terhadap Abu Kabir.

    Sebuah program televisyen melaporkan bahawa pada 1990-an, pakar di Abu Kabir memungut kulit, kornea, injap jantung dan tulang dari mayat tentera Israel, warganegara Israel, warga Palestin dan pekerja asing. 

    Prosedur formal di hospital kebiasaannya akan meminta kebenaran daripada waris dan keluarga untuk menderma organ si mati kepada yang memerlukan. 

    “Kami mula mengambil kornea dan apa sahaja yang dilakukan adalah sangat tidak formal. Tiada kebenaran diminta daripada pihak keluarga,” jelas Hiss.

    Kementerian Kesihatan Israel menghantar jawapan bertulis kepada Al Jazeera, menyatakan bahawa “ia pernah berlaku suatu ketika dahulu”. Walau bagaimanapun, kini mereka mendakwa bahawa organ-organ tersebut diambil mengikut undang-undang dan dengan persetujuan terlebih dahulu. 

    Namun, mereka tidak menyatakan entiti mana yang mengeluarkan kelulusan: sama ada mahkamah di negara pendudukan, tenteranya atau institusi pentadbiran dan politiknya.

    Rakyat Palestin mendedahkan kepada Akhbar Sweden Aftonbladet bahawa mayat ahli keluarganya dirampas oleh tentera Israel dan dikembalikan kepada keluarga dengan organ yang hilang. 

    Artikel lain yang berkaitan dengan kisah ini boleh didapati di seluruh internet. Sudah banyak pihak yang berusaha mendedahkan perbuatan keji Israel ini di mata dunia.

    Malangnya, kebanyakan daripada sumber tersebut hanya boleh didapati ditulis dalam bahasa Arab. Disebabkan itulah kegiatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Israel ini kurang mendapat perhatian yang sepatutnya. – RELEVAN

    featured Israel Palestin pendidikan skin bank

    Artikel berkaitan

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

    November 10, 2025

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.