Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manusia tidak boleh hidup tanpa semut, ini 5 peranan besar semut

    Manusia tidak boleh hidup tanpa semut, ini 5 peranan besar semut

    By Zubaidah IbrahimOctober 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AHLI entomologi dan ahli ekologi berpendapat bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa semut.- PORANIMM ATHITHAWATTHEE/PEXELS

    KEHADIRAN semut tidak menyenangkan semua orang. Makanan terpaksa ditutup rapat, apatah lagi kalau yang manis dan bergula memang kesukaan serangga kecil ini.

    Panas hati dibuatnya kalau ternampak sekumpulan semut dalam makanan. Hendak makan jadi terbantut kerana yang tinggal hanyalah sisa gigitan. 

    Itu belum lagi kalau terkena gigitan semut, sakit dan gatal dibuatnya.

    Walaupun begitu banyak persepsi negatif manusia kepada makhluk bernama semut ini, tetapi tahukah anda serangga ini menjalankan fungsi yang sangat besar dalam kehidupan kita?

    Ahli entomologi dan ahli ekologi berpendapat bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa semut. Mengejutkan bukan?

    Saintis telah menerangkan dan menamakan lebih 12,000 spesies semut dalam keluarga Formicidae.

    Dianggarkan 12,000 lagi spesies masih belum ditemui. Satu koloni semut boleh terdiri daripada lebih 20 juta semut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sarang burung paling ‘gila’, bukti kepintaran gagak dan murai

    Sehubungan itu, memetik Thoughtco.com, Relevan kongsikan lima peranan besar semut sebagai jurutera ekosistem seperti berikut:

    1. Perbaiki saliran dan pengudaraan tanah

    Cacing tanah mendapat semua kredit, tetapi semut melakukan kerja yang lebih baik untuk memperbaiki struktur tanah berbanding cacing. Apabila semut membina sarang dan terowong di dalam tanah, ia memperbaiki tanah dengan ketara.

    Semut mengagihkan semula nutrien semasa ia memindahkan zarah tanah dari satu tempat ke tempat lain dan lompang yang dicipta oleh terowong tersebut meningkatkan peredaran udara dan air di dalam tanah.

    1. Meningkatkan kimia tanah

    Semut menyimpan sejumlah besar makanan di dalam dan berhampiran tapak sarangnya yang menambahkan bahan organik ke dalam tanah.

    Serangga ini juga membuang sisa dan meninggalkan sisa makanan yang semuanya mengubah kimia tanah untuk menjadi lebih baik. Tanah yang terjejas oleh aktiviti semut biasanya lebih hampir kepada pH neutral dan lebih kaya dengan nitrogen dan fosforus.

    ARTIKEL BERKAITAN:  Buah hibrid: Separuh tembikai merah, separuh tembikai susu

    1. Sebarkan benih

    Semut menyediakan perkhidmatan yang tidak ternilai kepada tumbuhan dengan mengangkut benih pokok ke habitat yang lebih selamat dan kaya dengan nutrien.

    Semut biasanya membawa benih ke sarangnya, di mana beberapa benih akan berakar di tanah yang subur.

    Benih yang dibawa oleh semut juga berada dalam keadaan baik dan dilindungi daripada haiwan pemakan benih.

    Biji benih itu juga terselamat daripada kemarau. Penyebaran benih oleh semut amat berguna kepada tumbuhan dalam persekitaran yang sukar atau kompetitif seperti padang pasir gersang atau habitat dengan kebakaran yang kerap.

    1. Kawalan perosak

    Semut hanya mencari makanan yang enak, berkhasiat dan tidak memilih mangsa berdasarkan statusnya sebagai perosak.

    Semut akan mengunyah mangsa yang terdiri daripada kutu hingga anai-anai. Ia juga akan berkumpul dengan arthropoda yang lebih besar seperti kala jengking atau pepijat. Semut api yang menjengkelkan itu sangat baik sebagai kawalan perosak di ladang.

    1. Janitor alam

    Dalam persekitaran semula jadi, semut bekerja keras untuk menjaga kebersihan. Semut makan haiwan mati, serangga lain dan sisa organik. Proses ini membantu mereput dengan lebih cepat dan lebih cekap.- RELEVAN

    Previous Article8 kerjaya dengan permintaan tinggi pada 2024
    Next Article 75 tahun penderitaan Palestin: Peristiwa awal sehingga Nakba 1948

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.